Monday, 22 October 2007

CERTIFICATE SAFETY & HEALTH OFFICER


Bermula daripada hari ini aku mengikuti latihan di NIOSH Malaysia yang terletak di Bandar Baru Bangi. Hopefully aku berjaya mengharungi course nie dengan jayanya. Course terbahagi kepada 4 module mengambil masa selama 22 hari, dijangka tamat pada 16 November 2007.

TQ boss memahami bagi aku perlepasan...aku pergi course nie pakai duit sendiri ni (TQ TPS bagi bonus..aku invest dgn belajar nak jadi SHO)..RM4,000.00 Bukan nilai duit yang sedikit tu...

Batch nie ada 33 orang..ada jugak yang datang tu pakai shift (sendiri mau ingat lah)...Back ground pun bercampur..ada Engineer, ada HR officer, ada Ass. Manager Ladanglah...macam-macam ada..peserta paling muda berumur 19 tahun manakala yang paling tua 55 tahun..


no siri course aku 02/01/SHO/2007/10

Sunday, 21 October 2007

FINAL RESULT


SOUTH AFRICA 15
ENGLAND 6

Akh.hhhh...letih aku tunggu...kalah pulak England nie...game bosan...tak ada try....oklah...boleh tido lak....

RUGBY WORLD CUP


It is World Cup fever again but this time is Rugby. My favourite team ALL BLACK has been eliminate from the tournament after suffered lost 18-20 to France in quarter final.




Jonny Wilkinson....England's hope ...


South Africa rugby team....sorry I am not into this team tonight....



Come on England......


so...tell me how many penalties ....




This is HAKA.....full doc. can be obtain from ALL BLACK web site...

Saturday, 13 October 2007

Hari Raya


1 Syawal....tahun ini merupakan Syawal pertama buat aku sebagai seorang suami...


Bersama kedua ibu bapa aku di pagi raya.....

Thursday, 4 October 2007

Berbuka Puasa di Restoran Selasih





Persada Johor merupakan "International Convention Centre" untuk Negeri Johor. International Convention Centre is the principal Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) venue in the State of Johor, positioned to create a market and to cater to the demand for such services in the south of Peninsular Malaysia..ayat aku salin dari broacher dia... Restoran Selasih nie terletak di sini lah..mereka kata baru bukak...



Kepada yang belum pernah pergi ini lah gambaran kat area tu..sebelah kanan sekali Hotel Puteri Pan Pacific, yang tengah (berbumbung biru) Persada Johor dan yang sebelah kiri tu Parking Lot untuk pelawat Persada.



Kawan aku berbuka puasa...Hafezz dengan anak bujang sulung dia...selain tu ada isteri Hafeez dan Zahamira.. tak ada pulak aku amik gambar mereka beb...lupalah.




Lauk nie paling aku suka sekali....chef yang masak nie kebetulan masa aku ambil lauk nie bagi tahu nie hari pertama mereka masak ala-ala rendang sebelum nie mereka bakar je daging unta nie..



Sambil makan pakat layan muzik tradisional beb...best gila...


Monday, 24 September 2007

Jom Ke Bandung


Ini lah Air Port Husein Sastranegara..."BANDARA BANDUNG". Kami naik Air Asia pesawat AK 966 berlepas dari LCCT pukul 9.05 pagi...2 jam atas udara...mendarat di Bandung jam 10.10 WIB (Waktu Indonesia Barat-satu jam lewat daripada Malaysia).

Bertolak pada hari Khamis, 20 September 2007 dan pulang hari Ahad, 23 September 2007.
Memandangkan kami pergi dalam bulan Ramadhan maka berpeluanglah kami berbuka puasa dengan masakan SUNDA. Seperti biasa amik lauk macam-macam...ikan gurami goreng wajib ada...sup bontot goreng jugak.

So inilah tempat kami berbuka puasa pada hari pertama kami di Bandung, RM WIBISANA. So ini gambar anggota rombongan dari Malaysia. Zaizuraliza dan suami Azril serta Zaha dan isteri Hanisah. Memandangkan Zaha baru berkahwin so kira honeymoon lah nie...Oleh sebab kawan-kawan nak bawak wife masing-masing, kami decide naik AIR ASIA.

Mamat yang sebelah aku pulak tu Hepy dari P.T Sulzer Hickham. Ini lah tujuan utama kami ke Bandung, BUTTON TEST. Buat test nie di Institute Technology Bandung (ITB).



Akhirnya...aku sampai gak aku tempat nie...gunung berapi...tujuan utama aku ke sini nak beli something yang wife aku kirim dari pertama kali aku ke Bandung...akhirnya...

Cantik...tak panas walaupun cuaca terik...tapi bau sulfur kuat gila....


He..he...banyak gila orang yang nak menjual..."PAK MARI BELI PAK...3 SEPULUOH RINGGIT"...


Ini tempat kami berbuka puasa hari yang ke dua....tempat ini atas bukit so boleh nampak permandangan Bandung waktu mlm dari tempat nie...aku lupa lak apa nama tempat nie...

Macam tau je...aku order black paper steak .....bila hantar ada bendera Malaysia.


Bekas nie...Marlon kasi....buat buah tangan..

Ada biscuit utk hari raya rupanya.....



Abang nie sedang berusaha buka tangkai untuk masukkan kesemuanya ke dalam beg...depan receptionist Hyatt Regency Bandung...selamba je lah...

So mereka semua nie yang membantu selama kami di Bandung...TQ Pak Andi and team.



Inilah kalau datang Bandung memang kena bawak beg lebih....abang nie datang dua beg..balik 3 beg...

Hari untuk pulang....

423 JLN PENGGAWA TIMUR, TEBRAU


Aku banyak kali lalu Jalan Tebrau daripada Johor Bahru ke Pasir Gudang. Setiap kali aku out station ke Pasir Gudang, pasti aku melalui kawan perumahan ini. Setiap kali jugaklah kenangan lama aku terimbau. Kawasan perumahan ini di hadapan kem tentera dan sebelum persimpangan Kota Tinggi - Pasir Gudang.

Aku tak ingat bila aku pindah sini tapi kalau tak silap ketika aku berumur 3 tahun (1979). Ayahku ketika itu berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. Rumah ini cuma ada 2 bilik,satu bilik air dan satu ruang tamu. Aku sangat teruja apabila dapat kembali ke rumah ini setelah 24 tahun meninggalkannya.



Aku pun tak tau nak cakap bagaimana, gembira pun ada, sedih pun ada. Rumah ini masih utuh, kerana kawasan berhampiran masih di duduki cuma rumah aku ini mungkin telah lama ditinggalkan maka ia agak uzur.

Mereka yang masih menetap di sini pun terkejut apabila aku bagi tahu aku pernah tinggal di sini. Menurut cerita mereka, selepas hari raya ini, seluruh kawasan ini akan dirobohkan dan akan didirikan dengan perumahan baru. Aku kira sangat beruntung kerana masih sempat bergambar sebelum dirobohkan.



Dahulu di hadapan ini merupakan kawasan bersimen, ada pokok tempat aku memanjat setiap petang, tapi sekarang semua telah tiada.


Ini tempat aku makan mee setiap hari ....zaman kanak2...zaman pra-sekolah. tadika KEMAS inilah aku mengenal A,B,C.....jugak 1,2,3....Bangunan nya masih cantik...nama teman2 disini yang masih aku ingat Shahrizal...Khairul Khalid....ish itu je ke...maklumlah masatu umur 6 tahun...aku jalan kaki je ke Tabika ini daripada rumah aku.

Aku puas kerana dapat bergambar di sini..puas dapat mengimbau kenangan lama di sini...

31 OGOS 2007-HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA & HAPPY BIRTHDAY SAYANG

31 Ogos 2007 merupakan tarikh penting untuk Malaysia kerana menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50 tahun. Banyak orang mempersoalkan 'BENARKAH' kita sudah merdeka.

Pada aku terpulang kepada tafsiran masing-masing. Aku masih belum merdeka kerana:
1. Aku belum habis bayar hutang PTPTN
2. Aku belum habis bayar hutang kereta
3. Aku belum beli rumah
4. Aku masih "MAKAN GAJI"

Apapun 31 Ogos 2007 merupakan sambutan ulang tahun isteri kesayangan aku yang ke 25 tahun. Happy Birthday sayang....


*gambar dikeluarkan sebab Alia pakai tudung sekarang*

Seperti biasa, siapa sahaja yang menyambut harijadi di rumah ni, mesti 2 orang mamat nie yang paling sibuk. Nain (baju merah) dan Fadli (baju putih) adalah anak kakak ipar aku. Ok jugaklah dapat memeriahkan majlis....

PESANAN BUAT ISTERI
....jadilah isteri yang solehah.....

PERTANYAAN BUAT ISTERI
.....bila nak tunaikan janji....

JANJI BUAT ISTERI
...nanti yek beli hadiah....

Sunday, 27 May 2007

Majlis Persandingan

Majlis Persandingan telah berlangsung pada 27 Mei 2007 bertempat di rumah perempuan di Taman Pelangi Semenyih. Pihak rombongan lelaki telah bersanggah di rumah Mak Ngah (Ibu Saudara pengantin perempuan). Bila semua dah ready, semua dikehendaki berkumpul di luar. Masuk barisan katanya.....Perarakan diiringi oleh pasukan kompang...

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang

Apabila hampir sampai ke rumah pengantin perempuan kami diminta berhenti dan menanti pengantin perempuan untuk turut serta. Pengantin perempuan diiringi oleh pengapitnya, Nor dan Akam memegang payung.


*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Ok semua dah ready, dari kiri pengapit lelaki si Pian, aku, isteri dan nor...terima kasih kepada pemegang bunga manggar.



Ok maka bersandinglah kami di pelamin di dalam rumah. Aku suka pelamin ni sebab simple. Actually pelamin ni menurut kata Kak Laili (Mak Andam) adalah pelamin standard yg mana mereka boleh membeli pelamin ini, aku rasa ramai yang mengguakan pelamin ini. Tak apalah janji aku dan isteri aku suka dengan pelamin ini.


*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Majlis seterusnya ialah makan beradap. Katering ni sangat bagus sebab semua makanan yang ada atas meja utama nie di masak di sini..masudnya fresh lagi...udang tu pun baru goreng...Si Pian yo oooo je lab pipi aku..peluh banyak katanya...

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Seterusnya, mari potong kek...kek 3 tingkat. Oklah mana nak mampu kek yg bertingkat-tingkat. Ini pun aku rasa dah orait dah nie...kenapa warna hijau...kami nak warna biri tapi kakak isteri aku dah amik warna tu...pastu ada beberapa warna lain dah dipakai oleh sepupu-sepupu isteri aku so kami decide untuk pakai warna nie...pada aku warna nie ok...orang lain punya pendapat aku tak peduli janji aku suka...dah tentu aku yang kahwin beb...

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Ini gambar kami bersama keluarga aku...bapak aku..mak aku..hanif, angah dan anaknya hazim dan uda..adik aku yang bongsu tak dapat join sebab dia baru start practical so tak boleh cuti. Adik aku nie amik course perhotelan, dia practical di Impiana Cherating.

Kalau baca tag line dia, The Right Place Always...mereka telah meletakkan beberapa syarat untuk practical bersama mereka...Aku hairan kekadang sebab adakah company ni melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL atau mereka MENGAMBIL KESEMPATAN.
Tapi beginilah nasib kita sebagai pelatih, tiada hak untuk bersuara. Kalau bersuara takut nanti di beri penilaian teruk...ish serba salah kan...


*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarangGambar bersama keluarga perempuan, Hj Ibrahim Jasmon dan Hjh. Hasamah, Azira & Suami Zul, anak-anak mereka Nain dan Fazli serta adik ipar Akam.

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Ok semua dah sattle, pukul 2 ptg family aku pun ready dah nak balik. Lambai tangan. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai SUAMI...

Saturday, 26 May 2007

Majlis Pernikahan

Pada 26 May 2007 aku telah selamat diijapkabul dengan isteri kesayangan aku....isteri pandang tu kena control macho... Saat paling gemuruh dalam hidup aku selepas gemuruh masa bersunat. Aku bernikah di rumah pengantin perempuan. Isteriku mempunyai sebab dia yang tersendiri untuk majlis itu di laksanakan di rumah sahaja. Majlis ini lebih kepada majlis untuk keluarga, semua yang hadir terdiri daripada kaum keluarga terdekat.




Aku disaat menanti untuk upacara pertukaran hantaran. Aku bawak 9 dulang je so cam biasa ikut adat pihak perempuan membalas 11 dulang. Aku warna gold + coklat belah isteri aku warna hijau. Salah satu daripada hantaran daripada pihak perempuan ini ada jam TISSOT yang aku cerita sebelum ini.


Aku dah selesai semua, dah baca taqlik maka turunkanlah tandatangan...wah pengapit aku si Pian memandang...takut aku tak sign apa...atau mungkin dia belajar bagaimana prosuder semua ini, maklumlah belum lagi. Bila lagi beb...


Akhir kata bersama-samalah doakan rumahtangga kami agar kekal hingga akhir hayar, murahkan rezeki (harta,wang ringgit,anak-anak)...AMIN...Kala u ada yang sudia nak tenguk gambar kahwin aku yang lain silalah ke FOTOPAGES aku...