Monday, 24 September 2007
423 JLN PENGGAWA TIMUR, TEBRAU
Aku banyak kali lalu Jalan Tebrau daripada Johor Bahru ke Pasir Gudang. Setiap kali aku out station ke Pasir Gudang, pasti aku melalui kawan perumahan ini. Setiap kali jugaklah kenangan lama aku terimbau. Kawasan perumahan ini di hadapan kem tentera dan sebelum persimpangan Kota Tinggi - Pasir Gudang.
Aku tak ingat bila aku pindah sini tapi kalau tak silap ketika aku berumur 3 tahun (1979). Ayahku ketika itu berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. Rumah ini cuma ada 2 bilik,satu bilik air dan satu ruang tamu. Aku sangat teruja apabila dapat kembali ke rumah ini setelah 24 tahun meninggalkannya.
Aku pun tak tau nak cakap bagaimana, gembira pun ada, sedih pun ada. Rumah ini masih utuh, kerana kawasan berhampiran masih di duduki cuma rumah aku ini mungkin telah lama ditinggalkan maka ia agak uzur.
Mereka yang masih menetap di sini pun terkejut apabila aku bagi tahu aku pernah tinggal di sini. Menurut cerita mereka, selepas hari raya ini, seluruh kawasan ini akan dirobohkan dan akan didirikan dengan perumahan baru. Aku kira sangat beruntung kerana masih sempat bergambar sebelum dirobohkan.
Dahulu di hadapan ini merupakan kawasan bersimen, ada pokok tempat aku memanjat setiap petang, tapi sekarang semua telah tiada.
Ini tempat aku makan mee setiap hari ....zaman kanak2...zaman pra-sekolah. tadika KEMAS inilah aku mengenal A,B,C.....jugak 1,2,3....Bangunan nya masih cantik...nama teman2 disini yang masih aku ingat Shahrizal...Khairul Khalid....ish itu je ke...maklumlah masatu umur 6 tahun...aku jalan kaki je ke Tabika ini daripada rumah aku.
Aku puas kerana dapat bergambar di sini..puas dapat mengimbau kenangan lama di sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment