Sunday 12 September 2010

Bolehkah Selepas Pembedahan Caesarean Memakai Bengkung




Jawapan paling tepat sebenarnya, WAJIB pakai. Aku bukanlah pandai sangat hal-hal berkaitan penjagaan selepas bersalin apatah lagi, Alia bersalin dengan kaedah caesarean. Emak dan mertua aku pernah cakap dengan aku dan Alia; “ kalau dah bedah tak bolehlah pakai bengkung” so benda ini memang dah melekat dalam kotak pemikiran aku.


Sepatutnya sebagai seorang anak yang telah dihantar belajar tinggi-tinggi (tinggi lah kira sampai degree kan) aku buatlah research sendiri tanya aje kat Mr. Google sure boleh dapat jawapan. Pada hari kedua selepas Alia menjalani caesarean, Pn Rokiah (pembantu penasihat penyusuan bayi) melawat Alia untuk membantu mengajar Alia cara-cara penyusuan bayi.  Maklumlah selepas caesarean, Alia tidak mampu untuk menyusukan bayi sambil duduk seperti orang beranak normal.  Beliau juga berkongsi tentang bengkung moden dan meminta aku buka website bengkung moden kerana kebutulan aku sedang melayari internet ketika dia datang.

Baru aku sedar rupanya boleh juga pakai bengkung (abdominal binder) malah adalah lebih baik sekiranya selpas 24 jam menjalani caesarean nie pakai abdominal binder kerana:

1.      Sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
2.      Melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
3.      Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran. 
4.      Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran. 

Sebenarnya Pn Rokiah ini ada jual abdominal binder jenama Dale yang beliau perolehi daripada pembekal barang kesihatan, jenama ini boleh juga didapati daripada Mother Care dan online. Kami deberitahu dia telah memperkenalkan benda ini 3 tahun yang lepas kepada pesakit di Pantai Hospital Kuala Lumpur semenjak 3 tahun yang lepas selepas dia sendiri didedahkan dengan abdominal binder oleh cousin dia di Singapore.




Dale Abdominal Binder 


Aku share kat sini sebab aku tahu ada di kalangan rakan-rakan aku yang isterinya sedang mengandung atau dia sendiri yang mengandung so kalau ditakdirkan bersalin secara caesarean bolehlah mencuba abdominal binder ini.  Feedback Alia sendiri, apabila pakai, untuk bangun dan duduk tidak terasa sakit dibandingkan tidak memakainya. Kalau nak batuk tu tidak perlulah tahan nafas dahulu..

Macam nie pakai dia

5 comments:

mama mia said...

assalamualaikum,

saya pn siti. nak tahu camne no contact pn rokiah tu boleh ke. saya berminat dgn bengkung dale tu. tq.

pn siti
(aimiesk@gmail.com)

mama mia said...

salam mr blogger,

saya berminat dgn bengkung tersebut. boleh kah saya dapat no contact pn rokiah tu dpd encik. tq.

Unknown said...

sy pun ada baca pasal bengkung moden ni.. tk silap dalam majalah pa&ma pun ada iklan pasal bengkung moden... google pun ada.. bagus bila benda2 mcm ni ada...

y_doangk said...

hi may i know where to get dale abdominal binder in malaysia,,,thanks

yenny
(yennydoangk@gmail.com)

Landak said...

Now a days many of pharmacy selling this type of binder. Or else recently I went to Kajang Plaza Medical Centre, they have it at their pharmacy.