Monday, 26 April 2010

My sarang


Inilah sarang aku weekday...5 hari seminggu ..Isnin sampai Jumaat....

Sunday, 25 April 2010

Tak Sangka

Selama ini aku follow FB Datuk Seri Najib, Tun Mahathir, Afdlin Shauki, Fara Fauzana, Tok Guru, Datuk Muhkriz dan lain -lain

Semalam aku baru tersedar yang aku terlupa nak follow tokoh university yang jugak pakcik Alia, so sekarang gua follow dia.

Dia share dalam FB apa yang dia buat sebagai VC universti. Semua yang dia buat untuk menaikkan ranking universiti yang dia terajui. Aku berpendapat sekarang banyak pemimpin harus ada pendekatan untuk mendekatkan diri dengan share holder maksudnya dalam kes beliau tentulah student, staff dan kementerian pengajian tinggi. Beliau menggunakan FB untuk share activities dia toward nak bring up ranking universiti.
Aku jugak patut ikut contoh beliau yang ikhlas bekerja dan dia sentiasa menegaskan apa yang dia buat untuk memenuhi tanggungjawab dia dan dia sentiasa bersedia di berhentikan sekiranya majikan beliau merasakan dia tidak boleh deliver....sanggupkah aku kalau majikan aku berhentikan aku???

Saturday, 24 April 2010

Emmm bila nak dapat

Bila lah aku dapat beli kerusi nie....Apapun ke prioritise keperluan aku...one day insyaAllah aku beli jugak...











Friday, 23 April 2010

Toyota Vios hitam NBR 9008 Tolong Berhati-hati

Pagi ni gua mengalami situasi cemas yang diwujudkan oleh pemandu kereta yang tidak cekap. Gua macam biasa guna Maju Expressway. Selepas TOL RM1.50 menghala ke Kuala Lumpur jalan sudah mula sesak sebab waktu dah 7.45 pagi...hari ini gua decide untuk ambil lorong kiri...ternyata lorong kanan terhenti terus dan lorong kiri masih berjalan.


Maju Expressway; sekadar hiasan

Kelajuan gua ketika itu leih kurang 60km/j tiba-tiba Vios hitam dari lorong kanan masuk jek terus ke lorong gua sikit jek lagi nak lagar pintu kereta gua...palagi gua pun reflex menegelak dan hampir melanggar motor yang menyusur di seblah kiri gua.....

MasyaAllah, tanpa signal...mungkin tanpa memandang kenderaan yang datang pemandu Vios berwarna hitam NBR9008 terus jek nak terjah menukar lorong...ishhhh....teruk gua kena sound dengan penunggang motorsikal tersebut...cis....semuanya angkara

NBR9008

Thursday, 22 April 2010

Kemudahan Awam

Bila bercakap pasal pengangkutan awam, isu ini sebenarnya dah lama...macam masih teringat 20 tahun dahulu di bangku sekolah aku disuruh cikgu membuat karangan tentang masalah pengangkutan awam. Menurut kajian terbaru, penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur sebenarnya semakin menurun...mengapa ini berlaku??

Ada banyak sebab dan banyak pihak yang kita boleh tunding jari..oh ye apa yang aku nak komen lebih kepada perkhidmatan train...biasa kita dengan rungutan...train lambat...train sesak...macam-macam lagi, kiranya dari segi kebolehpercayaan ternyata amat rendah.


Map Train in Kuala Lumpur, overlapping kurang



Lingkaran subway Beijing

Aku rasa kebanyakan pegawai yang merancang kemudahan awam di Malaysia nie sebenarnya berpelajaran tinggi..kebanyakannya juga sudah ke luar negara mungkin kerana masa study dulu ataupun di hantar oleh kementerian untuk lawatan sambil belajar konon-kononya ...habis duit cukai yang aku bayar mereka kerjakan....hasilnya jaringan train yang di bina di Malaysia sungguh complicated.

1. Menagapa train kita tidak bersambung atau overlapping antara satu sytem dengan sytem yang lain...contoh monorail..apahal satu hujung tidak bersambung dengan steyen sentral sebalinya berakhir lebih kuran 400m di luar KL Sentral. Manakala sebelah hujung satu lagi,berakhir di Jalan pekeliling tapi tidak bersambung dengan hentian Star LRT

2. Subway train in Beijing, boleh kemana-mana dengan menukar pelbagai train dan kita masih berada dlm system maka kita tidak perlu menukar ticket setiap kali menukar menukar train dan charge sangat murah, sekali naik is RMB2(~RM1)

3. Putra LRT kita kecoh hari tu nak tambah segerabak so menjadi 3 gerabak sekali jalan.Itupun bukan semua dilakukan. Kenapa kat tempat lain boleh jek panjang-panjang macam komuter pulak rasanya...

Saturday, 17 April 2010

Buku apa aku sedang baca



Aku sedang baca buku ini...


Author : Robin Sharma

Friday, 16 April 2010

Kena "sekolah"

Hari ini ke office setelah sehari setengah MC...

Pagi-pagi ngadap SM baru..boss lama aku yg dah jadi boss besar yg baru...so seperti yang dijangka selepas discuss report aku...dia “menyekolah” kan aku...aku suka dengan boss macam nie sebab dia tegur aku depan-depan dan aku tahu dia memang tak simpan dalam hati...dia tegur untuk kebaikan aku jugak...

Apa yang dia cakap memang benar dan aku tahu dan sedar memang salah aku akibat suka menangguh kerja...aku tak tahu kenapa tetapi aku sekarang hilang focus dan selalu tak sudahkan kerja aku...nampaknya benda nie dah melarat sangat...aku rasa aku kena berubah....

Apahal lah aku nie kan....

Ya Allah...buanglah sikap suka bertangguh dalam diriku ini..Aminnnn

Sekadar gambar hiasan...mintak jauh aku sebesar ini...


Thursday, 15 April 2010

April Bulan Sakit - Allergic pulak

Aku rasa bulan April 2010 nie boleh aku istiharkan bulan aku diuji dengan pelbagai penyakit...last week 2 hari aku cuti sebab migraine...

Hari semalam, lunch aku ke level 4, si Izwan nak makan kewtiau kerang so aku follow je lah..lagipun memang selalupun kami makan kewtiau kat situ...

Hendak di jadikan cerita lepaas makan tu naik atas dalam kul 2 mata aku dah start berair masa dalam lift so mehlah share apa yang aku alami...mungkin mencuci dosa...akupercaya mesti ada maksud tersirat Allah uji aku...Cuma aku percaya dan sentiasa berdoa..Allah menguji aku setahap yang aku mampu hadapi...


Masa nie Jam 2.30 petang di Twin Tower Medical Centre tunggu giliran nak jumpa doctor.


Demi menunaikan tanggungjawap aku (sayang isteri punya pasal beb) tabahkan jugak memandu ke Putrajaya ambil isteri tercinta. Jam 4.30 petang masa nie.

Aku rasa prestasi kerja aku hancurlah bulan ini..Ya Allah kasihanilah hamba mu ini...

P/S: Kalau ada tahu rumah untuk disewa sekitar Dengkil or Bangi nagitahulah yek. Aku cari rumah teres setingkat pun tak apa maklumlah berdua jek...opss bini komen bertiga bila September 2010...insyaAllah...

Thursday, 1 April 2010

Kenangan Hj Zulkifli Ghazali

Hj Zulkifli Ghazali...SM aku...SM yg chit chat aku masa aku nak join PETORNAS...tetiba dia decided untuk bersara awal..dia umumkan kepada kami semua secara rasmi pada 23 March 2010 dan 31 March 2010 hari terakhir beliau...terima kasih Hj atas tunjuk ajar dan memberi peluang saya join your team...


Hadiah buat Hj Zul on his birthday...tak sangka sambutan terakhir dia di PETRONAS

Potong Cake..

Farewell party for Hj Zul @ Pizzza Hut KLC..tanggal 26 March 2010


Bergambar beramai-ramai di hari terakhir Hj Zul di PETRONAS..tanggal 31 March 2010