Saturday, 26 September 2009

Rumah Terbuka & Sambutan Birthday Keluarga MI

Semalam pulang dari kerja Alia ambil di Stesyen LRT University..Sekarang saya sudah agak selesa meniki LRT..saban hari sambil mendengar muzik dari Sony MP3 player pemberian MITCO JAPAN syukur walaupun di hati nak beli iPod..

Selepas solat magrib balik ke Semenyih. Nampaknya biras, zul dan kaka ipar dah sampai, awal puak mereka. Wah ada laksa untuk makan malam kami..setelah selesai makan malam maka operasi menghias rumah pun bermula. Alia & Azira siap beli belon dan renda-renda siap ada huruf2 happy birthday.

Majlis untuk menyambut birthday bulan July,August,September..wakil teramai dari rumah kami jd majlis dibuat di rumah mertua saya, kebetulan sambutan hari raya masih terasa.

Tugas saya malam tadi meniup belon-belon kemudian akam menggunakan ketinggian dia untuk menggantung belon2 tsb.
Antara MI1, MI2 & MI3 yang hadir

Semua 5 keluarga besar MI menghadirkan diri + pulak MI2 dan MI3 jadi penuh rumah termasuklah family saya dr kuantan, family bakal mertua adik Zul. Seronok ramai yg hadir. Makanan ada macam-macam dr nasi tomato, mee berkuah, sate kajang (Khairul sponsor), kuih muih +++

Apabila sudah makan kami beralih ke acara meniup lilin kek...siap nyanyi happy birthday song lagi.

Kek-kek dari Secret Recipe

Semua kena nyanyi...1..2..3..."Happy Birthday to you"...

Birthday "boys" dan "girls" bulan Julai

Birthday "boys" dan "girls" bulan Ogos
September hanya seorang sebenarnya Shamsiah tpi sebab dah balik Uni kat Malang so Idzuri wakil

Tiup jangan tak tiup...

Ayah menyampaikan hadiah

Khairul menyamaikan hadiah

Next every family MI bg birthday present kpd birtday boy and girl...hadiahnya macam2 dr perfume sampailah air nescafe dlm tin hehe seronok2...

Tulah Mak Busu dah tak nampak lain kali tak payah tulis nama kat "Ang Pow"

Majlis diakhiri dengan acara yang paling menyeronokkan kepada semua MI3 dan MI2 (yang masih belajar sahaja) iaitu pemberian duit raya.
MI3

MI3 yang penuh bergaya sebab poket masing-masing penuh dengan duit raya...

1 comment:

eliyazz said...

Ish..risau tau time orang tu nak scan kepala..tapi sakit kepalanya blum gak kurang2!