Hari raya ke 2, plan nak balik ke Kuantan hari ini..kesian perut saya ni yek bekerja keras tetiba mesti culture shock..ok lah perut hari ini saya makan sikit-sikit.
Pukul 1130 dapat call, no tiada dlm rekod ohh rupanya Nordin Jumiran, kami sekelas masa d UiTM..sori din hp hilang pulak tu tak buat back up..skrg alhamdulillah dah buat back up melalui outlook..
Tadi bertolak dr rumah pukul 2.45 ptg sampai Balok jam 6 ptg..perjalanan Alhamdulillah, kenderaan di jalan raya cukup untuk menghilangkan mengantuk dlm perjalanan dan tidaklah sehingga jam..
Malam ni tadi emak letih sbb baru blk dr Temerloh so kami mkn d KFC Balok..Abah, Emak, Uda dan Liyana balik ke Teluk Sentang, Temerloh untuk menghadiri Tahlil Kubur. Rasanya tempat lain macam tak ada jek, apa yang mereka lakukan ialah membaca tahlil di setiap kubur yang ada di Kg Teluk Sentang. Saya melihat aktiviti ini banyak faedahnya antara lain dapatmengingatkan kita kepada kematian, merapatkan siratulrahim, mengenal semua jiran sekampug maklumlah golongan ke 3 & 4 kg banyak yang telah keluar merantau jadi masa inilah nak kenal sementara ada orang tua yang boleh memperkenalkan kita.
Oklah...memang tak banyak aktiviti hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment