Sunday, 20 September 2009

Beraya di Hari Raya Pertama

1 Syawal.....tahun ini saya beraya di Semenyih..rumah mertua saya. Ibu mertua orang Merlimau, Melaka manakala Bapa Mertua merupakan orang Batu Pahat. Mereka telah membuat keputusan untuk bersara di Semenyih....rumahnya di Taman Pelangi Semenyih (belakang Tesco Semenyih).

Selepas solat sunat Aidulfitri (sembahyang di Surau Tmn Pelangi Semenyih) tepat jam 8.30 pagi. Alhamdulillah kami (saya dan biras saya, Zul) sampai kat surau ketika Imam sedang mengajar/ mengingatkan bagaimana Solat Sunat Aidilfitri dilakukan...berlari kami..wah pepagi dah berpeluh...denda dari Allah sebab lewat :-)

Rumah pertama beraya ialah rumah Mak Ngah (adik Mak Mertua) di hujung Jalan TPS 3/11 ini, rumah dekat-dekat. Disini jumpa land lord rumah heheheh maklumlah saya dan Alia mennyewa rumah Mak Ngah kan....Khairul & Aziah, Azli & Nadia pun ada...peh...newly engage ladies, Nor siap buat kek coklat utk tunangnya...dapat jugak kami merasa...Alamak jam dah dekat pukul 1ptg..next pergi kedai gambar kat Semenyih, bergambar beramai-ramai satu keluarga insayaAllah nanti kemudian sapa upload gambarnya.


Rumah wajib di hari raya untuk dikunjungi...rumah nenek kat Taman Melawati (Ibu kepada bapa mertua saya)...wah dah maju rumah nenek ada leather sofa, TV besar baru dan kerusi malas untuk nenek melepak bukan sebarang kerusi malas...leather jugak...cam biasa semuanya dihantar orlh Uncle Subhan. Jumpa Uncle Ghauth, Untie Norlia dan Mamat ..

Ok jam dah lebih 3 petang so next pergi rumah uncle Subhan sebab ayah dah janji dengan Uncle Subhan kat Bkt Damansara. Untie Zaitun yang menyambut ketibaan kami..cam biasa muka agak tegas tapi kalau borak dengan auntie Zaitun sampai besok pun tak habis...

Jam pun dah kul 5 so time untuk pyulang ke rumah....alamak terlupa nak cerita tadi masa nak pergi rumah nenek sebenarnya semua naik kareta waja saya...gatal pulak tangan nie masa kat rumah Mak Ngah pergi bukak tingkap sebelah penumpang hadapan...dah tak boleh naik pulak cerminnya...adus.....so petang nie sampai rumah terusa Ayah call Zaidi, mekanik EON kat Kajang yang selalu kami service kereta waja..Zaidi sudah 17 tahun bekerja di situ...saya rasa dia lebih dari layak untuk diagnose kerosakan pada kereta PROTON.. nasib baik dia ada dirumah dan sudi membantu...Ayah Mertua saya nie memang hebat dari segi PA nya habis semua yg dia pernah jumpa akan ingat dia dan sedia membantu sekiranya diperlukan...

Saya amat bertema kasih dengan Zaidi walaupun orang dirumahnya ramai yang sedang beraya dia masih sanggup mengotorkan tangannya untuk membantu saya..ok confirm motor power window dah kaput..so nantilah tukar...rasanya call Zaidi nie nanti mintak dia tukarkan..ohh tadi Ayah sempat hulurkan "DUIT RAYA" kat Zaidi...

Alhamdulillah lega...esok insya Allah pulang beraya ke Kuantan pulak....

No comments: