Sunday, 27 September 2009

Migraine - Jumpa Neurologist di PCMC

Saya menghidap migraine semenjak belajar di uni lagi semasa buat 1st degree. Ketika itu doctor kata mungkin preasure study sebab tu selalu sakit kepala. Doctor juga mengesahkan tanda-tanda yang saya alami adalah simptom migraine (mungkin dia tidak mengesahkan sebab dia bukan neurologist).

Semenjak kebelakangan ini kekerapan migraine menyerang adalah lebih kerap.Setiap kali diserang pasti saya akan sampai tahap muntah. Sakit kepala yang amat sangat, mujurlah dapat boss yang memahami dan saya sering minta izin pulang awal, biasanya sampai rumah tidur dalam gelap. Boss mencadangkan saya berjumpa pakar, at least katanya kita ada tahu punca migraine sama ada normal migraine atau ada penyebab lain.

Mematuhi procedure biasa ING, saya berjumpa doctor yang biasa merawat saya apabila saya diserang migraine (biasanya dia prescribe saya dengan ubatCaffox) untuk mendapatkan referal letter. Ok dah dapat sekaran saya decide nak pergi jumpa pakar di Prince Court Medical Centre (PCMC), menyahut seruan pengurusan ni.


Azli (sepupu Alia) cadangkan nama Dr Hj Hamidon Basri, oklah saya call dan buat temujanji..Dr Hamidon merupakan pakar yang juga pengajar di UKM...beliau berada di PCMC sebelah petang, hanya pada hari Selasa sahaja beliau berada sehari di PCMC (sempat saya bertanya masa 1st appoinment).

Padahari yang dijanjikan saya pun menuju ke PCMC untuk berjumpa Dr Hamidon (alamak sama macam nama lecturer mechanical masa kat uni dulu pulak).

Receptionist PCMC

Ok macam biasa ditemuramah oleh doctor untuk mengumpul history migraine dan sedikit ujian pada anggota badan...oklah alhamdulillah rasa saya cuma menghidapi migraine tanpa aura. Satu lagi migraine dengan aura.

Ruang menunggu ubat di farmasi PCMC (sebelah kiri, kerusi kulit warna hitam)

Ok...nampaknya Dr Hamidun prescribe saya dengan ubat lain namanya Imigran..semuanya ada 7 kotak dalam satu kotak cuma ada 2 biji sahaja..

Ok set appoinmet untuk next buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) at least Dr kata ada baseline untuk buat rujukan di masa hadapan, siap sempat Dr ckp kalau orangUS memang akan buat je terus tapi kalau UK, Dr akan buat kajian demi kajian lanjutan sebelum proceed dgn MRI.

MRI Machine

Alhamdulillah setelah buat MRI, result mengatakan tiada apa yang meragukan wujud dalam kepala saya ni maknanya tiada ketumbuhan dan lain-lain, semua ketentuan Allah. Syukur.

Next appoinment hujung bulan October pulak...Kesimpulan mesti banyak PCMC claim dari ING..

Saturday, 26 September 2009

Rumah Terbuka & Sambutan Birthday Keluarga MI

Semalam pulang dari kerja Alia ambil di Stesyen LRT University..Sekarang saya sudah agak selesa meniki LRT..saban hari sambil mendengar muzik dari Sony MP3 player pemberian MITCO JAPAN syukur walaupun di hati nak beli iPod..

Selepas solat magrib balik ke Semenyih. Nampaknya biras, zul dan kaka ipar dah sampai, awal puak mereka. Wah ada laksa untuk makan malam kami..setelah selesai makan malam maka operasi menghias rumah pun bermula. Alia & Azira siap beli belon dan renda-renda siap ada huruf2 happy birthday.

Majlis untuk menyambut birthday bulan July,August,September..wakil teramai dari rumah kami jd majlis dibuat di rumah mertua saya, kebetulan sambutan hari raya masih terasa.

Tugas saya malam tadi meniup belon-belon kemudian akam menggunakan ketinggian dia untuk menggantung belon2 tsb.
Antara MI1, MI2 & MI3 yang hadir

Semua 5 keluarga besar MI menghadirkan diri + pulak MI2 dan MI3 jadi penuh rumah termasuklah family saya dr kuantan, family bakal mertua adik Zul. Seronok ramai yg hadir. Makanan ada macam-macam dr nasi tomato, mee berkuah, sate kajang (Khairul sponsor), kuih muih +++

Apabila sudah makan kami beralih ke acara meniup lilin kek...siap nyanyi happy birthday song lagi.

Kek-kek dari Secret Recipe

Semua kena nyanyi...1..2..3..."Happy Birthday to you"...

Birthday "boys" dan "girls" bulan Julai

Birthday "boys" dan "girls" bulan Ogos
September hanya seorang sebenarnya Shamsiah tpi sebab dah balik Uni kat Malang so Idzuri wakil

Tiup jangan tak tiup...

Ayah menyampaikan hadiah

Khairul menyamaikan hadiah

Next every family MI bg birthday present kpd birtday boy and girl...hadiahnya macam2 dr perfume sampailah air nescafe dlm tin hehe seronok2...

Tulah Mak Busu dah tak nampak lain kali tak payah tulis nama kat "Ang Pow"

Majlis diakhiri dengan acara yang paling menyeronokkan kepada semua MI3 dan MI2 (yang masih belajar sahaja) iaitu pemberian duit raya.
MI3

MI3 yang penuh bergaya sebab poket masing-masing penuh dengan duit raya...

Friday, 25 September 2009

Pedang Allah


Nama saya diberi / dipilih oleh my father...masa kecil emak bagi tahu saya selalu jatuh sakit. Orang tua-tua kata nama tak serasi...berat sangat nak pikul so parent saya panggil "ALONG" tapi bukan "ah long" lintah darat tu pulak..

"PEDANG ALLAH" masyaAllah beban yang wajib di tanggung nie...

Monday, 21 September 2009

Raya ke 2

Hari raya ke 2, plan nak balik ke Kuantan hari ini..kesian perut saya ni yek bekerja keras tetiba mesti culture shock..ok lah perut hari ini saya makan sikit-sikit.

Pukul 1130 dapat call, no tiada dlm rekod ohh rupanya Nordin Jumiran, kami sekelas masa d UiTM..sori din hp hilang pulak tu tak buat back up..skrg alhamdulillah dah buat back up melalui outlook..

Tadi bertolak dr rumah pukul 2.45 ptg sampai Balok jam 6 ptg..perjalanan Alhamdulillah, kenderaan di jalan raya cukup untuk menghilangkan mengantuk dlm perjalanan dan tidaklah sehingga jam..

Malam ni tadi emak letih sbb baru blk dr Temerloh so kami mkn d KFC Balok..Abah, Emak, Uda dan Liyana balik ke Teluk Sentang, Temerloh untuk menghadiri Tahlil Kubur. Rasanya tempat lain macam tak ada jek, apa yang mereka lakukan ialah membaca tahlil di setiap kubur yang ada di Kg Teluk Sentang. Saya melihat aktiviti ini banyak faedahnya antara lain dapatmengingatkan kita kepada kematian, merapatkan siratulrahim, mengenal semua jiran sekampug maklumlah golongan ke 3 & 4 kg banyak yang telah keluar merantau jadi masa inilah nak kenal sementara ada orang tua yang boleh memperkenalkan kita.

Oklah...memang tak banyak aktiviti hari ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 20 September 2009

Beraya di Hari Raya Pertama

1 Syawal.....tahun ini saya beraya di Semenyih..rumah mertua saya. Ibu mertua orang Merlimau, Melaka manakala Bapa Mertua merupakan orang Batu Pahat. Mereka telah membuat keputusan untuk bersara di Semenyih....rumahnya di Taman Pelangi Semenyih (belakang Tesco Semenyih).

Selepas solat sunat Aidulfitri (sembahyang di Surau Tmn Pelangi Semenyih) tepat jam 8.30 pagi. Alhamdulillah kami (saya dan biras saya, Zul) sampai kat surau ketika Imam sedang mengajar/ mengingatkan bagaimana Solat Sunat Aidilfitri dilakukan...berlari kami..wah pepagi dah berpeluh...denda dari Allah sebab lewat :-)

Rumah pertama beraya ialah rumah Mak Ngah (adik Mak Mertua) di hujung Jalan TPS 3/11 ini, rumah dekat-dekat. Disini jumpa land lord rumah heheheh maklumlah saya dan Alia mennyewa rumah Mak Ngah kan....Khairul & Aziah, Azli & Nadia pun ada...peh...newly engage ladies, Nor siap buat kek coklat utk tunangnya...dapat jugak kami merasa...Alamak jam dah dekat pukul 1ptg..next pergi kedai gambar kat Semenyih, bergambar beramai-ramai satu keluarga insayaAllah nanti kemudian sapa upload gambarnya.


Rumah wajib di hari raya untuk dikunjungi...rumah nenek kat Taman Melawati (Ibu kepada bapa mertua saya)...wah dah maju rumah nenek ada leather sofa, TV besar baru dan kerusi malas untuk nenek melepak bukan sebarang kerusi malas...leather jugak...cam biasa semuanya dihantar orlh Uncle Subhan. Jumpa Uncle Ghauth, Untie Norlia dan Mamat ..

Ok jam dah lebih 3 petang so next pergi rumah uncle Subhan sebab ayah dah janji dengan Uncle Subhan kat Bkt Damansara. Untie Zaitun yang menyambut ketibaan kami..cam biasa muka agak tegas tapi kalau borak dengan auntie Zaitun sampai besok pun tak habis...

Jam pun dah kul 5 so time untuk pyulang ke rumah....alamak terlupa nak cerita tadi masa nak pergi rumah nenek sebenarnya semua naik kareta waja saya...gatal pulak tangan nie masa kat rumah Mak Ngah pergi bukak tingkap sebelah penumpang hadapan...dah tak boleh naik pulak cerminnya...adus.....so petang nie sampai rumah terusa Ayah call Zaidi, mekanik EON kat Kajang yang selalu kami service kereta waja..Zaidi sudah 17 tahun bekerja di situ...saya rasa dia lebih dari layak untuk diagnose kerosakan pada kereta PROTON.. nasib baik dia ada dirumah dan sudi membantu...Ayah Mertua saya nie memang hebat dari segi PA nya habis semua yg dia pernah jumpa akan ingat dia dan sedia membantu sekiranya diperlukan...

Saya amat bertema kasih dengan Zaidi walaupun orang dirumahnya ramai yang sedang beraya dia masih sanggup mengotorkan tangannya untuk membantu saya..ok confirm motor power window dah kaput..so nantilah tukar...rasanya call Zaidi nie nanti mintak dia tukarkan..ohh tadi Ayah sempat hulurkan "DUIT RAYA" kat Zaidi...

Alhamdulillah lega...esok insya Allah pulang beraya ke Kuantan pulak....

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin kepada semua teman-teman yang berkunjung...walaupun saya tidak mengenali semuanya tetap My Friend....



Suka gambar atas nie sebab teringatkan zaman kanak-kanak dulu....disamping itu saya berdoa agar dikurniakan anak insyaAllah...Usaha tetap diteruskan...


Friday, 4 September 2009

Alia Resign dr MMU

Sudah lama tidak berkesempatan update blog nie.Sangat sibuk dengan tugasan harian di office. Sangat sibuk menyiapkan paper work supply equipment untuk operasi kami di luar negara.

Cerita yang dah agak basi untuk dikongsi. Alia dapat tawaran menyertai JKR pada 11 August 2009. Seperti biasa agensi kerajaan sentiasa memberikan notis yang pendek untuk melaporkan diri. Alia di minta melapurkan diri pada 20 August 2009. Alia terpaksa meletakkan jawatan dengan notis yang pendek.

Oleh kerana notis yang pendek, gaji Alia bulan 8 langsung tidak merasa dan terima pulak surat untuk membayar MMU sebanyak RM3K lebih lagi. Saya sudah buatkan surat rayuan kepada MMU untuk memberi kesempatan Alia melunaskan bayaran secara ansuran.

Nasihat saya sekiranya perlu simpanlah duit cash di dlm bank sebanyak 3 bulan gaji untuk kegunaan di kala terdesak.

Alia sekarang lebih ceria, baik gembira kalau dibandingkan dengan dahulu..maklumlah kerja dengan Cawangan Kej. Mekanikal, JKR. Sememangnya kami dari latar belakang Kej Mekanikal maka dia beruntung dapat menyertai bahagian kepakaran mekanikal. Harap dia dapat panduan dari bos2 untuk memperolehi IR nya...