Monday 30 April 2012

Lunch di Marche

Hari Sabtu lepas nenek dan aki datang Putrajaya, tujuan utama mereka untuk melihat rumah Mak Uda hendak beli di Sendayan. Selepas mereka ke sana mereka ke rumah kita sebab hendak melihat Azizi. Biasalah Azizi kan cucu yang jauh dari mereka so setiap kali mereka ada kesempatan ke Klang Valley sure mereka singgah untuk melihat Azizi.
Setiap kali jugaklah Azizi tak sporting sebab tak mahu main dengan mereka, cuma bersalam sahaja lepas tu nangis kalau di dekati mereka. Kasihan nenek dan aki jauh mereka datang tapi Azizi selalu dingin dengan mereka.
Pagi Ahad selepas kita semua bersarapan, dd bawak mm, Azizi, nenek dan aki ke IKEA. Biasalah nenek asyik menyebut sahaja pasal IKEA, dd pun kasihan so bawaklah mereka. Azizi kena ingat apabila dd dah tua nanti giliran Azizi pulak bawak dd ke mana yang dd mahu.




Selesai window shopping di IKEA, pita pergi lunch di MARCHE yang tarletak di The Curve. DD bawak mereka makan disini bukan untuk bermegah cuma nak bagi mereka rasa sesuatu yang berlainan. Maklumlah kat sini kan mcam konsep pasar. Kita pilih apa yang kita nak makan dari food station mereka yang menyediakan pelbagai makanan, grill, pasta, juice, pizza, sayuran dan lain-lain.




DD makan ribeye steak, mm pulak makan rosti (Azizi pun makan rosti ni), nenek amik pizza manakala aki pulak ambil salmon grill.
Hopefully semua orang enjoy. DD settle the bill....






No comments: