Wednesday, 25 April 2012

FreeStyle


Just nak kongsi pasal pump susu kepada bapak-bapak kat luar tu. Actually korang sebenarnya sangat beruntung kalau bini korang decided untuk fully breast feed anak korang. Azizi sangat beruntung sebab dari masa mengandung lagi mm mintak izin dr dd untuk breast feed Azizi sampai umur 2 tahun.

Banyak dan lama jugak mm buat kajian untuk membeli breast pump ni sebenarnya. Memang dd akui dd tak kisahpun nak buat kajian kat mana nak beli, jenis apa yang bagus dan sebagainya. Kelemahan ini bukan hanya pada dd malah dd rasa sebahagian besar bapak-bapak kat luar tu pun cam gitu. Breast pump ini sangat penting sebab digunakan untuk mengeluarkan susu apabila mm mula bekerja. Maklumlah Azizi kat rumah, mm pulak di office so cam mana nak menyusukan, kalau tak pump nanti breast mm sakit. Breast pump juga mampu stimulated cara bb menyusu dengan begitu akan memastikan kelenjar-kelenjar di breast tu sentiasa produce susu, gitulah lebih kurang mm cerita.

Maklumlah Azizi dijangka lahir ketika raya, masa tu lambat buat keputusan nak beli breast pump agak kelam kabutlah jugak. MM beli breast pump jenama Medela katanya bagus jenama ini dan buat permulaan mm beli jenama SWING. Jenis ini cuma ada satu cup so mm kata biasanya mm ambil masa setengah jam untuk menyudahkan satu pump session. Kesian mm kelam kabut dia masa lunch, masa pagi untuk mengepam dan juga makan. Ada cerita lawak jugak beli SWING ini, mm dapat tahu ada blog yang menawarkan harga yang paling murah compare tempat lain. Blog itu FAHEM WARDROBE, jenuhlah order dan follow up melalui email padahal owner blog itu kawan satu office dd, uncle Firdaus. Ada FB jugak FAHEM WARDROBE ni.

MM pulak masa tu ada kena pergi training kat INTAN Kluang,  kalau tak silap dd masa tu Azizi baru umur 5 or 6 bulan. MM pergi training ni selama seminggu. Kesian mm masa training ni kelam kabut dia mengejar masa dan mengambil peluang untuk mengepam jugak. Masa di sana mm mintak nak simpan susu dalam freezer. Masa dd amik mm nak baik rumah tu kami gunakan coller bag free dapat masa beli minyak hitam PETRONAS, siap beli air batu sumbat dalam tu sekali dengan susu.

Oleh sebab kasihan kan mm, masa anniversary kami, dd mintak uncle Firdaus orderkan FREESTYLE pulak, lebih mudah sebab ada 2 pump so mm lebih menjimatkan masa.  FREESTYLE ini lebih mahal daripada SWING tapi tak apalah untuk menghargai mm yang banyak berkorban untuk susu Azizi, dd belikan jugak.

Kepada bapa-bapa kat luar tu yang mengganggap pemilihan breast pump itu mudah, beli sahaja jenis apapun, percayalah sebenarnya bukanlah semudah itu. Dd memang tak boleh terima apabila dd ada dengar seorang lelaki cakap kat isteri dia masa nak beli breast pump tu alah beli jek yang murah ni, pump cara manual sebab yang elektrik mahal.

Oklah Azizi, banyak yang mm korbankan hanya kerana semangat dan kecekalan mm untuk breast feed Azizi hopefully Azizi boleh hargai pengorbanan mm....   

No comments: