Monday, 16 April 2012

Jalan-jalan

Hari Sabtu, bangun pagi mm dah siapkan sarapan. Hari ini awal sikit sebab plan hendak ke Mid Valley dalam kul 10.00 pagi.

Tepat jam 10 pagilah kita keluar dari rumah. Oleh sebab dari rumah Putrajaya maka ikut MEX.

Lebih kurang setengah jam kemudian kami mula berjalan-jalan dia The Garden. Hari ini dd berjaya pujuk Azizi utk duduk dalam stroller.





Perhentian pertama sebenarnya di Speedo, beli pelampung lengan (armbands) untuk Azizi. Seterusnya di Arena beli seluar renang dd...hehehehehehe semangat nak berenang gitu....Seterusnya kita ke kedai buku Borders. Tempat paling lama spend masa sebenarnya. Hari ini khas untuk cari buku sesuai untuk Azizi. Oleh sebab mm bz mencari buku dd yang melayan Azizi. Dd biarkan sahaja Azizi nak buat apapun..





Oleh sebab lama sangat merayau dalam kedai buku borders ni, Azizi dah start haus mintak minum susu. Tempat yang agak selamat untuk breast feed Azizi tentu sahaja di Starbuck dalam Borders tu jugak. Apabila lihat dd beli air sibuk jugaklah Azizi nak minum air Starbuck so dd beli kan Azizi frappucino. Sedap jek belasah sampai separuh Azizi minum sorang.




Keluar dari borders sambil jejalan lepak sekejap tengok fashion show, almaklumlah ada fashion show week hat The Garden masa ini. Sebenarnya pita menunggu mm yang ke toilet, hehehehehhe. Apapun Azizi tenang jek melihat dari dal am stroller.




Tempat paling last sekali apalagi isi perut lah. Actually banyak sungguh Azizi makan roti ni, maklumlah kedai Italy seronok Azizi makan siap mintak tambah lagi. Kedai ini namanya Italiannies.  Sekejap jek muchroom soup Azizi pun sampai kemain lagi Azizi menghirup soup. Untuk mm dia order chicken milane dan dd cam biasa kegemaran dd, strip steak.

No comments: