Friday, 4 May 2012

Pantai Balok

Pantai Balok yang kita pergi ini bukanlah Pantai Balok yang menjadi tumpuan ramai yang ada tapak perkhemahan, pusat permainan air dan sebagainya itu tapi pantai ini teletak lebih kurang 100meter sahaja daripada rumah Mak Uda. Kita pergi berempat pagi tu dd, mm, diana, hazim dan azizi.

Ambil ke sempatan ke sini sebelum melawat nenek dan balik ke Putrajaya. Melawat nenek di Hospital Kuantan sebab nenek admitted due to heart attack. Nenek masuk hospital pada 25 APRIL 2012.




Yezaaaa pantai yang masih cantik dan belum tercemar sebab susah orang nak excess ke sini sebenarnya melainkan kalau orang tu tahu boleh ke sini melalui kawasan perumahan mak uda ni. Aki cakap denai ke pantai ini penduduk taman buat secara bergotong-royong. Oklah jugak nasib mereka gotong royong bersihkan sebab kalau tidak susah nak ke pantai ini sebab melalui semak samun dan hutan pokok ru.




Azizi memang allergic matahari, sanggup jalan tunduk. Apapun ini kali kedua Azizi di benarkan oleh dd&mm untuk main pasir. Kali pertama mm dah cover disini. Komen mm pasal pasir pulak katanya pasir di Hyatt lebih lembut. Pasir Teluk Cempedak lah tu padahal pantai ini adalah bersambung.

 Oklah lain kali kita ke sini lagi main pasir dimana lagi kalau bukan Pantai Balok....ehhhh ini macam dah patut jadi Pantai Seberang Balok....

No comments: