Wednesday, 9 May 2012

Kenapa Demam

Demam? kenapa demam....itu soalan dd kepada mm apabila pagi Selasa itu dd sedang bersiap hendak ke office mm bagi tahu badan Azizi panas. Macam biasa ambil temperature Azizi dan reading masa tu 38 degree C. Terus dd sms boss cakap amik cuti untuk hantar Azizi pergi klinik.

Boss dd call tanya kenapa Azizi selalu sakit..emmm payah pulak nak jawab soalan tu apapun nanti kita tanya doctorlah nanti.

Bila kita jumpa Dr Afifah ternyata tekak Azizi merah...Dr kata tonsilitis tahap 2. Aku dengar terkejut jugak lah. Apapun selalu jugak Azizi kalau demam memang ada kaitan dengan tonsil dia. Jika tidak di kawal makanya Azizi akan selalu demam.


Dr. Afifah bagi paracetamol untuk Azizi makan setiap 6 jam. Azizi pulak kalau nak makan ubat tu memanglah susah. Belajar dari pengalaman di Hospital Pantai sebelum ini di mana nurse bagi Azizi makan ubat dengan membiarkan Azizi baring secara flat dan bukan seperti yang mm dan dd practice di rumah iaitu memangku. Menurut nurse-nurse tu apabila dalam keadaaan berbaring flat, perut Azizi tidak tertekan dan keupayaan Azizi mengeluarkan isi perut akan jadi limited. Jam 1 tengah hari tu Diana yang kasi, jam 7 petang dd&mm  kasi  dan 1 pagi again dd & mm kasi.

Untuk boost antibody Azizi, Dr Afifah dah pesan suruh bagi macam-macam supplement terutama vitamin C tapi Azizi sure akan pangkah kalau perasa oren sebab sama rasa dengan ubat paracetamol fr Hospital Pantai. Balik jumpa Dr. Afifah belilah pelbagai benda berasakan buah kiwi sebab Dr Afifah kata buah kiwi ada lebih vitamin C compare to oren.

Update hari ini, air kiwi Azizi minum sebenarnya tp kena campur dengan air kosong,  Yogurt confirm makan, buah nya Azizi tak nak makan. Nampaknya kena pergi Isetan esok cari kiwi gold.

No comments: