Saturday, 13 June 2009

CELCOM Broadband dan Airport Limo

Sebenarnya, ingin berkongsi ...saya berpeluang naik Airport Limo sehabis pulang tugasan di Pasir Gudang. Untuk menghilang kebosanan di dalam kereta, saya berbual kosong dengan abang pemandu Limo...Banyak pengalaman mereka yang menarik boleh kita jadikan iktibar sebenarnya.


Abang nie banyak berkorban sebenarnya. Keluarganya tinggal di Melaka sementara dia mencari rezeki di Lembah Klang. Saya bertanya, “Di mana abang menyewa”...jawapannya sungguh menarik...”abang tak menyewa di mana-mana, abang Cuma tidur didalam kereta ini sahajalah di sekitar KLIA jugak abang biasa cari port”....Wah hebat pengorbanan abang nie..hanya pulang ke rumah selang 4 atau 5 hari....Sebenarnya seperti sudah menjadi kelaziman pulak mereka nie tidur di dalam kereta yek...Cuma satu pesan aku pada abang tu, berhati-hati cari tempat tidur...dan pastikan dapat rehat yang cukup..Abang pemandu teksi yang menghantar saya ke Airport tempuh hari untuk ke Johor jugak berkongsi cerita yang dia tidur di Putrajaya Central...Abang nie pemandu teksi biasa berpengkalan Cyberjaya..pengorbanan untuk mencari nafkah....masyaAllah....pernahkah saya bersyukur???


Berkongsi tentang hak milik kereta Airport Limo sebab setahu saya (berdasarkan cerita-cerita pemandu yang lain yang saya pernah bertanya sebelum ini) kereta waja mereka nie sewa beli...sepatutnya samalah macam kereta saya di rumahtu sewa beli...pada akhir tempoh yang dipersetujui, dan bayaran kesemua sedah dilangsaikan maka kereta tersebut menjadi hak mutlak saya.... oleh sebab itu walaupun kereta saya masih milik hak bank tentu saya tidak gembira sekiranya bank mahu memperlakukan sesuka hati terhadap kereta waja saya tu....


Teksi Limo Promosi CELCOM broadband

Kalau perasan, sekarang ni banyak di jalan raya kereta waja Airport Limo nie berwajah baru sebab ada iklan CELCOM .....menurut kata En. Chee Pok Jin, CELCOM’s Chief Marketing Officer, CELCOM mebelanjakan RM1 juta untuk tujuan promosi ini dengan kerjasama Airport Limo (M) Sdn Bhd...lapur Business Times, gulfbase.com dan KTTIME.COM yang sempat saya bacalah.


Hasil perbualan dengan Abang pemandu ni tadi mereka kata mereka langsung tidak dapat perkongsian apapun dalam perjanjian perniagaan ni..bila saya bertanya kenapa tak complaint...tak boleh dik nanti kami di “GAM” atau lebih buruk dibuang...emmmm nak komen banyak pun saya hanya mendengar dari sebelah pihak..kalaulah dapat jawapan dari pihak yang satu lagi tentang persoalan nie menarik jugak kan..ada yang kenal dan boleh tanya so boleh share so adil dengar dari kedua belah pihak...sebab saya tidak berpuas hati sebenarnya....

  1. takkan Airport Limo Sdn Bhd hanya buat kerja amal untuk CELCOM
  2. kalau dapat "sedikit" dari CELCOM kenapa tak share dengan pemandu macam teksi bandar dapat.

NOTE: Bukan niat mahu memburukkan nama sesiapa cuma mahukan penjelasan...

Wednesday, 10 June 2009

Galaxy Jewels Assorted Chocolates


Ayah Alia pernah cerita dengan saya tentang Galaxy Jewels chocolate ini. Beliau beli dan rasa ketika menunaikan haji...

Gary Waykin dari John Crane kebetulan datang ke Malaysia dari Manchester melalui Dubai. Saya mengambil kesempatan untuk mengirik chocolate ini melalui beliau. Akhirnya jadi hadiah dari Gary...Thank you Gary.






Komen: Memang sedap...ada pelbagai filler kat setiap chocolate tu...cumanya chocolate nie tak ada kat Airport kecik rasanya, malah memang tak ada jual di KLIA apatah lagi di LCCT. Dalam sekotak ni ada 700 gram chocolate yang dibungkus seperti gula-gula dalam 12 perisa / filler berlainan.




Sunday, 7 June 2009

Pengezonan Cyberjaya

Saya dapat pamphlet daripada Stesyen Minyak PETRONAS di Cyberjaya...mestilah isi minyak PETRONAS..walau apapun orang buat perbandaingan tentang minyak pada saya biarlah saya menggunakan minyak ini sebab gaji saya dibayar oleh mereka...loyalty....cewahhh....



Pengezonan Cyberjaya..photo dari web Maj. Perb. Sepang.

Maklumat yang diberikan ialah Pelan Pengezonan Cyberjaya telah diluluskan di dalam Mesyuarat Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Sepang bil 21/2008 bertarikh 26 November 2008...masyaAllah dah lama rupanya diluluskan....kenapalah saya hanya mengatahui perkara ini pada setengah tahun 2009.

Secara keseluruhan terdapat sejumlah 12 zon....ianyanya dipanggil sebagai Cyber 1....Cyber 12...untuk senarai penuh setiap zon tersebut boleh perolehi dari laman sesawang Majlis Perbandaran Sepang sendiri di sini..


Monday, 1 June 2009

Konvokesyen UiTM ke 70


Hari nie bangun cam biasa, 0530hrs...tapi hari ini berlainan sabab hari ini saya bercuti tapi bangun awal gak sebab hendak ke Shah Alam jadi Pak Supir.

Liyana, adik yang bongsu akan menghadiri Sidang ke-9 Istiadat Konvokesyen UiTM ke 70..Liyana graduate Diploma in Hotel Management, paling tidak sesi dia disampaikan oleh Pro Chancellor Y. Bhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad..masa zaman saya Dato VC yang kasi..tahun ini Mechanical nampaknya sesi ke 10 so merasa Pro Chancellor zaman saya dulu dah yang hari last rasanya sebab itu VC je yang kasi..apapun alhamdulillah...

Apa yang saya nak kongsi di sini ialah setiap graduan UiTM pastu akan diminta berdiri dan memberi tepukan kepada ibu bapa mereka...betul sesungguhnya kejayaan graduan adalah kerana ibu bapa mereka yang ada di belakang....sempat memerhatikan ramai ibu bapa yang datang dari jauh sempat menghadirkan diri baik dari selatan mahupun utara malah dari Sabah dan Sarawak jugak tidak ketinggalan....

Untuk meraikan Liyana, saya bawa digital camera, pinjam Alia punya hehehehe..:-) sempat ambil beberapa gambar dia bersama teman-temannya...apa yang hendak dikongsi adalah..saya sempat membeli sejambak bunga yang bukanlah mahal sangat harganya cukuplah yang termampu oleh saya....apabila Liyana mengambil gambar bersama teman-teman nya dapat saya sedari jambangan bunga tersebut agak besar dari kepunyaan teman-temannya...yang agak memeranjatkan saya apabila teman-teman Liyana mahu bergambar sendiri malah dengan ibu bapa mereka, sanggup mereka pinjam jambangan bunga Liyana, no no bukan saya dengki atau kedekut tetapi mereka ini harus sedar satu perkara, saya pasti jambangan bunga yang ada di tangan mereka adalah pemberian ibu bapa mereka saya amat pasti...tidak bersyukur kah kita sampai sanggup mengetepikan pemberian orang tua kita hanya kerana melihat orang lain mempunyai yang lebih besar..tidak kah kita merasa gembira dengan apa yang diberi oleh ibu bapa kita??...masyaAllah...maaf saya sedang cuba menginsafkan diri saya  sendiri jugak disamping berkongsi.....

Oklah harap ada jugak ilmu bermanfaat dapat saya kutip hari nie.....