Wednesday, 21 May 2008

Beli Kain di Nilai Square

Cuti Hari Wesak...tak ada buat apa so kami semua sekeluarga ke Nilai Square...mencari kain untuk apa rahsia...



Kalau yang sedang mencari kain pergilah sekarang sebab mereka ada buat sales...walaupun ada sales ingat...masih boleh ditawar lagi harganya...trick nya ialah minta harga per meter..tawar per meter...bukan sepasang...GOOD LUCK

Misalan:
Kain semeter RM25.00 berapa berani minta?.....

So haritu kami angkut hampir 50 meter kain dari Nilai Square...

PEP Yang Hangat

Topik paling hangat sekali sekarang di kalangan mereka yang makan gaji dengan Sime Darby pasti nya PEP...Untuk Exec PEP atau penuhnya Performance Excellence Programme dilakukan secara online di alamat http://ghr.simedarby.com/pepv3/Default.aspx



"Information and setup"

Bila dah log in tu ada beberapa menu termasuklah yang sekarang ini sibuk diisi Year End Review...so adalah dalam tu list of KPIs yang kita set di awal tahun kewangan....yang best ada 2 ruangan satu self rating dan superior's rating...yang paling mustahak adalah superior rating kerana ini akan memberikan FINAL RATING. Penting benda alah nie bro...sebab dari final rating lah menentukan bonus untuk tahun kewangan berakhir...

Aku dah selesaikan benda alah nie last week sebab boss aku suruh siapkan cepat sebab dia nak operate kaki dia tu dan takut lambat masuk office semula...

Kepada semua employee Sime Darby...selamat isi PEP..Jumaat last woi cepat...

Sunday, 18 May 2008

Lontong Klang

Bangun pagi sebab nak ambil barang di Subang....dah selesai tanya wife aku nak breakfast kat mana; so dia bagi suggestion tempat makan yang memang best..zaman kami student lagi kami duk makan kat kedai nie..

Lontong Klang, Section 7, Shah Alam.

Lontong merupakan makanan popular untuk orang Jawa...banyak juga di jual di Pulau Jawa, Indonesia. Tapi yang nie aku makan kat Section 7, Shah Alam. Nama restaurant ada Klang tapi kat Shah Alam..restaurant ini memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi kalau weekend. Pernah aku bawak parent aku makan kat sini dan mereka juga mengakui yang kuahnya sedap...ada sotong kembang lagi...bleh try..

Anas di pangkuan ayahnya.

Lepas makan on the way balik Semenyih kami singgah di Rumah Hafiz...cousin Alia belah ayah so darah Jasmon lah nie...tujuan singgah rumah dia sebab nak melawat anak dia, Anas yang tersimbah air panas Khamis lepas. Ceritanya dalam bilik masak air bubuh atas meja..Anas dalam walker tarik cabel, langsung electric cattle tu jatuh atas dia dan air panas simbah atas badan dia...bad enough...syukur Allah masih adil kerana melindungi muka dia kalau tak kena mata..ishhh lagi parah...Hafiz cerita pak mertua marah lalai dan kedekut tak beli water heater...kasihan.

Badan Anas bandage dengan 3 layer dan layer paling dalam which paling mahal katanya membolehkan luka tidak perlu dibasuh setiap hari selama seminggu..ada aku tenguk gambar dari I-phone Hafiz yang ngeri masa luka dicuci...

Moral...berhati-hati kalau ada anak kecil....aku bila lagi nak ada anak <---soalan biasa kawan-kawan. . Jawapannya...sedang berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan waris..

Apa pasal anak mata hilang??

Malamnya kami satu keluarga besar + bibik pergi makan Pizza di Kajang... Pizza Hut lah mana lagi..setelah meneliti menu...order...1 Hut's Power Menu Set #6..aa dua pizza so satu crunchy crust dan satu lagi stuffed crust..breadstix upgrade to garlic bread...4pcs Deli wing + 4 pcs sweet & spicy Wing, satu single sensation dan satu double delight...air tambah kopi panas, milo dan speciality tea...


Hut's Power Menu Set #6

Cikgu Zul dan Cikgu Azira bersama askar-askarnya.

Tiada apa yang disambut cuma makan di luar beramai-ramai...Atuk janji dengan Nain bawak makan pizza..Nain memang suka makan fast food terbalik dengan bapak dia ...

Peace...kacang pis...

Acara seperti ini bagus dilakukan...Akam yang bongsu dalam keluarga terutamanya...melatih dia mendengar hiruk pikuk anak saudaranya....sampai tahap gaban dan cakap..."akhhh serabutnya budak-budak nie.." hehehe nak buat cam mana dulu masa kecik dia je yang serabutkan orang....

Ekkkkk...kenyang..Alhamdulillah

Dah selesai perut pun dah kenyang...bill nak kena settle...RM104.00 beres....Akam bayar tapi guna duit ayah...tq ayah lain kali belanja lagi...

Saturday, 17 May 2008

SABTU DATANG LAGI

Nie cerita Iman nak ke airport untuk pulang ke Jakarta...

Memula aku nak hantar dia pagi tu tapi dia kata tak mengapa dia naik teksi aje katanya..bagus jugak sebab aku nak kena hantar isteri aku lagi ke MMU, so oklah aku pun call Airport Limo lepas tonton Malaysia kalah 1300 888989...setelah lama menunggu dan hanya mendengar suara rakaman "sila tunggu semua pegawai perkhidmatan pelanggan kami masih sibuk, terima kasih" entah berapa puluh kali aku dengar akhirnya baru dapat cakap dengan orang yang hidup...confirm mamat bawak Airport Limo nama Bad akan datang...tetiba pagi tu mamat tu call cakap kereta dia rosak, tapi dia dah mintak member dia ganti nama Razak bawak Mercedes ..oklah janji sampai kan...aku pun sms Iman..."kayak org kaya gitu"....



10 minit kemudian Iman balas SMS aku.."merz is not suitable for me. Broke down after 10 minute. Already in Proton's car".....masyaallah cam mana semua nie berlaku...alhamdulillah Iman akhirnya selamat sampai gak ke KLIA. Satu je yang aku perasan bagusnya Airport Limo nie..mereka mempunyai bilangan yang ramai dan di dalam kereta tu ada Walkie talkie so mereka boleh panggil kawan yang lain seandainya mereka ada masalah...tak perlulah rasa nak jimat duit amik teksi merah tu....


Exam Unit MMU

Oleh kerana colleague bini aku yang bertanggungjawap dengan exam ada kelas (buat MBA kat Kolej swasta yang lain) pada hari ini dan MMU pulak ada exam dari pagi sampai malam so bini aku kena ganti minah tu dari tengah hari sampai malam. So pukul 10 malam akupun pergilah amik bini aku...nak balik dah pun kena perati orang buat kerja gak....basically memalm nie nak kena susun balik kertas kawapan yang masih kosong dan menyimpan jam-jam yang biasanya digantung di dalam dewan peperiksaan...isteri aku nie pulak hanya stand by dari tengah hari sampai malam sebab tugas utama dia ialah apabila ada pelajar yang ditangkap meniru, dia akan memasukkan semua bahan bukti dalam sampul surat...tutup, sign ...pastu masukkan ke dalam "bilik kebal" sementara menantikan proses seterusnya...nasib baik hari tu tak ada kes..






Sementara aku merayau sambil menuggu, aku tertarik dengan fire extinguisher di hadapan bilik Exam Unit nie sebab seperti ada dua unit yang diletakkan bersebelahan di atas lantai...aku boleh tafsir kedua-dua fire extinguisher ini mempunyai dua tujuan di sini iaitu alat untuk bantu mula sekiranya kebakaran berlaku, tugas hakiki dan satu lagi tugas bukan hakiki, penyendal pintu....SALAH PENGGUNAAN.

Satu lagi menarik pada fire extinguisher nie ialah:

Tarikh Pemeriksaan: 10/11/2006
Tarikh pemeriksaan semula: 9/11/2007

Ada standard untuk benda alah nie aku tak pasti rasanya M.S 1181....ish...lantak lah kalau salah pun bukan tanggungjawap aku nak hafal semua nie...Aku lihat benda alah tu pada 17 May 2008....mak oi dah 6 bulan tu..ish..tak buat kerja ke apa Safety Officer nie...bini aku cakap bawah Facility Management...semua benda tu...well.....Pak Safety Officer MMU please fulfil your responsibility...suruh lah orang check tak payah buat semua sendiri..ish...

Friday, 16 May 2008

Teman ke REMACO Repair Centre

Jumaat, 18 May 2008

Aku ke KLIA jam 9 pagi kerana mahu mengambil temanku dari Indonesia. Iman Sigit Soeharto. Mamat nie masa aku mula kenal 2 tahun yang lalu di Titan Petro Chem masa project on site coating compressor Hitachi. Ketika itu beliau bergelar Project Engineer.

Banyak perbezaan antara aku dan dia sekarang..aku masih begini sedangkan , Iman sekarang sudah bergelar Manager Field Service, P.T Sulzer Hickham Indonesia....rezeki dia lah kan. TPS banyak mengajar aku lebih tentang office politic, mungkin sebelum ini aku lebih terdedah dengan suasana pembuatan di kilang Europe dan Jepun yang usaha bekerja adalah segala-galanya, ternyata suasana bekerja dengan company di bawah payung PNB adalah lebih baik "mengipas" dari bekerja. Ini pendapat dan pemerhatian peribadi aku, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau sudah "goal".



Iman dengan new gadget baru company bagi...hope email to Hickham Industries bukan sms bini


Iman datang kerana atas desakan aku supaya dia menghadirkan diri untuk satu meeting dengan REMACO. Meeting ini initiative Azril. Atas kebenaran dari Pak Agus setelah diperjelaskan tujuan Iman harus ke Malaysia barulah aku berjaya membawa Iman ke Malaysia. Gambar di atas aku ambil ketika kami menonton badminton antara Malaysia vs China di lounge. Agak malang Malaysia kalah.

Misbun dan mereka yang menghampakan aku dan seluruh rakyat Malaysia...gambar dari sini

Sambil menonton aku minta air Latte si Iman order Cappuccino....minum dengan bestnya...time nak bayar aku mintak bill dan seperti biasa principal mesti bayar so Iman yang sign...charge to room...waduh RM42.20 termasuk tax...gila apa...mahal nak mampus...apa kejadah lah ramai orang minum kat sini yek..aku ingat Starbucks dah cukup mahal tapi Sheraton lebih "sembelih".

Restaurant Serai Sec. 3 Shah Alam..belakang McD.

Antara makanan/lauk kegemaran Iman ialah tomyam..aku decide nak bawak dia tempat yang special untuk menikmatinya...so aku memilih Restaurant Serai di Seksyen 3, Shah Alam. Alah belakang McD, kat area syed tu....Masa zaman aku study aku pakat lalu je kat depan tu tak berani nak masuk...so kami test..


Iman layan makan..

Kami order Ikan masak steam, TOMYAM Seafood, kerabu mangga, asparagus goreng, cummi (sotong) goreng..Komen aku, kat sini mungkin makanan Siam antara terbaik pernah aku rasa, tomyam dia masam pedas, ikan steam pun masam campur kerabu mangga pun masam...pehhh apapun sedap...Iman pun kata sedap kira mission aku nak bagi dia best food berjaya....

Oklah Iman...makan dah....akupun dah tunaikan hasrat ko nak tido kat Sheraton..so back to work....


Wednesday, 14 May 2008

Check dulu

Cerita nie dah berlaku lama sebenarnya...lupa lak tarikhnya....

Cerita bermula bila si Zaini (bukan nama sebenar hehehe) sedang print/photocopy tender dia untuk submission tetiba mesin XEROX kami habis dakwat...nak kena amik lah pulak cartridge dia dari Xerox sebab urgent mereka hanya boleh hantar esok...ish hanya kerana satu cartridge ink Xerox kami ke Section 3, PJ..

Bersemangat Zaini ambil semua nie....

Sampai sana Zaini jumpa amoi cun terus je sign invoice...so dapat barang siap bawak dengan troli aku tenguk sebab masa tu aku jadi penjaga kereta dia standby kalau kena alih kereta....punggah semua barang masuk kereta..aku dah tak sedap hati...

Masuk dalam kereta aku ambil invoice yang ada terselit kat kotak....Astafirullah...salah company ni ......ternyata salah orang...salah company....ish nasib baik segera di kesan sebelum gerak...kalau tak...


Moral of the story..."SUDAH CHECK?"" <---ungkapan nie ada belakang coverall pekerja Sapura Crest nie..

Monday, 12 May 2008

Wigan 0 - 2 Man Utd

Wah.......bestnya...MAN U menang malam nie....terima kasih kepada gol Cristiano Ronaldo (penalti minit ke 33) dan Orang tua, Giggs (minit 80 menyambung hantaran Rooney)...cayalah..

Terry menjerit, ZAINI pun menjerit???

Chelsea hanya mampu seri sahaja malam nie nampaknya...Terry nie boleh maintak final kat Moscow nanti? Ishh kasihan....hope ko cepat sembuh Terry...nanti boleh jaga Ronaldo..kalau tak nanti senang je Ronaldo nak sumbat gol.



We are the champion...my friend....and we are the champion...

Semua gambar dalam blog nie aku "ambik" dari web

  1. www.manutd.com
  2. http://news.bbc.co.uk/sport/

Friday, 9 May 2008

CAT Genset

Genset dalam Canopy

Sebuah station jana elektrik terletak opss...rahsia mana leh bagi tau, memerlukan exhaust baru untuk "black start diesel generator" mereka. Oleh sebab aku dah lama meninggalkan engine nie dan aku cuma belajar masa zaman "Management Trainee" sikit lak tu jadi aku bawak Zaini untuk mengkaji prospect business nie...





Aku boleh share sikit ilmu tentang engine CAT nie...model 38 series...so apabila nak beli parts untuk engine nie..OEM akan memerlukan..yang terbaik pastinya serial number dan arrangement number...ada dua nie senang je broo...CAT nie pun satu mangkuk...dah tau benda alah nie penting lagi nak sorok-sorok tampal, kesian kawan-kawan kita cari tak jumpa...apapun misi kami tadi berjaya menemukan benda alah nie....

Insyallah boleh buat ...betul tak Zaini....masuk wa punya accountlah..benda kecik nie lu kan dah banyak ...."Cili Padi"...dll ish...lebih dari cukup dah lu ada....

Bosan lagi...

Setiap hari..setiap kali aku naik lift kat opis aku pasti aku baca benda alah nie....

OPPORTUNITIES??

Emmm kekadang aku fikir memang lah...bila kereta kita rosak...problem kat kita tapi rezeki kat mechanic kan..emmm so betul lah tu....

Thursday, 8 May 2008

Birthday Treat at Secret Recipe

Pukul 4ptg HP aku berbunyi...."sms arrive".....

"Bang dah confirm dengan mak hari ni belanja dia kat Secret Recipe, voucher MPH belum beli"

Ish..ketika ini aku pun tension...bini aku nie..semalam tak nak cakap nie dah petang cakap...itulah hidup berumah tangga wahai sahabatku TUNGKAI yang complaint pasal orang yang dah kahwin suka cakap nanti ko dah kahwin ko tau..boleh baca kat sini.

Sementara tunggu ibu mertua sampai...bila dia sampai lupalak nak ambil gambar dia.

Oleh kerana isteri terpaksalah mengadap BOSS...

Aku:"Boss nak keluar awal nie"
Boss:" Apahal pulak"
Aku:"Nak gi beli hadiah mak mertua"
Boss:"Pergilah..kuat bodek nampak"
Aku:"Tq boss...g dulu"

Nie je aku rasa best keje kat sini sebab boss aku no hal kalau sesekali aku ada hal :) Alamak aku pulak dah janji nak jumpa orang nie...ishhhh..."Sorrylah bro tak leh jumpa ko lah ada hal penting lah"....nie lah antara best deal dengan customer seperti TNB nie....talak hal cancel appointment di saat akhir

Bergegaslah pulak ke Alamanda..tujuan ke MPH...oleh sebab ibu mertua aku nie menghabiskan banyak masa di rumah sekarang dengan membaca buku & novel, aku dan isteri berpakat nak tambah hadiah dengan gift voucher daripada MPH so dia boleh beli buku yang dia suka..kisah nabi ke..novel kehidupan ke...

Aku tau bini aku tak baca blog aku nie tapi malam tadi dia tanya aku pulak apa hadiah aku nak untuk anniversary kami..ishhh...macam tau je aku sedang mencari hadiah untuk dia....Aku mintak kemeja je lah. Untuk bini au...hehehe aku dah ingat dia penah duk perati satu benda dengan khusyuknya di kedai beg...kena gi survey hargalah...TUNGKAI inilah kehidupan berumah tangga kalau ko nak tau...