Malam semalam jam 1 pagi baru Azizi tidur, malam ni selepas setengah jam di bahu dd akhirnya Azizi lena. Maksudnya awal sejam Azizi tidur compare senalam, agak justify Sebab tadi jam 5.30 ptg dd kacau waktu Azizi sedang sedap lena waktu petang.
Malam ini Azizi mintak dd tepuk Azizi sambil Azizi lena di bahu dd mengingatkan waktu Azizi di dalam pantang. Azizi menangis tidak mahu tidur apabila posisi di bahu baru Azizi tidur. Ini juga mengingatkan dd pada pesanan Dr. Atiqah, parent banyak stress Sebab tidak cukup waktu tidur malam kerana di ganggu waktu tidur anak. Parent sepatutnya mengatur waktu tidur anak so patutnya Kena bangun awal dan tidak tidur waktu petang yang terlalu lama.
Macam mana nak fahamkan penyataan ini kepada orang tua. Susahnya sebab orang Tua Ada stigma Takut kejut budak tidur Sebab Takut dia mengamuk nanti kerana tidurnya digangu atau tidak cukup tidur.
Fikir Fikir kan...
No comments:
Post a Comment