Thursday, 4 October 2012

Tidur 1 jam sahaja

Dd balik awal lagi sebab kebetulan meeting petang di Citibank habis awal so jam 5 dah sampai rumah.

Nenek update dd yang Azizi tidur 1 jam sahaja tengah hari, tidur pukul 2ptg dan bangun pukul 3 ptg. Dalam hati dd baguslah tidak Lah nanti Azizi tidur lewat malam nanti.

Macam biasa dah nampak dd confirm nak melekat Kat dd sahaja lah. Bila dd dah siap semua mengemas diri dan buat yang wajib terus Azizi ajak turun bawah. Ajak keluar rumah rupanya. Oklah kita repeat buat benda semalam cumanya hari ini Azizi hendak berdiri di kerusi dan mengenakan tali pinggang sebab lihat dd buat begitu. Oklah tak apa dd layan kan sahajalah walaupun bahaya sebenarnya berdiri di kerusi.

Makan malam Azizi sedikit sahaja di suap Diana. Masa atuk dengan uncle su dinner Azizi pun nak makan dan dd suapkan. Baru dua suap Azizi dah muntahkan keluar hanya kerana uncle Su buat memek muka Kat Azizi. Dd dah lost count apa buat reaksi hanya kerana takutkan uncle su.

Malam dalam jam 9 malam dd sangat penat so baring depan tv masa tu Azizi masih bermain, rupanya dd terlelap dan tersedar bila Azizi menangis rupanya takutkan nenek batuk. Dd pujuk Azizi dan baringkan Azizi sebelah dd, rupanya Azizi pun terlelap.

Jam 11mlm Azizi terjaga dan menangis sebab nak minum susu. Siap susu bawak naik atas masuk bilik Azizi minum susu dan tidur.

Jam 1.30pagi sekali lagi Azizi tersedar dan menangis. Buat susu dan bagi Azizi minum susu selesai baru Azizi sambung tidur sampai pagi.

Doa dd setiap waktu solat mintak Allah tabahkan Azizi berjauhan dari mm.

No comments: