Friday 5 October 2012

AZIZI ALONE



Kami

Hari ini dd pulang lewat sebab pergi putrajaya dahulu, tukar lampu kereta dd. Baru tukar Isnin lepas tak kala pulang dari hantar mm ke Kluang dah rosak. Dd Mintak tukar set yang baru.

Nasib Azizi belum tidur. Dd tengok Azizi pakai seluar tidur tapi baju bukan pasangannya sebaliknya tshirt bewarna hijau. Bila Tanya Diana alasan Aziz mandi awal, kalau pakai baju tidur panas sebab tu pakai tshirt. Walhal bila dd rasa kain, nampaknya tshirt hijau lebih tebal kainnya compare baju tidur cumanya baju tidur tu berlengan panjang.

Diana dah lama lena dalam bilik, Nenek pulak dd suruh naik kata tak apa tapi dah banyak Kali terlentok-lentok kat kerusi. Dd decide untuk angkat sahaja Azizi naik atas tapi Azizi memberontak. Memuntahkan segala apa yang Ada. Siap tersekat lagi dd tengok. Terpaksa pulak tepuk-tepuk belakang Azizi nak keluarkan semua Muntah tu.

Azizi menjerit sekuat hati. Bila dah siap dd bersihkan kesan muntah pun Azizi menjerit sebab hendak turun bawah. Ok fine dd beralah bawak Azizi turun, dah pakai baju barupun Azizi tetap nak muntah lagi. Sekali lagi dd kena bersihkan badan Azizi dan pakaikan baju lagi sekali. Ketika inilah dd teringat pesan mm kalau Azizi merajuk peluk rapat-rapat so dd buatlah akhirnya baru Azizi tenang.

Dd mintak nenek naik sahaja tidur dan dd bagi alasan nanti dd dah tak larat dd panggil Nenek. Dd tau Azizi memang tak nak dengan nenek mahu pun Diana kalau dd Ada. Mm call lebih kurang jam 1.30pg dan bercakap dengan Azizi. Memang kalau dd kat offshore pun bila Azizi tak nak tidur mm akan message dd suruh call dan bercakap dengan Azizi.

Semua orang dah tidur, Azizi lapar pulak sian dd tengok maklumlah dah muntah segala isi perut. Bagi makan roti dengan kacang sambil tu Azizi mintak bukak tv dan dd bukak cartoon. Fine sebab dd balik lambat so dd spend time dengan Azizi. Last dd tengok jam dah hampir kul 3pg, pastu dd terlena. Bila sedar alarm dd bunyi kul 5 pagi. Azizi tidur sebelah dd dan tv dah tutup.

Dd bersiap untuk pergi kerja. Dd cukup kesal dengan keputusan dd untuk paksa Azizi naik atas. Maaf kan dd yek Azizi. Walaupun dd cuma tidur lebih kurang 2 jam sahaja tetapi perasaan sedih tengok keadaan Azizi mengatasi keletihan dd.

Hopefully kita boleh improve situation kita lagi.

No comments: