Friday, 5 October 2012

Sorry Azizi Kena Tinggal



Dd pergi kerja pagi ini lebih kurang jam 9 pg boss dd suruh dd pergi offshore untuk lead contractor yang nak buat site visit kat platform KAKG-A. Sorry Azizi kena tinggal dengan Nenek dan Diana.

Plan nya dd naik flight malam jam 9pm ke Miri. Pagi Sabtu naik chopper jam 8.30am sampai platform sejam kemudian. Buat site visit. Chopper pulang akan ambil dd jam 3.30pm dan kami di jangka tiba di airport Miri jam 4.45pm.
KAKG-A Platform

Plan dd ialah register waiting list untuk pulang flight petang tu jugak. Kalau tidak sempat / no ticket baru dd balik ahad pagi. Nanti dd balik kita pergi jalan-jalan yek sayang.

Rindu sangat Kat Azizi.


AZIZI ALONE



Kami

Hari ini dd pulang lewat sebab pergi putrajaya dahulu, tukar lampu kereta dd. Baru tukar Isnin lepas tak kala pulang dari hantar mm ke Kluang dah rosak. Dd Mintak tukar set yang baru.

Nasib Azizi belum tidur. Dd tengok Azizi pakai seluar tidur tapi baju bukan pasangannya sebaliknya tshirt bewarna hijau. Bila Tanya Diana alasan Aziz mandi awal, kalau pakai baju tidur panas sebab tu pakai tshirt. Walhal bila dd rasa kain, nampaknya tshirt hijau lebih tebal kainnya compare baju tidur cumanya baju tidur tu berlengan panjang.

Diana dah lama lena dalam bilik, Nenek pulak dd suruh naik kata tak apa tapi dah banyak Kali terlentok-lentok kat kerusi. Dd decide untuk angkat sahaja Azizi naik atas tapi Azizi memberontak. Memuntahkan segala apa yang Ada. Siap tersekat lagi dd tengok. Terpaksa pulak tepuk-tepuk belakang Azizi nak keluarkan semua Muntah tu.

Azizi menjerit sekuat hati. Bila dah siap dd bersihkan kesan muntah pun Azizi menjerit sebab hendak turun bawah. Ok fine dd beralah bawak Azizi turun, dah pakai baju barupun Azizi tetap nak muntah lagi. Sekali lagi dd kena bersihkan badan Azizi dan pakaikan baju lagi sekali. Ketika inilah dd teringat pesan mm kalau Azizi merajuk peluk rapat-rapat so dd buatlah akhirnya baru Azizi tenang.

Dd mintak nenek naik sahaja tidur dan dd bagi alasan nanti dd dah tak larat dd panggil Nenek. Dd tau Azizi memang tak nak dengan nenek mahu pun Diana kalau dd Ada. Mm call lebih kurang jam 1.30pg dan bercakap dengan Azizi. Memang kalau dd kat offshore pun bila Azizi tak nak tidur mm akan message dd suruh call dan bercakap dengan Azizi.

Semua orang dah tidur, Azizi lapar pulak sian dd tengok maklumlah dah muntah segala isi perut. Bagi makan roti dengan kacang sambil tu Azizi mintak bukak tv dan dd bukak cartoon. Fine sebab dd balik lambat so dd spend time dengan Azizi. Last dd tengok jam dah hampir kul 3pg, pastu dd terlena. Bila sedar alarm dd bunyi kul 5 pagi. Azizi tidur sebelah dd dan tv dah tutup.

Dd bersiap untuk pergi kerja. Dd cukup kesal dengan keputusan dd untuk paksa Azizi naik atas. Maaf kan dd yek Azizi. Walaupun dd cuma tidur lebih kurang 2 jam sahaja tetapi perasaan sedih tengok keadaan Azizi mengatasi keletihan dd.

Hopefully kita boleh improve situation kita lagi.

Thursday, 4 October 2012

Tidur 1 jam sahaja

Dd balik awal lagi sebab kebetulan meeting petang di Citibank habis awal so jam 5 dah sampai rumah.

Nenek update dd yang Azizi tidur 1 jam sahaja tengah hari, tidur pukul 2ptg dan bangun pukul 3 ptg. Dalam hati dd baguslah tidak Lah nanti Azizi tidur lewat malam nanti.

Macam biasa dah nampak dd confirm nak melekat Kat dd sahaja lah. Bila dd dah siap semua mengemas diri dan buat yang wajib terus Azizi ajak turun bawah. Ajak keluar rumah rupanya. Oklah kita repeat buat benda semalam cumanya hari ini Azizi hendak berdiri di kerusi dan mengenakan tali pinggang sebab lihat dd buat begitu. Oklah tak apa dd layan kan sahajalah walaupun bahaya sebenarnya berdiri di kerusi.

Makan malam Azizi sedikit sahaja di suap Diana. Masa atuk dengan uncle su dinner Azizi pun nak makan dan dd suapkan. Baru dua suap Azizi dah muntahkan keluar hanya kerana uncle Su buat memek muka Kat Azizi. Dd dah lost count apa buat reaksi hanya kerana takutkan uncle su.

Malam dalam jam 9 malam dd sangat penat so baring depan tv masa tu Azizi masih bermain, rupanya dd terlelap dan tersedar bila Azizi menangis rupanya takutkan nenek batuk. Dd pujuk Azizi dan baringkan Azizi sebelah dd, rupanya Azizi pun terlelap.

Jam 11mlm Azizi terjaga dan menangis sebab nak minum susu. Siap susu bawak naik atas masuk bilik Azizi minum susu dan tidur.

Jam 1.30pagi sekali lagi Azizi tersedar dan menangis. Buat susu dan bagi Azizi minum susu selesai baru Azizi sambung tidur sampai pagi.

Doa dd setiap waktu solat mintak Allah tabahkan Azizi berjauhan dari mm.

Wednesday, 3 October 2012

Waktu tidur

Malam semalam jam 1 pagi baru Azizi tidur, malam ni selepas setengah jam di bahu dd akhirnya Azizi lena. Maksudnya awal sejam Azizi tidur compare senalam, agak justify Sebab tadi jam 5.30 ptg dd kacau waktu Azizi sedang sedap lena waktu petang.

Malam ini Azizi mintak dd tepuk Azizi sambil Azizi lena di bahu dd mengingatkan waktu Azizi di dalam pantang. Azizi menangis tidak mahu tidur apabila posisi di bahu baru Azizi tidur. Ini juga mengingatkan dd pada pesanan Dr. Atiqah, parent banyak stress Sebab tidak cukup waktu tidur malam kerana di ganggu waktu tidur anak. Parent sepatutnya mengatur waktu tidur anak so patutnya Kena bangun awal dan tidak tidur waktu petang yang terlalu lama.

Macam mana nak fahamkan penyataan ini kepada orang tua. Susahnya sebab orang Tua Ada stigma Takut kejut budak tidur Sebab Takut dia mengamuk nanti kerana tidurnya digangu atau tidak cukup tidur.

Fikir Fikir kan...

Tuesday, 2 October 2012

Hobby baru Azizi




Dd memang prepare slide base on sambutan birthday Azizi yang ke dua tahun. Slide ini sering Kali Azizi nak lihat berulang kali malah modal dd untuk melekakan Azizi apabila dd hendak solat.

Dd perhatikan bila gambar Azizi dengan dd maka Azizi akan jerit dd tetapi apabila gambar Azizi dengan mm nampaknya Azizi senyap sahaja.

Kasihan dan sedih juga melihat Azizi begitu, apalah agaknya yang Azizi fikirkan mana perginya mm Azizi yek. Tak apalah anggap sahaja ini semua membalas pengorbanan mm selama ini terhadap Azizi, tidak terbalas sebenarnya Azizi sebab pengorbanan mm lagi besar.

Aktiviti Petang



Untuk menghiburkan Azizi hari ini dd decide bawak Azizi jalan-jalan naik kereta dd yang sangat Azizi kenali. Masa bawak keluar dari rumah nampak kereta dd terus bising mulut Azizi.

Parking tepi Stesyen PETRONAS Taman Pelangi Semenyih sambil tengok jalan besar tengok kenderaan dan Azizi akan menjerit rieeee bila nampak Lori. Tengok tu reaksi Azizi menjerit rieeee.
Plan nak bawak pergi Tesco tapi bila park kereta terus Azizi mengamuk so kami jalan-jalan sampai ke Beranang.

Mak Uda Azizi ajak Makan McDonald's nak blanja tapi Azizi macam biasa pemalu lebih sangat sampai Mak Uda Bukak pintu kereta jek Azizi dah menangis.