Hari ini merupakan hari cuti umum buat mereka yang bekerja di negeri yang mengambil Nuzul Quran sebagai cuti umum. Bagi aku yang bekerja di Kulala Lumpur ni sorrylah yek. Tidak mengapalah dah pilihan sendiri bekerja di Kuala Lumpur kan redha je lah.
Office aku memang setiap Jumaat pagi akan ada majlis Tazkirah. Untuk orang macam aku ni memang bagus jugaklah sebab nak sedarkan diri, nak pergi majlis ilmu jarang-jarang. Program ini kadangkala menjemput penceramah luar atau dilakukan sendiri oleh staff. Oleh kerana Ramadan sekarang nie makanya memang setiap minggu jemput penceramah dari luar, alamak aku lupa lak nama ustaz nie tapi dia dari Terengganu. Hebat dia sanggup travel jauh2 untuk berkongsi ilmu dengan kami. Perjuangan dia untuk Islam pastinya.
Antara yang dia kongsi hari ini
i. Kita di Malaysia tidak meraikan kedatang Ramadan padahal ini adalah bulan terbaik untuk membetulkan diri jadi sepatutnya kita menyambut/meraikan/gembira dengan kedatangan Ramadan dan bukan menganggap Ramadan sebagai pintu untuk Aidilfitri.
ii. Menurut pakar ekonomi masa terbaik utuk invest dalam saham ialah ketika harga saham rendah jadi masa tu kita beli banyak-banyak. Ketika Ramadan pahala menjadi sangat murah maksudnya buat satu kebaikan pahalanya berganda compare dengan bulan biasa jadi sepatutnya sekaranglah masa untuk buat kebaikan dengan sebanyak-banyaknya semoga kita bolehmengumpul lebih banyak pahala.
iii. Ramadan Karim, ucapan orang Arab (kira untuk wish bila jumpa orang dan sememangnya orang Arab ni memang suka meraikan rakan apabila berbual). Karim itu maksudnya rahmat yg melimpah ruah dan uztaz itu mengambil contoh pokok anggur, dahannya kecil tapi buahnya banyak bukan macam pokok cermai dahannya besar buahnya satu2 masam pulaktu.
iv. Dalam hidup ini kita bersahabat rapat dengan 3 perkara iaitu pertama Allah maka cara bersahabat dengan Allah ialah menurut segala perintahnya, kedua bersahabat dengan manusia lain dan cara bersahabat ialah saling menugur/mengingati. Terakhir kita memang bersahabat dengan nafsu. Untuk nafsu ada dua cara untuk bersahabat itu menurutnya dengan cara yang dihalalkan/diizinkan Allah dan cara kedua dera dia. Contoh nafsu sex, untuk menurutnya kita hendahlah mendapatkan isteri yang sah dan cara unttuk mendera pula ialah dengan berpuasa.
v. Paling best pasal syaitan, kalau ada satu sifat syaitan yg kita patut contohi ialah sikap tidak berputus asa pada syaitan. Tugan syaitan ialah menyesatkan kita maka dengan tanpa berputus asa syaitan akan terus cuba untuk menyesatkan kita. Sikap berputus asa itu baik untuk kita contohi.
Alamak yang lain dah lupa, apapun aku seronok dan teruja dengan tazkirah hari ini.