Saturday 26 May 2012

Live Blogging: The COALS at the beach, Hyatt Kuantan






Azizi, kita berada di The Coals at The Beach, Hyatt Kuantan. Pada 5 tahun yang lepas pun hari yang sama jugak iaitu hari Sabtu. Cuma 5 tahun lepas waktu ni dd di Rumah Nenek Uda di Presint 9, Putrajaya.

Acara tahunan yang confirm mm & dd buat cuma tahun lepas Ada kelainan kita pergi breakfast, tahun ini kita kembali kepada dinner. Kurang seronok sebab kita berada di Kuantan sekarang sebab Nenek masuk hospital.

Thursday 24 May 2012

Teletubbies


Teletubbies merupakan racangan kanak-kanak yang menarik perhatian Azizi.Oleh kerana tempoh menonton rancangan TV Premium Hypp TV sedah tamat, malam ini dengan segera mm mintak dd subscribe sebab 9.35 malam rancangan kegemaran Azizi akan keudara.

Nasiblah senang nak subscribe rancangan di HyppTV hanya tekan button i lepas tu ok tekan green button lepas baca terms & conditions tekan ok lepas tu tekan green button semula pastu masukkan pin no...wallah siap dah subscribe terus boleh tengok semula.

Seperti kanak-kanak lain yang memang active sangat jarang boleh lihat Azizi duduk tekun menonton tv seperti gambar di atas. Teletubbies merupakan rancangan kanak-kanak daripada UK. Bila pada akhir rancangan akan sebut bye bye...suka benar Azizi..


Wednesday 9 May 2012

Kenapa Demam

Demam? kenapa demam....itu soalan dd kepada mm apabila pagi Selasa itu dd sedang bersiap hendak ke office mm bagi tahu badan Azizi panas. Macam biasa ambil temperature Azizi dan reading masa tu 38 degree C. Terus dd sms boss cakap amik cuti untuk hantar Azizi pergi klinik.

Boss dd call tanya kenapa Azizi selalu sakit..emmm payah pulak nak jawab soalan tu apapun nanti kita tanya doctorlah nanti.

Bila kita jumpa Dr Afifah ternyata tekak Azizi merah...Dr kata tonsilitis tahap 2. Aku dengar terkejut jugak lah. Apapun selalu jugak Azizi kalau demam memang ada kaitan dengan tonsil dia. Jika tidak di kawal makanya Azizi akan selalu demam.


Dr. Afifah bagi paracetamol untuk Azizi makan setiap 6 jam. Azizi pulak kalau nak makan ubat tu memanglah susah. Belajar dari pengalaman di Hospital Pantai sebelum ini di mana nurse bagi Azizi makan ubat dengan membiarkan Azizi baring secara flat dan bukan seperti yang mm dan dd practice di rumah iaitu memangku. Menurut nurse-nurse tu apabila dalam keadaaan berbaring flat, perut Azizi tidak tertekan dan keupayaan Azizi mengeluarkan isi perut akan jadi limited. Jam 1 tengah hari tu Diana yang kasi, jam 7 petang dd&mm  kasi  dan 1 pagi again dd & mm kasi.

Untuk boost antibody Azizi, Dr Afifah dah pesan suruh bagi macam-macam supplement terutama vitamin C tapi Azizi sure akan pangkah kalau perasa oren sebab sama rasa dengan ubat paracetamol fr Hospital Pantai. Balik jumpa Dr. Afifah belilah pelbagai benda berasakan buah kiwi sebab Dr Afifah kata buah kiwi ada lebih vitamin C compare to oren.

Update hari ini, air kiwi Azizi minum sebenarnya tp kena campur dengan air kosong,  Yogurt confirm makan, buah nya Azizi tak nak makan. Nampaknya kena pergi Isetan esok cari kiwi gold.

Friday 4 May 2012

Pantai Balok

Pantai Balok yang kita pergi ini bukanlah Pantai Balok yang menjadi tumpuan ramai yang ada tapak perkhemahan, pusat permainan air dan sebagainya itu tapi pantai ini teletak lebih kurang 100meter sahaja daripada rumah Mak Uda. Kita pergi berempat pagi tu dd, mm, diana, hazim dan azizi.

Ambil ke sempatan ke sini sebelum melawat nenek dan balik ke Putrajaya. Melawat nenek di Hospital Kuantan sebab nenek admitted due to heart attack. Nenek masuk hospital pada 25 APRIL 2012.




Yezaaaa pantai yang masih cantik dan belum tercemar sebab susah orang nak excess ke sini sebenarnya melainkan kalau orang tu tahu boleh ke sini melalui kawasan perumahan mak uda ni. Aki cakap denai ke pantai ini penduduk taman buat secara bergotong-royong. Oklah jugak nasib mereka gotong royong bersihkan sebab kalau tidak susah nak ke pantai ini sebab melalui semak samun dan hutan pokok ru.




Azizi memang allergic matahari, sanggup jalan tunduk. Apapun ini kali kedua Azizi di benarkan oleh dd&mm untuk main pasir. Kali pertama mm dah cover disini. Komen mm pasal pasir pulak katanya pasir di Hyatt lebih lembut. Pasir Teluk Cempedak lah tu padahal pantai ini adalah bersambung.

 Oklah lain kali kita ke sini lagi main pasir dimana lagi kalau bukan Pantai Balok....ehhhh ini macam dah patut jadi Pantai Seberang Balok....