Monday, 31 May 2010
Ya Allah selamatkan Isteriku
Apabila membaca berita hari ini; hatiku jadi tidak keruan. Sure aku sangat risau. Tajuk nya PELATIH PTD YANG JALANI LATIHAN ALA KOMANDO MENINGGAL DUNIA. Aruah Pn Norhashimah Wahid semamangnya tiada kaitan dengan aku. Aku difahamkan sekarang ada modul luar yang baru dalam DPA iaitu TUDM. Mengapa pulak si TUDM nie pulak boleh sibuk2 buat aktiviti ala komando...perlu ke sangat sampat nak buat latihan tahap komando..kalau dah PTD boleh jadi komando so komando tu berhenti jelah...
Aku tidak dapat memahami significant antara latihan ala komando dgn DPA utk PTD tu...atau adakah jurulatih ini ada dalam kepala hotak masing-masing; “ohh sementara PTD nie training biar aku belasah cukup cukup sebab nanti dia jadi boss aku dah tak boleh sentuh”. Kalau betul lah ini ada dalam kepala jurulatih, maka kalau sudah ada anak tu pulang ke rumah masing-masing renung wajah anak sendiri, apa akan jadi kalau anak jurulatih itu sendiri sudah tidak mempunyai ibu walaupun baru berumur 2 tahun.
Soalan aku:
i. Mengapa perlu ugut pelatih; ohh kalau tak tamatkan latihan ini kena ulang lagi setelah dua tahun
ii. Mengapa tidak diberitahu kepada pihak keluarga apabila telah dimasukkan ke hospital pada kali pertama
iii. Lupakah jurulatih; mereka bukan nak bentuk pelatih itu menjadi komando pun, kalau yee tak payahlah kita ada komando...elaun tinggi tu...cost saving.
iv. JPA lepaskan bulat2 kat TUDM je ke..
Perkara yang merisaukan aku sekarang:-
i. Alia akan melalui latikan tersebut – DPA untuk diserap dalam jawatannya.
ii. Alia sedang menjalani latihan juga di bawah selian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Intan Wilayah Timur.
Walaupun Alia membawa surat Dr, tapi aku sure jurulatih tu semua akan berkata ohhh hanya mengandung...tapi Alia bukan setakat mengandung tapi dia ada low-lying placenta itu yang merisaukan aku. Jurulatih tu semua baca ke surat Dr Hamid Arshad tu dan yang paling penting faham ke apa complication kalau Alia jadi terlalu stress...
“Ya Allah limpahkanlah selamat kepada isteriku dan kandungannya (anak kami)..Ya Allah mudahkan urusan latihan isteriku dan janganlah ada sebarang perkara buruk berlaku. Hanya kepada Mu aku memohon kerana sesungguhnya aku insan yang amat lemah.”
Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment