Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

Sangat sayu hari ini apabila mengenangkan sambutan hari ibu. Memang ada orang kata kenapa masa hari ibu sahaja kita menggingati ibu, tetapi percayalah semua orang mengingati ibunya setiap hari.

Selamat Hari Ibu buat:-

1.
Zaharah Bt Zakaria - Ibuku yang banyak berkorban, malahan melihat susahnya isteriku mengandung menginsafkan aku bertapa susahnya emak mengandungkan aku. Maaf emak, tak dapat balik Kuantan untuk meraikan Hari Ibu bersama emak. InsyaAllah kami akan berusaha untuk pulang ke Kuantan ketika emak buat kenduri doa selamat untuk menunaikan umrah. Ampunkan segala dosa-dosa Along, maafkan Along sebab dikala ini Along rasa banyak emak banyak memendam rasa, sanggup datang ke sini untuk berjumpa Along apabila berkesempatan. Janganlah emak kecil hati dengan Along. Jangan nanti Along jadi seperti sahabat Rasullulah yang menghadapi kesukaran ketika sakaratul maut kerana membelakangkan ibunya.

2.
Asamah Mahamod - Ibu mertua yang sentiasa sabar melayan karenah isteriku. Terima kasih kerana melahirkan isteri yang terbaik buat aku. Terima kasih jugak kerana sabar dan tanpa jemu menyediakan juadah apabila kami pulang ke Semenyih.

Kepada isteri tercinta, insyaAllah tahun hadapan bolehlah menyambut pertama kalinya hari ibu kepada "
Alif Firdaus".....

1 comment:

eliyazz said...

bila pulak nama Alif Firdaus tu jadi confirm nak letak?? Adoi...nenek dengan Alif Firdaus nyer...atok dengan Alias nyer...nenek kuantan dan tok ki je belum bagi nama....kena buat bancian pulak pasni