Monday, 31 May 2010

TUDM Nafikan

Bulletin Utama baru sebentar tadi menyatakan TUDM menafikan terlibat dengan latihan ala Komando pelatih PTD....agensi lain yang mengendalikan latihan tersebut...

Menurut BERNAMA, apabila menghubungi Col Mohamed Nazri Bashah, latihan di kendalikan oleh Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor. Fakta menarik jugak, 2 orang jurulatih pusat tersebut merupakan EX-PASKAU.

Ok TUDM, aku mohon maaf menuduh terlibat sama nak buat cam mana dah baca akhbar semua menjurus macam TUDM terlibat sama...ish..aku nak follow cerita nie lagi..akan share kalau ada lagi...esok aku try tanya cousin aruah kalau dia masuk office lah.

Ya Allah selamatkan Isteriku

Apabila membaca berita hari ini; hatiku jadi tidak keruan. Sure aku sangat risau. Tajuk nya PELATIH PTD YANG JALANI LATIHAN ALA KOMANDO MENINGGAL DUNIA. Aruah Pn Norhashimah Wahid semamangnya tiada kaitan dengan aku. Aku difahamkan sekarang ada modul luar yang baru dalam DPA iaitu TUDM. Mengapa pulak si TUDM nie pulak boleh sibuk2 buat aktiviti ala komando...perlu ke sangat sampat nak buat latihan tahap komando..kalau dah PTD boleh jadi komando so komando tu berhenti jelah...

Aku tidak dapat memahami significant antara latihan ala komando dgn DPA utk PTD tu...atau adakah jurulatih ini ada dalam kepala hotak masing-masing; “ohh sementara PTD nie training biar aku belasah cukup cukup sebab nanti dia jadi boss aku dah tak boleh sentuh”. Kalau betul lah ini ada dalam kepala jurulatih, maka kalau sudah ada anak tu pulang ke rumah masing-masing renung wajah anak sendiri, apa akan jadi kalau anak jurulatih itu sendiri sudah tidak mempunyai ibu walaupun baru berumur 2 tahun.

Soalan aku:

i. Mengapa perlu ugut pelatih; ohh kalau tak tamatkan latihan ini kena ulang lagi setelah dua tahun

ii. Mengapa tidak diberitahu kepada pihak keluarga apabila telah dimasukkan ke hospital pada kali pertama

iii. Lupakah jurulatih; mereka bukan nak bentuk pelatih itu menjadi komando pun, kalau yee tak payahlah kita ada komando...elaun tinggi tu...cost saving.

iv. JPA lepaskan bulat2 kat TUDM je ke..

Perkara yang merisaukan aku sekarang:-

i. Alia akan melalui latikan tersebut – DPA untuk diserap dalam jawatannya.

ii. Alia sedang menjalani latihan juga di bawah selian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Intan Wilayah Timur.

Walaupun Alia membawa surat Dr, tapi aku sure jurulatih tu semua akan berkata ohhh hanya mengandung...tapi Alia bukan setakat mengandung tapi dia ada low-lying placenta itu yang merisaukan aku. Jurulatih tu semua baca ke surat Dr Hamid Arshad tu dan yang paling penting faham ke apa complication kalau Alia jadi terlalu stress...

“Ya Allah limpahkanlah selamat kepada isteriku dan kandungannya (anak kami)..Ya Allah mudahkan urusan latihan isteriku dan janganlah ada sebarang perkara buruk berlaku. Hanya kepada Mu aku memohon kerana sesungguhnya aku insan yang amat lemah.”

Amin..

Saturday, 15 May 2010

Asian University Ranking

Tahniah kepada 6 universiti di Malaysia yang di senaraikan di dalam Asian University Ranking.Universiti Malaya (UM) masih terbaik di ranking 42,congrat Uni Keb. Malaysia (UKM) di 58, Uni Sains Malaysia (USM) di 69, Uni Putra Malaysia (UPM) di77, Uni Tek. Malaysia (UTM) di 82, dan Uni Islam Malaysia (UIA) di 151.

UM nampaknya merosot dari raking 39 pada tahun sebelumnya. Manakala Uni lain sama ada masih di tmepat yg sama atau menunjukkan peningkatan.

Cabaran:
1. UM mampu tak menjadi 1st uni dari Malaysia dalam top 10 ranking.
2. UKM, USM, UPM & UTM berada dlm top 50
3. UIA dalam top 100

InsyaAllah tahun depan kita review lagi ranking ini...

Senarai penuh?? Sila lawat TOP UNIVERSITY

Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

Sangat sayu hari ini apabila mengenangkan sambutan hari ibu. Memang ada orang kata kenapa masa hari ibu sahaja kita menggingati ibu, tetapi percayalah semua orang mengingati ibunya setiap hari.

Selamat Hari Ibu buat:-

1.
Zaharah Bt Zakaria - Ibuku yang banyak berkorban, malahan melihat susahnya isteriku mengandung menginsafkan aku bertapa susahnya emak mengandungkan aku. Maaf emak, tak dapat balik Kuantan untuk meraikan Hari Ibu bersama emak. InsyaAllah kami akan berusaha untuk pulang ke Kuantan ketika emak buat kenduri doa selamat untuk menunaikan umrah. Ampunkan segala dosa-dosa Along, maafkan Along sebab dikala ini Along rasa banyak emak banyak memendam rasa, sanggup datang ke sini untuk berjumpa Along apabila berkesempatan. Janganlah emak kecil hati dengan Along. Jangan nanti Along jadi seperti sahabat Rasullulah yang menghadapi kesukaran ketika sakaratul maut kerana membelakangkan ibunya.

2.
Asamah Mahamod - Ibu mertua yang sentiasa sabar melayan karenah isteriku. Terima kasih kerana melahirkan isteri yang terbaik buat aku. Terima kasih jugak kerana sabar dan tanpa jemu menyediakan juadah apabila kami pulang ke Semenyih.

Kepada isteri tercinta, insyaAllah tahun hadapan bolehlah menyambut pertama kalinya hari ibu kepada "
Alif Firdaus".....