Selepas menghantar Alia, gua call member lama...gua panggil dia Uda. Ok kami set nak jumpa diStesyen Keretapi Kluang...tempat glamour nie...let check it out...
Nak sampai sini senang jek, dari Hiway utara selatan, keluar di exit Kluan, Batu pahat. Untuk sure keluar tak salah exit, tengok sign board tu mesti ada tulis exit ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Selepas bayar tol, ada simpang tiga. Di persimpangan ini belok ke kiri kea rah Kluang .Seterusnya jalan teruskan perjalanan sampai jumpa round about, di sini ambil nombor 12 (terus) sahaja...jalan dari situ lebih kurang 5km korang akan melintas rel keretapi, selepas rel keretapi belok ke kiri, ada sign Stesyen Keretapi Kluang dan sign yang senang nak nampak sign McD. Dari simpang tersebut lebih kuran 1 km sampailah Stesyen Keretapi Kluang. Tempat yang kita nak minum nie sebenarnya asalnya ialah kantin Stesyen Keretapi Kluang.
Pada tahun 1938, En. Lim Heng Yong membuka kedai kopinya di Stesyen Keretapi ini. Sekarang cucunya (generasi ke 3). Sekarang ini En Freddie Lim dan temannya En JJ Phun teleh memberkembangkan perniagaan kedai kopi (kopitiam) menembusi pasaran Lembah Klang.
No comments:
Post a Comment