Wednesday, 23 December 2009

2 in 1 Tour to Kluang

Gua amik cuti sehari pada 11 Dec 2009 untuk jadi driver kepada Alia. Kami ke Kluang, peh seingat gua memang gua tak pernah bermalam kat Bandar ni, maklumlah memang tak ada urusan gua kat sini sebelum ini.

Alia dipanggil ke PTD Assessment Centre, tempatnya di INTAN Wilayah Selatan (IKWAS) Kluang. Program Alia pada hari Sabtu, 12 Dec 2009. Saja wa nak share perjalanan wa ni...

Jumaat, 11 Dec 2009


1030

Kami bertolak ke Kluang selepas breakfast. Mana lagi breakfast kalau bukan kat Papa Rich Kopitiam, dekat jek dengan rumah gua nie haa kat Jalan Klang Lama. Pagi tu gua sarap roti bakar dengan peanut butter + Teh “C” no sugar...

1145

Kami sampai di Bandai Maharani, Muar lah tu in case kalau tak tahu. Apapasal gua usaha keluar dari North South Hiway, keluar ikut exit Tangkak, pastu belok kiri kearah Muar heheh gua mengidam nak makan mee bandung Muar, dah lama tak makan beb..

Kat Muar ada 2 tempat yang gua selalu makan satu kat Taman Syed Nasir (depan Sekolah Sains Muar) atau kat Bandar Muar depan Kedai roti Kim Leng. Kedua-dua tempat nie mempunyai rasa kuah yang berbeza..terpulang pada selera masing-masing.


Wah San

(Photo fr hantumakan)

Ok kalau nak cari kedai nie, alamatnya 69-A Jalan Abdullah, Muar (Abu Bakar Hanipah – 012 2642720) atau cawangan kat No. 9, Medan Selera Tg Emas (Sabrina Abu Bakar – 0166565755/012 259 0046).. Kedai nie kat sebelah kiri Jln Abdullah dan di hadapannya Kedai Roti Kim Leng (Chicken Pai sedap gila dari kecik aku beli kat sini), En Abu Bakar nie bukak Gerai di Kedai ada tanda nama Wah San. Kedai nie terbahagi 3 tokeynya. Tokey cina (merangkap tokey kedai) jual air, Abu Bakar jual mee bandung, mee goring, ada sorang lagi tokey Melayu jual satey dan soto.


Pakcik Abu Bakar sedang beraksi.

The famous Mee Bandung

Memang nampak menyelerakan, kalau korang makan kat kedai nie, kelilingnya penuh gambar En Abu Bakar bersama orang-orang “besar” atau terkenal dan yang paling dahsyat Chef Wan pun datang makan.... kalau mereka yang mahu mencuba memasaknya sendiri, sekarang En Abu Bakar mengkomersialkan rembah mee bandungnya so boleh beli bawak balik. Kata En Abu Bakar “ Senang je ko masak ni, masak air, masuk rempah nie, masuk mee, dah siap, orang buta pun boleh masak”....


KOPI 434

Perut dah kenyang...perjalanan harus diteruskan...ops seblum itu..kat Muar memang syurga makanan...korang boleh makan satey sebagai sarapan (depan bus stand express)...boleh minum local coffee yang sangat popular KOPI 434 (depan bus stand express jugak) dan jangan lupa rojak petis kat tanjung...kalau weekday bolehlah makan soto kat Pej Kadi..ok beb teruskan berjalan ke Kluang.

1500

Kami sampai di Bandar Kluang lebih kurang jam 3.00 ptg. Gua booked bilik kat Prime City Hotel Kluang, hotel nie sebelah bus station Kluang..masa gua booked bilik tu mereka cakap bilik lain semua penuh cuma ada bilik Family Deluxe (RM 235 / night)...gila besar bilik tu..tapi mereka ada pesan yang aku boleh try Tanya bilik yg lebih kecil bila check in...so masa Check in tu aku pun mintak bilik Standard...akhhh malang bilik Standard dah penuh..cis....tapi mereka cakap ada bilik budget kosong...pehhh lagi murah...so kami decided amik bilik tu... (RM 160.00 / night)...

Kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang Prime City Hotel Kluang ini boleh masuk browse web site mereka di sini. Boleh jugak call mereka di +607 7711111. Jenis-jenis bilik yang ada di sini, budget, Standard, Superior, Family Deluxe , City Suite dan Prime Suite.

1 comment:

eliyazz said...

haiya...cerita lama loooo...