Wednesday, 13 August 2008

UiTM DI HATIKU!!!

MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10% kuota kepada bukan Bumiputera..maaf Tan Sri, saya tidak dapat menyokong saranan Tan Sri berkenaan perkara ini.

Sebagai Alumni UiTM & Ahli EFAA (Engineering Faculty Alumni Association) UiTM; SAYA MENOLAK USUL TAN SRI.

Semua orang boleh berkata apa sahaja tentang UiTM, tetapi mereka yang pernah menimba ilmu di sini pasti merasa bertapa bertuahnya kami. Sebagai satu-satunya institusi MELAYU yang tinggal di Malaysia adalah amat penting kita menjaganya. Mungkin VC sekarang menurut sesetengah pihak penyokong kuat UMNO, tetapi saya bersyukur kerana beliau sebagai orang MELAKA dengan selambanya mengeluarkan kata-kata pedas kepada mereka yang mencadangkan kuota 10% dibuka kepada bukan bumi. Kepada yang terlepas, boleh melihatnya melalui Buletin Utama TV3 di sini.

  1. Berapa cepat keberkesanan untuk membolehkan pelajar lebih kompetitif dengan adanya bangsa lain.
  2. Mengapa tidak Kerajaan Selangor membantu dengan menyalurkan dana untuk membantu UiTM mendapatkan tenaga pakar/hands-on/scienctis bertaraf dunia untuk menyumbang tenaga mereka di UiTM yang akan memberi impak yang lebih besar.
  3. Dana untuk membantu pensyarah & pelajar memperkembangkan pembelajaran luar bilik darjah. Sbg cth ketika aku menjadi pelajar, seorang pensyarah yang bercita-cita tinggi mahu menyertai pertandingan lumba kereta di Australia yang mana acara tersebut hanya untuk pelajar-pelajar engineering di sana dan dari luar negara. Hasrat pensyarah tersebut dan pelajar-pelajar nya terbantut kerana tidak mempunyai dana.
  4. Bukanlah bercakap besar masuk sahaja mana-mana company, baik IKS mahupun yang bertaraf GLC & MNC pasti ada graduan UiTM. Mungkin bilangan tidak begitu ramai di PETRONAS mahupun EXXON atau SHELL tapi pasti ada graduan UiTM. Lihat sahaja company2 supplier sebagai contoh supplier dalam bidang automotif (tidak semestinya supplier Proton tetapi termasuk jugak HONDA, TOYOTA dll) pasti ramai graduan UiTM bekerja membantu untuk menjayakan aspirasi negara. Apabila bekerja dengan company2 besar pastinya graduan2 tadi bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan berbilang kaum tanpa ada masalah.
  5. Boleh dikatakan ketika menuntut di sana, 90% pelajar kelas aku (Mechanical Eng) adalah dari golongan sederhana dan rendah yang datang dari kampung-kampung..Semua mereka ada engineer di merata tempat seluruh negara, ada jugak yang sudah mula bekerja di luar negara.
Sebagai kesimpulan, USUL MEMBUKA KUOTA 10% KEPADA NON-BUMI ADALAH SAMA SEKALI DITOLAK....

Kepada semua Alumni marilah kita bersama untuk memastikan generasi anak-anak dan cucu-cucu kita tidak berputih mata kerana tiada lagi hak kaum bumi..bersamalah kita memikul tanggungjawap ini..jom nyanyi UiTM di Hatiku..



Wujudmu disini, ditanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia, agar jadi sempurna,
Ku yang melangkah kesini, ingin mempelajari,
Rahsia dimuka bumi dengan cara hakiki
Tunjukan aku jalan ilmu mu, untuk ke menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku,
Majulah bangsa, maju negara
Berkat usaha jaya MARA,
Kami berikrar akan berjasa hingga kita berjaya
Demi Bangsa,
Watikah yang ku miliki kan kusemat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menaburbakti
Kesempurnakan seikhlas hati, membela negara
Doa restu ayah bondaku, untuk mu semua
UiTM Usaha, Taqwa Mulia.

2 comments:

Unknown said...

Agreed!

Unknown said...

Long Live UiTM,
Just attended the the Engineering Alumni Faculty annual General Meeting, they propose to have a walk of protest to Tan Sri Khalid suggestions. A memorandum of protest is going to be submitted.

Show your support to all Malays