Sehari yang meletihkan ulang alik hospital melawat pakcik aku yang accident di Muar....tulang no 5 fracture..lupa lak nak ambil gambar...
Ahad, 19 April 2008
1.00 AM: Hanif (Adik ipar aku) terima panggilan ibunya di masukkan hospital kerana gigitan lipan.
2.00 AM: Mereka berlepas dari rumah ibu saudara kami di Muar
7.00 AM: Emak aku call Hanif..tetiba mak aku melaung menangis....hati aku dah tak sedap....
Dari perbualan telefon aku cuma tahu kereta mereka terbabas tapi tak apa-apa boleh berjalan....
8.30AM: Call Hanif tanya keadaan ibu dia sebaliknya aku diberitahu adik aku pulak yang sedang di X-Ray...
ishhhh semua nie buat aku pening....bincang dengan emak aku...kami ambil keputusan untuk melawat adik aku di Tapah...
Malam pertama wajah anak saudara aku yang masih terkejut...gambar nie aku ambil masa kami nak dinner... tadi bawak dia jumpa doktor sebab demam..doktor perasan wajahnya yang ketakutan...kami dinner malam tu kat cafe rumah rehat 1981 tu je...pendapat aku...makanan dia harga berpatutan dan yang penting rasanya sedap...kena dengan selera mak dan makcik aku orang Muar yang memang susah nak kata sedap kecuali bebetul sedap..apapun kami kasi 5 star untuk cafe nie...
Hazim sedang memerhati Atuk Uda nya yang mencucuk diri sendiri....tak silap aku insulin rasanya...jadi doktor sendiri....kepada pengidap kencing manis harus tahu apa yang pakcik aku nie buat....
Inilah tempat aku menginap ketika di Tapah...rumah rehat nie sangat bagus dan sangat value for money... boleh dapat satu bilik dengan satu king size bed + 1 single bed, harga cuma RM60.00 nett pehhhh sangat berbaloi walaupun ada satu jeee kekurangan tak ada tv dalam bilik tu...Rumah rehat nie namanya nien teen eighty one...apa pasal namanya seperti itu....kena siasat nie...
...so aku tahulah rupanya nama baru nie diambil sempena perasmian rumah rehat yang asal. Aku diberitahu rumah rehat nie baru sudah refurbishment...
Next nie kereta ipar aku....
Isnin, 20 April 2008
Doctor inform adik aku akan dibenarkan keluar pada jam 2ptg..Pukul 3.30 ptg kami ke hospital dari rumah rehat...adik aku masih menunggu surat doctor....
Jam pukul 4.30 petang...masih belum ada tanda surat atau ubat nak dapat...aku hairan..mengapa terlalu lama proses di Hospital Daerah Tapah...pesakit pun boleh kira dengan jari tapi masih perlu masa yang lama nak discharge....
Pukul 5 baru dapat discharge itupun tanpa bekalan ubat...kalau nak tunggu mereka ambilkan ubat entah pukul berapa lah nak keluar...kenapa mereka yang bekerja nie tak pernah berubah....elaun semakin banyak tapi kualiti kerja masih tahap tu lah....
Satu lagi aku nak komen..mereka nie di hantar berkrusus di hotel mahal-mahal untuk belajar SENYUM.. malangnya bila balik krusus masih lupa bagaimana nak SENYUM...
Terus dari Hospital Tapah bertolak balik...cadangan tidur semalam di Putrajaya, aku balik Semenyih lah jumpa bini....
Selasa, 21 April 2008
Keluar dari rumah di Semenyih pepagi hari menuju Putrajaya...dari Putrajaya baru balik ke Kuantan...pehh letih...samai Kuantan...balik Semenyih semula.....esok kerja....
No comments:
Post a Comment