Friday, 21 June 2013

SOLAT

Gambar ini masa di rumah nenek, oleh sebab Azizi tak kasi DD naik atas maka solat jugak DD buat kat bawah. Maklumlah masa ni kan MM bz dengan DPA dia. Setaip waktu solat Azizi akan ikut DD solat. 

Gambar ini Azizi menggunakan 1st time sejadah yang nenek dengan atuk dapat masa pergi kenduri kahwin. Kiranya jadi sejadah Azizi lah ni.

MAKAN ICE CREAM



Azizi dengan sungguh bersemangat makan ais cream mini cornetto. Antara kegemaran Azizi makan ice cream. Siap ada tuala kecil satu untuk kesat mulut dan tangan sebab memang style Azizi meleleh sikit bising nak kesat.


Thursday, 20 June 2013

MELEKAT



Ini memang kegemaram Azizi terutama apabila mahu menyorokkan muka kerana ada orang lain di rumah. Azizi sangat pemalu. DD doakan Azizi membesar dan hilang sifat pemalu yang amat sangat tu.

Apapun MM memang jealous bila DD ada di rumah memang Azizi akan MELEKAT terus dengan DD.

Monday, 17 June 2013

STROLLER

Antara perkara yang Azizi tidak suka sekarang ialah menaiki stroller. Ini gambar kita di The Garden.

Stroller Azizi tu jenama BUGABOO bee. Comel kan design dia. DD pilih sebab comel dan unik walaupun roda dia tidak boleh lalu excallator dan setiap kali kalai bawak stroller ni kenalah lalu lift. Kekurangan yang DD dan MM rasa untuk safety Azizi jugak.  


Tidak mahu duduk dalam stroller sebaliknya nak suruh DD dokong...penat tau asyik kena dokong Azizi jek.