Thursday 17 January 2013

TONSILLITIS & VOLTOREN

Azizi demam kerana TONSILLITIS lagi. Pada hari Ahad yang lalu seperti biasa Azizi kena tinggal dengan MM yang meneruskan krusus dia. Kali ini agak berbeza sebab DD ada di rumah. Alhamdulillah Azizi tidak menangis, tenang sahaja. Mungkin Azizi sudah redha. Apa yang DD perasan jugak sekarang Azizi semakin rapat dengan DD compare dengan MM. 
Usai masuk ke dalam rumah selepas bye bye MM Azizi main permainan Azizi seperti biasa. Selepas beberapa ketika DD nampak perubahan pada raut wajah Azizi termasuk mulut. Apabila DD rasa badan Azizi sudah agak panas. Pantas DD ambil thermometer untuk mengambil suhu Azizi. Ternyata suhu Azizi ketika itu 37.6 darjah celcius. DD pujuk & paksa Azizi makan ubat. Berjaya masuk walaupun ada yang Azizi sempat muntahkan. Semenjak awal October 2012 baru sekarang Azizi demam alhamdulillah kalau dulu setiap bulan demam.

Selepas itu Azizi tidur lebih kurang jam 12.30am. Lebih kurang jam 4 pagi DD terjaga sebab Azizi menangis hendak susu apabila DD rasa badan Azizi ternyata semakin panas, ambil suhu masyaAllah sudah semakin panas iaitu 39.6 darjah celcius. Dengan pantas DD ambil voltoren untuk masuk ke dalam bontot Azizi. Kerana kecuaian DD rupanya yang DD masukkan ialah paracetamol maksudnya ubat demam. Wah kali pertama nak masukkan ke dalam bontot pun Azizi dah mengamuk second time lagi marahlah. Nasib atuk turun membantu maka masuklah voltoren ke dalam bontot Azizi. Selepas DD pujuk Azizi sambung tidur lebih kurang jam 5 pagi. Oleh kerana DD hendak ke PD pagi itu untuk kerja DD makanya terus bersiap.

Sepanjang hari Isnin itu di PD merupakan waktu-waktu menyiksakan kerana mengenangkan Azizi, bila DD follow up nampaknya panas Azizi masih tidak menentu iaitu turun selepas masukkan voltoren dan naik semula selepas 4/5 jam. Walaupun DD dapat bilik di PD, demi untuk Azizi DD pulang semula ke rumah malam itu.

Azizi tidur awal malam itu iaitu jam 11.30 malam, sekali lagi jam 3.30pagi Azizi merengek dan bila DD check suhu Azizi nampaknya 39.7 darjah celcius. Terus DD masukkan sendiri voltoren ke dalam bontot Azizi, DD berjaya buat seorang diri. Helahnya buatkan susu bagi Azizi minum. DD bukak pampers nak tukar dan terus masukkan voltoren ke dalam bontot Azizi. Nampaknya memang kena bawak jumpa Dr paginya nanti.

DD bawak Azizi jumpa Dr. Afifah sambil di temani nenek dan kakak. Sampai Kajang Plaza Medical Centre, dah Azizi buat perangi tak kasi DD duduk menunggu Dr, kenalah berdiri sementara menunggu Dr. masuk. Lebih kurang 20 minit jugak menunggu.

Apabila Dr. check, memang confirm TONSILLITIS. So Dr. bagi ubat demam dan pesan suruh bagi Azizi minum air juice buah-buah banyak dan bagi vitamin C. Antibiotik is no no. Sebab itu DD suka bawak Azizi jumpa Dr. Afifah sebab pada dia antibiotik ialah penyelesaian kemudian. Pulang itu hantar Azizi balik rumah kemudiannya DD ke PD semula.

Peringatan untuk DD dan MM ialah,
1. Make sure Azizi selalu makan air juice bush
2. Make sure Azizi makan vitamin C.

No comments: