Saturday 31 March 2012

Garden Life Style & Cafe

Sudah beberapa kali jugak mm ajak dd makan kat sini tapi tidak berpeluang, last sekali tu dengan uncle su Azizi tapi masa tu ada pulak company book the whole area belah dalam, sure dd tak nak Azizi terdedah dengan asap rokok kalau kita makan kat luar kan.

Cubaan yang sekian kalinya berjaya, sebab nak tunggu kereta mm dibasuh dan untuk beli barang dapur sikit kat carefour kita pun menujulah ke Garden Life Style & Cafe ni...

 Tengok tu, dd nak amik gambar selamba Azizi nak belasah dd dengan menu
 muka serious sebab menu kena amik dengan staff cafe
 mee sup untuk azizi
 biasalah dd...
mm punya

Sunday 25 March 2012

Mocha Frappuccino Lover

Pulang dari IKEA & The Curve, kita singgah Alamanda. Azizi sekarang ini dd perhatikan suka dengan apa sahaja makanan dan minuman yang dd suka. Entah bagaimana, jenis masakan yang dd tidak suka turut sama Azizi tidak suka.

Dd beli mocha frappucinno sebab Alia haus, bagilah Azizi rasa sedikit nampaknya bukan sedikit terus nak buat harta...

 Minum sikit rasa
 heheheheh ini mocha frappucinno aku yang punya
Kepuasan..masih tidak mahu melepaskan

Marche

Sebenarnya kita ke Ikea untuk beli rak buku dd. Oleh sebab mengantuk, Azizi elok jek tidur dalam stroller. Akhirnya tersedar masa itu belum habis pun level atas kita pusing-pusing. Hari ini ramai sungguh orang.

Lepas selesai bayar bayaran penghantaran, nasib baik Putrajaya masih dalam lingkungan untuk mereka hantar tapi biasalah charge yang paling mahal iaitu RM65.00. Oleh sebab dah suruh mereka hantar apa kata mereka pasang sekali so bayaranya ialah 5% daripada harga barang yang kita beli.

Dah puas shopping make masa untuk makan pulak, Azizi pun dah puas meragam. Sekarang ini Azizi ada perangai tak suka pakai kasut dan tak suka duduk dalam stroller so mana lagi kalau berjalan, dalam dukungan dd lah...nak patah tangan ni pikul 10kg ke hulu ke hilir....

Nak makan kat food court ikea ramai sangat orang so mm dan dd decided untuk makan kat The Curve. Mm nak makan kat restaurant garden macam kat Alamanda tu ada katanya, maka kita pun masuk kedai yang mm sangkakan kedai yang sama macam kat Alamanda tu. Bila dah masuk baru perasan yang itu sebenarnya cafe hotel kat situ. So kitapun berpindahlah ke cafe di hadapannya iaitu  MARCHE. Sebuah restaurant Swiss katanya.
 Nak order makan kena hulur benda alah ni...
 makanan dd
 makanan azizi, not bad.
 kegemaran sekarang minum vitagen
 telinga selalu gatal sebab ada tahi wax yang belum keluar
 tengok tu..mesti belajar masa kat playground kat alamanda hari tu
 kan bagus kalau begini..
Aksi Azizi dengan vitagen di mache....

Thursday 22 March 2012

Kenapa Dr. Hamid Arshat

Ketika kami berbincang suami isteri, memang aku yang memilih untuk berjumpa dengan Dr Hamid Arshat malah aku yang buat appointment untuk berjumpa dengan beliau buat pertama kalinya.

So menjawab soalan kenapa?

  1. Dr Hamid lulus dalam bidang perubatan pertama kalinya pada tahun 1970. Pada tahun 1971 beliau mula berkhidmat di Muar dan selepas beberapa bulan di Klinik Pesakit luar, beliau ditukarkan ke bahagian perbidanan.Tahun 1972 beliau lulus untuk jadi pakar perbidanan...cuba bayangkan dari tahun 1971 sehingga sekarang dah berapa puloh tahun tu.
  2. Semasa emak Alia hendak mengandungkan dia, emak alia jumpa anak murid Dr Hamid yang mana memang selalupun Dr. Hamid yang guide, masatu Dr Hamid dah jadi pakar kanan kan...
  3. Dr Hamid akan minta kebenaran (daripada suami) pada pertama kali kita visit dia sebab itu dia prefer kalau 1st time datang dengan suami. Beliau semamangnya dah infrom staff dia hari itu dia nak buat apa so are tersebut sahaja yang di buka.
  4. Korang tak terasa ke Dr Hamid nie pakar kepada yang pakar...dah berapa ramai pakar yang beliau lahirkan kat Malaysia nie...kesimpulan kalau ada peluang jumpalah pakar kepada yang pakar.
  5. Dr. Hamid telah membuktikan kepada aku yang dia memang ohtai dalam bidang nya...ada satu kes bila dia mendengar degupan jantung Azizi (masa tu Azizi dalam perut Alia lah), alat yang Dr Hamid gunakan memang classic cuma ada speaker untuk dengar denyutan jantung pastu dengan yakinnya dia cakap emmm dalam 120 denyutan jantung baby...pastu kami ke pusat kat PJ untuk buat scan 4D,  (Klinik Dr Hamid tak ada scan moden ni), alah scan inilah yang korang pergi untuk tengok konon-konon wajah anak korang hehehheh teruja beb...masa tu aku tanya dengan technician kot yang buat scan tu pompuan, berapa denyutan jantung anak saya, dia tunjuk kat aku reading kat monitor...pehhh gila apa 120.....aduhhhhhhh sama dengan apa yg Dr. Hamid bagi tahu.
  6. Sebelum Alia buat operation due to inverted uterus dahulu, kami pergi berjumpa pakar puan perempuan, glamour jugak dia ni, klinik dia sendiri kat TTDI. Akhirnya solution yang diberikan tetap sama lepas tanya Alia, dia lebih selesa dengan Dr. Hamid sebab lebih lembut daripada Dr perempuan. 
  7. 1st time jumpa dia kalau bole yang suami tu pergilah temankan isteri sebab lebih mudah untuk Dr Hamid juga sebab dia akan minta izi daripada suami. Satu lagi, Dr Hamid amat tertib sebab dia akan inform nurse perempuan dia sebelum dia buat pemeriksaan apa yang dia nak periksa so pesakit akan disediakan mengikut apa yang Dr. Hamid hendak periksa sahaja, bukan main bukak semua tak pasal-pasal.

Banyak lagi sebab yang lain tetapi cukuplah 7 sebab di atas menjelaskan mengapa kami memilih Dr. Hamid.

Wednesday 21 March 2012

Alat Sedut Hingus

Azizi selsema sudah melebihi 6 hari apabila kami bawak dia jumpa Dr. Atiqah di Pantai Medical Centre, Bangsar. Dr. advise nothing to be worry sebab hingus yang keluar tu warna jenih so its shown body react lawn penyakit...ok fine masalahnya hiding Azizi block dan did susan bernafas makanya tidur did terganggu dan apabila tidur Azizi terganggu sudan tentu kami jugak tidak cukup tidur. Rasanya Alia lebih tak cukup tidur sebab setiap kali terjaga Azizi sure nak menghisap susu.

Oklah Dr Atiqah bagi Azizi ubat namanya Iliadin, decongestant nasal drop untu membantu mengurangkan block dalam hidung Azizi. Sebelum aku drop ubat ini ada sesuatu yang aku wajib buat untuk membantu clear kan hidung Azizi.

Bukan senang nak menghisap hingus ini, mujurlah ada alat ini. Kalau nak baca pasal alat ini aku ada share kat sini.

Azizi meraung sekuat hati, so sebagai parent kena cekal kan hati untu sedut hingus Azizi sebelum aku titikan iliadin.



Monday 12 March 2012

Taman Putra Perdana

Azizi berumur setahun enam bulan sudah...

Sunday 11 March 2012

Gunting Rambut








Azizi dengan rambut barunya. Kami terpaksa potong pendedk rambut Azizi sebab kalau tidak dia agak rasa gatal di tengkuk dia sebab eczema. Semasa kecil dia ok jek kalau kena potong rambut tetapi semenjak berumur setahun ini dia menangis setiap kali aku cuba untuk potong rambut dia. So langkah terbaik bawak pergi gunting kat kedai habis cerita.

Walaupun menangis tetapi selamba jek amoi tu potong rambut Azizi dan aku pegang Azizi.