Monday, 26 November 2007
SeMiNaR oN uNdErStAnDiNg ScHeduLeD WaStEd MaNageMeNt
Dalam hidup, banyak benda yang aku cuba ambil tahu. Zaman sekarang kalau kita tidak ada ilmu kita dengan mudah ditipu oleh mereka yang lebih mengetahui. Aku pernah ditipu oleh kontraktor yang menjalankan tugas menguruskan Bahan buangan terjadual (Schedule Waste, SW). Aku tidak salahkan dia, yelah sebagai contractor dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapat wang. Mujurlah waste itu dilupuskan akhirnya di . Mujur ada consignment note...ishh..melayu suka buat macam nie tau...selalu buat aku kecewa.
Seminar on Understanding Schedule Waste Management anjuran Environment Institute of Malaysia (EiMAS) dan DOE Malaysia di Hotel Equatorial.
Emmm nie bilik aku duduk kat hotel nie.. bestnya aku pergi dengan bini aku kira macam bulan madu lagi. Bilik ini aku dapat harga sebagai group dengan EiMAS. Terima kasih En. Wan Khairuldin Wan Ismail, banyak bantu aku.
Aku memang suka dengan kosep Equatorial Penang nie, dalam taman. Cantik, siap ada jambatan gantung.
Tentang programme yang ada pada aku semua bagus. Banyak bukak mata aku. Again konsep "from cradle to the grave" diperkenalkan. Wife aku tak berapa faham masa mereka cerita so aku pun terangkan kat dia konsep tu base on my understanding.
Masa pergi nie target aku untuk memahami e-consignment note. Tak sangka banyak benda aku dapat tahu yang lain-lain jugak macam E-Waste, Import and Export Waste...ish tak sangka kita pun ada import SW nie dari luar contoh copper slack untuk blasting.
Kalau ke Pulau Pinang tak pekena PASEMBUR maka tak sahlah kunjungan kita ke sana kan. Mcm biasa aku ke Penang hari Ahad. Malam tu pi Padang Kota lah apa lagi. Tambahan aku ambil sotong bakar. Pada aku sotong bakar tu tak sedap sebab sotong kering dibakar so liat nak makan. Bini aku complain, masa ambil cucur ada nampak banyak udang, bila sampai kat meja tak nampak udang...ish aku pun perasan gak nie..mereka nie menipu ke...astafirullah tak baik fitnah...tapi ...ish entahlah...
Ini kali kedua dalam tahun nie aku ke Pulau Pinang dan makan kat tempat nie. Masih tak berubah, korang tenguk mamat pakai cap hitam tu. Dia bukan pengunjung tapi pengusaha. Aku rasa tak eloklah sambil duk menjerit panggil customer kat tangan ada ROKOK. Aku memang hormat perokok nie sebab mereka antara menyumbang cukai terbesar kat Malaysia nie tapi hormatlah sikit, last visit aku makan area dia tu tapi this time sorry. Aku tenguk rata-rata pengusaha di sini memang hisap rokok ketika memanggil pelanggan.. ish..jap lagi dia pegang lak makan kan tak best tu...
Hebat mereka nie..aku lepak depan City Hall, Esplanade.
p/s: Gambar Equatorial Hotel Penang diambil daripada website mereka di http://www.equatorial.com/pen/
Labels:
Out Station
Saturday, 17 November 2007
Family Day
Family day setelah 22 hari bertungkus lumus di NIOSH. Aku pun nak rehatkan fikiran lah sikit. Kami ke Alamanda Putrajaya.
Family day setelah 22 hari bertungkus lumus di NIOSH. Aku pun nak rehatkan fikiran lah sikit. Kek nie aku makan masa kami melepak untuk minum petang.
*gambar dikeluarkan sebab Alia pakai tudung sekarang*
Macam biasa...wife kesayangan aku...depan tu adik ipar aku..Abdul Hakam...dia yang complain..cuti semester asyik duduk rumah jeee...bosan.
Kedua-dua mertua aku..
Labels:
Family Day
Subscribe to:
Posts (Atom)