Showing posts with label Alia. Show all posts
Showing posts with label Alia. Show all posts

Sunday, 4 July 2010

Aku Tewas

AKU TEWAS...dulu aku yang ada blog...menulis catatan harian aku dan tempat aku melepaskan geram or pendapat aku...

Lama kemudian baru alia start dengan blog dia eliyazz ...nampaknya sekarang setelah kami check ikut meter nuffnang, eliyazz dengan tekun dan dedikasi nya memotong blog aku..dulu eliyazz selalu complain kenapa tak ramai singgah blog dia...wah sekarang tidak lagi...TAHNIAH...

Monday, 31 May 2010

TUDM Nafikan

Bulletin Utama baru sebentar tadi menyatakan TUDM menafikan terlibat dengan latihan ala Komando pelatih PTD....agensi lain yang mengendalikan latihan tersebut...

Menurut BERNAMA, apabila menghubungi Col Mohamed Nazri Bashah, latihan di kendalikan oleh Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor. Fakta menarik jugak, 2 orang jurulatih pusat tersebut merupakan EX-PASKAU.

Ok TUDM, aku mohon maaf menuduh terlibat sama nak buat cam mana dah baca akhbar semua menjurus macam TUDM terlibat sama...ish..aku nak follow cerita nie lagi..akan share kalau ada lagi...esok aku try tanya cousin aruah kalau dia masuk office lah.

Ya Allah selamatkan Isteriku

Apabila membaca berita hari ini; hatiku jadi tidak keruan. Sure aku sangat risau. Tajuk nya PELATIH PTD YANG JALANI LATIHAN ALA KOMANDO MENINGGAL DUNIA. Aruah Pn Norhashimah Wahid semamangnya tiada kaitan dengan aku. Aku difahamkan sekarang ada modul luar yang baru dalam DPA iaitu TUDM. Mengapa pulak si TUDM nie pulak boleh sibuk2 buat aktiviti ala komando...perlu ke sangat sampat nak buat latihan tahap komando..kalau dah PTD boleh jadi komando so komando tu berhenti jelah...

Aku tidak dapat memahami significant antara latihan ala komando dgn DPA utk PTD tu...atau adakah jurulatih ini ada dalam kepala hotak masing-masing; “ohh sementara PTD nie training biar aku belasah cukup cukup sebab nanti dia jadi boss aku dah tak boleh sentuh”. Kalau betul lah ini ada dalam kepala jurulatih, maka kalau sudah ada anak tu pulang ke rumah masing-masing renung wajah anak sendiri, apa akan jadi kalau anak jurulatih itu sendiri sudah tidak mempunyai ibu walaupun baru berumur 2 tahun.

Soalan aku:

i. Mengapa perlu ugut pelatih; ohh kalau tak tamatkan latihan ini kena ulang lagi setelah dua tahun

ii. Mengapa tidak diberitahu kepada pihak keluarga apabila telah dimasukkan ke hospital pada kali pertama

iii. Lupakah jurulatih; mereka bukan nak bentuk pelatih itu menjadi komando pun, kalau yee tak payahlah kita ada komando...elaun tinggi tu...cost saving.

iv. JPA lepaskan bulat2 kat TUDM je ke..

Perkara yang merisaukan aku sekarang:-

i. Alia akan melalui latikan tersebut – DPA untuk diserap dalam jawatannya.

ii. Alia sedang menjalani latihan juga di bawah selian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Intan Wilayah Timur.

Walaupun Alia membawa surat Dr, tapi aku sure jurulatih tu semua akan berkata ohhh hanya mengandung...tapi Alia bukan setakat mengandung tapi dia ada low-lying placenta itu yang merisaukan aku. Jurulatih tu semua baca ke surat Dr Hamid Arshad tu dan yang paling penting faham ke apa complication kalau Alia jadi terlalu stress...

“Ya Allah limpahkanlah selamat kepada isteriku dan kandungannya (anak kami)..Ya Allah mudahkan urusan latihan isteriku dan janganlah ada sebarang perkara buruk berlaku. Hanya kepada Mu aku memohon kerana sesungguhnya aku insan yang amat lemah.”

Amin..

Thursday, 18 February 2010

Ibu Mengandung Mengidam

Alia genap 11 minggu mengandung pada Isnin lepas (kalau ikut perkiraan kami....rasanya tak jauh beza dengan Dr Hamid Arshad).

Alhamdulillah so far semuanya sihat dan selamat. Cuma hari Jumaat last week, dah sudah makan nasi ayam Hainan kat Tmn Melawati dalam on the way balik dia cakap dia nampak gula-gula lolypop dan teringin nak makan...

Emmm untuk memudahkan dan sure dapat lolypop yang Alia nak tu gua pun repeat makan nasi ayam Hainan Taman Melawati so dapatlah Alia beli lolypop yang dia teringin nak makan tu..beli bukan satu tapi lima...ada empat je dalam gambo sebab satu dah selamat...


lolypop

Friday, 4 September 2009

Alia Resign dr MMU

Sudah lama tidak berkesempatan update blog nie.Sangat sibuk dengan tugasan harian di office. Sangat sibuk menyiapkan paper work supply equipment untuk operasi kami di luar negara.

Cerita yang dah agak basi untuk dikongsi. Alia dapat tawaran menyertai JKR pada 11 August 2009. Seperti biasa agensi kerajaan sentiasa memberikan notis yang pendek untuk melaporkan diri. Alia di minta melapurkan diri pada 20 August 2009. Alia terpaksa meletakkan jawatan dengan notis yang pendek.

Oleh kerana notis yang pendek, gaji Alia bulan 8 langsung tidak merasa dan terima pulak surat untuk membayar MMU sebanyak RM3K lebih lagi. Saya sudah buatkan surat rayuan kepada MMU untuk memberi kesempatan Alia melunaskan bayaran secara ansuran.

Nasihat saya sekiranya perlu simpanlah duit cash di dlm bank sebanyak 3 bulan gaji untuk kegunaan di kala terdesak.

Alia sekarang lebih ceria, baik gembira kalau dibandingkan dengan dahulu..maklumlah kerja dengan Cawangan Kej. Mekanikal, JKR. Sememangnya kami dari latar belakang Kej Mekanikal maka dia beruntung dapat menyertai bahagian kepakaran mekanikal. Harap dia dapat panduan dari bos2 untuk memperolehi IR nya...

Thursday, 6 August 2009

Follow Up Visit Dr Hamid Arshad

Hari ni minta izin daripada boss, Hj Ali untuk keluar lepas lunch sebab nak teman Alia jumpa Dr Hamid..follow up visit.

Ketika kami sampai kat klinic Dr Hamid tu dah ada 6 pasangan / pesakit yang terdahulu daripada Alia...masyaAllah panas nya...adus Dr Hamid pun...tak perasan ke runag menunggu nie dah macam oven panasnya..dengan bilangan orang yang ada ketika itu dan tambahan dengan down light yang digunakan menambahakan lagi bebanan haba di dalam bilik tersebut.

Saya perhatikan ada 2 unit penyaman udara yang mana setaip satunya 0.5HP ...maksudnya tak cukup nie 1 HP...wadus lupalak buat pengiraan rules of thumb, tapi seingat sayalah dengan keluasan bilik itu lebih kurang lah yek...bilik tu perlukan 1.5HP penyaman udara...tak apa lain kali melawat saya check balik pengiraan saya nie betul tak...

Apabila sampai giliran Alia dah lepas pukul 4.30 petang. Oklah jumpa Dr Hamid, hari nie dia scan perut Alia jek..Alhamdulillah katanya..peranakan Alia telah ke atas...pa;ing tak tahan siap cakap ok jahitan semua dah ok...cantik & kemas...lah dah tentu dia yang menjahit...ishh puji diri sendiri ke? hehehehehehhe...tak apalah janji Alia semua ok....

Next Dr Hamid kata kena berusaha..insyaAllah dengan keberkatan bulan Ramadhan lekat lah tu katanya...banyak orang mengandung masa Ramadhan...AMINNNNN....

"YA Allah...kurniakan kami zuriat...jangalah tinggalkan kami tanpa zuriat"......

Sunday, 2 August 2009

Tanggungjawab - Suami & Abang

Kedatangan Ahad pasti menjadi hari yang penuh kesedihan buat saya dan Alia. Mnakan tidak, sekarang ini saya joint weekend husband club. Kisahnya sebab saya terpaksa tinggal di rumah kami di Cyberjaya manakala Alia pulak duduk dengan parent dia kat Semenyih.

Liyana (adik saya yang bongsu) tinggal bersama kami semenjak bekerja dengan Malaysian Medical Council (
MMC) di Putrajaya semenjak beberapa bulan yang lepas. Pada mulanya memang saya yang menghantarnya ke Putrajaya - setakat sampai Persint 9 je kat flat hijau, kemudian dia akan naik bas terus dari situ ke Parcel E..beberapa minggu yang lepas dia dapat lesen L dia so semenjak itu dia bawak motor sendiri ke tempat kerja dia, tak payah keluar awal sangat apabila keluar dengan saya, maklumlah biasanya saya ni pukul 6.30 pagi dah berada di atas jalan raya.

Minggu lepas, road tax motor tamat tempoh pulak, cari geran motor tak jumpa. MasyaAllah... puas mencari...tetapi masih tak jumpa kemana perginya geran motor ini..so tak bolehlah Liyana menunggang motor..adus saya tersepit di tengah-tengah.

Isteri mahukan saya tinggal di Semenyih so saya berulang alik dari Semenyih je sedangkan Liyana pulak tiada kenderaan di waktu pagi. Saya tidak sampai hati untuk dia keluar sendirian di awal pagi (bas dari Cyberjaya ke Putrajaya Central 1/2 jam satu) maksudnya dia harus keluar dari rumah pukul 6.10 pagi untuk dapat bas pukul 6.15 pagi...pasti saya pening sebab waktu itu hari masih gelap..jadinya saya ambil keputusan untuk kembali menghantarnya ke Putrajaya di waktu pagi sebelum ke office....

Ini bermaksud saya sudah mengatakan
TIDAK ke atas permintaan Alia menemankan dia tinggal di Semenyih.."when you say YES to something meaning in the same time you say NO to something"...Alia terpaksa beralah dan berkorban....akhhhh banyak sungguh pengorbanan dia kepada saya sepanjang perkahwinan kami....apa yang mampu saya katakan, terima kasih sayang kerana untuk sekian kalinya berkorban untuk saya....

"Ya Allah, aku insan yang sangat lemah dan serba kekurangan, kau tabahkan diri ku dan isteri ku Ya Allah, berikan kerahmatan dan kemulianmu kepada isteriku, Ya Allah."

Ujian Allah yang kecil untuk saya tunaikan ternyata amat berat untuk dipikul..amanah sebagai abang yang sulung dan amanah sebagai suami....

..sayang I'm really sorry..bukan niat untuk meninggikan suara....ternyata bebanan ini menyebabkan saya juga tertekan....

Tuesday, 28 July 2009

Pengalaman d Pantai Medical Centre (PMC) - Sebelum, semasa & selepas

Ahad, 12 Ogos 2009

Oleh sebab parent saya datang dari Kuantan, mertua menjemput mereka makan tengah hari di Semenyih. Selepas lunch kami semua pulang ke Cyberjaya untuk kemas barang apa yang patut di bawa ke PMC. Alia dah ada senarai panjang apa yang hendak dibawa, saya macam biasa main tangkap muat sahaja.

Apabila sampai di PMC, terus pergi check in kat kaunter pendaftaran. Ok dapat Wad D3, bilik D305..Alhamdulillah.


Wad D3

D305

Alamak tuala cuma bawak satu, wadus tak bawak baju sejuk, lagi tak bawak garfu,sudu,mug, sejadad, milo, biskut akhhhhh banyaknya tak bawak. Kami tak ada pengalaman masuk hospital sebenarnya..Alhamdulillah Allah itu adil, dia bagi kami pengalaman jugak untuk kami bersedia untuk masa hadapan.

Dalam lebih kurang jam 7 ptg tu, parent saya balik Cyberjaya. Saya cadangkan duduk kat hotel yang dekat-dekat PMC tu sahaja, so tak payahlah mereka bersusah payah balik jauh..macam biasa orang tua, ada sahaja alasan ....sebenarnya mereka lebih selesa di rumah.

Sekali perut berkeroncong lah pulak...turun ke Cafe di tingkat bawah. Mereka inform lambat sikit sebab Chef sibuk prepare dari Wad. Oklah tak apa, saya order dan bayar dahulu nanti lepas solat Magrib turun lagi ambil.

"WAH" harganya mengalahkan harga yang biasa saya bayar untuk lunch di food court kat KLCC level 4.


Nasi Goreng Cina = RM7.90

Lepas solat saya turun dan ambil nasi goreng yang sudah siap dibungkus..Alamak nasi nie dah ada rupa cuma satu yang mendukacitakan saya tawar gila..langsung macam tak ada garam.

Alia wajib bersahur untuk persediaan berpuasa esok kerana operation. Oklah order menu A La Carte..Air milo dan biskut kering...to my surprise dalam pukul 11 mereka pun hantar makanan yang ditempah..Alamak hanya secawan milo (Milo 3 in 1) yang belum dibancuh + cracker 3 keping...cuba teka berapa harganya.....RM23.oo ....WAH.....emmm sign jelah...nak buat cam mana lagi kan...

Bill untuk secawan milo + 3 keping cracker

Adalah sangat tidak munasabah harga yang dikenakan....adakah pihak PMC cuba untuk mengambil kesemapatan ke atas pesakit? Sukar untuk saya memahaminya.

Alhamdulillah selesai sudah sahurnya...malam tu kami tidur berkongsi katil....zzzzzzzzzzzzzzz ops kena bangun sebelum pukul 6 pagi sebab Alia akan disumbat ubat utk berak....zzzzzzzz

Isnin, 13 Ogos 2009.

Alamak dah kena kejut...apsal alarm tak berbunyi pun...lah rupanya baru pukul 5.30 pagi..mana aci kata semalam kul 6pagi...dah saya set alarm kul 5.45 pagi....oklah tak apa sebab nurse tu relax jeee tak marahpun kami.....

Pehhh...sekejap jek...habis semua isi perut Alia dah keluar....lepas nie sambung lagi lah...






Friday, 24 July 2009

Dua "Laparoscopic" @ Pantai Medical Centre

Pengalaman yang saya cuba kongsikan bersama untuk hanyalah untuk pengetahuan bukan mahu mendedahkan keaiban atau kekurangan isteri saya yang tercinta iaitu Alia. Banyak kesusahan, keperitan dan kesakitan yang dia tempuhi dalam melalui rawatan dengan Dr Hamid Arshad.

Setelah berjumpa 2 pakar sakit puan kami membuat keputusan untuk meneruskan pembedahan di bawah Dr Hamid Arshad memandangkan dia yang merawat Alia daripada awal.

Apa yang akan Alia hadapi, oleh kerana kami bukan background medic maka kami terpaksa memaksa Dr Hmid Arshad bercerita lanjut tentang procedure yang akan dia buat terhadap Alia ini termasuk apabila saya bertanya soalan bodoh sebab datang dari engineering background bila cakap drilling sure benda yang kena drill akan berlubang.

Dr mencadangkan dua rawatan kepada Alia;

1. Laparoscopic Ovarian Drilling

Dalam kes ini Dr akan membuat rawatan untuk membantu process ovulation. Alia menghadapi masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Ketika process Ovarian Drilling ini Dr. Hamid menggunakan kaedah laser untuk menebuat ovary Alia. PCOS tidak dapat dipastikan punya secara tepat tetapi menurut penyelidikan ia berpunca dari keturunan. Kajian juga menunjukkan terdapat 5% wanita yang mempunyai masalah ini dan rawatan ini 85% Berjaya membantu process ovulation. PCOS ada banyak symptom tetapi yang paling ketara pada Alia ialah irregular period dan rambut dia selalu, mudah dan banyak gugur.



Ovari sebelum "Drilling"




Ovari Sesudah "Drilling"


Kalau ada keberanian sila lihat procedure ini di YouTube.





2. Ventro Suspension

Alia juga menghadapi masalah dengan uterus dia, ianya dipanggil retroverted uterus. Kalau bahasa saya orang kampong nie rahim terbalik. Masalah ini melibatkan 20% wanita diseluruh dunia, pada kebiasaannya memang wanita ini dilahirkan sudah begitu. .Ini hanya diketahui setelah Alia menjalani pemeriksaan yang dipanggil pelvic ultrasound examination.. Kedudukan rahim sepatutnya terletak condong sujud ke hadapan (masyaAllah besar keagungan Allah, tempat terpenting kita wujud di dunia juga sujud kepadanya). Rahim Alia sujud jugak tap sujud ke belakang.

Procedure ini pula dipanggi laparoscopic uterine suspension menggunakan UPLIFT (uterine positioning by ligament investment fixation and truncation) procedure. Seboleh mungkin doc akan mengembalikan kedudukan asal rahim Alia menggunakan procedure ini. Kit untuk membuat kaedah pembedahan ini sebenarnya agak baru diperkenalkan iaitu 10 tahun lalu (1999) oleh Dr. James E. Carter. Sila baca disini.


Normal Uterus

Retroverted Uterus


Ketika procedure ini Dr. hamid akan buat dua procedure dalam satu procedure laparoscopic. Ikut perancangan semua ini insyaAllah dapat diselesaikan dalam masa empat hari iaitu masuk hospital hari Ahad petang dan boleh pulang ke rumah hari Rabu.

Alia ada bagi tahu, dia sanggup menghadapi ini semua demi untuk memberi anak kepada saya. Sayu hati saya mendengarnya tanpa dapat mengatakan apa-apa. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan pembedahan dan recovery dia...

"Ya Allah ampunkan lah dosa kami, Ya Allah sesungguhnya aku sudah memaafkan semua dosa-dosa isteriku terhadapku, aku halalkan makan minumnya, Ya Allah aku memohon kepada Mu agar dipermudahkan segala urusan pembedahan isteriku, tabahkan aku dan dia untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah."


Sunday, 12 July 2009

Pantai Medical Centre (PMC)

Sekararang specifically berada di D305, Wad D3, Pantai Medical Centre (PMC), Bangsar..bukan saya yang admitted tapi Alia.

Dia diarahkan masuk hari Ahad, 12.07.09. Masuk awal utk menyelesaikan segala urusan yang perlu untuk pembedahan esok hari. Ambil / pemeriksaan darah, blood pressure dan lain-lain.

Alia akan menjalani 2 procedure..satu daripadanya laporotomy bilateral ovarian cystectomy. Satu lagi saya tidak berapa sure pulak...

Detail untuk procedure Alia akan cuba saya cari untuk kita kongsi bersama. Alhamdulillah semuanya di tanggung Insurane ING yang dibayar PETRONAS.Terima kasih majikan saya.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mahu mengumpul wang untuk membayar pakar-pakar ini. Alia di bawah penyeliaan Dr Hamid Arshat dan Dr Nazeri di PMC.

Sebelum membuat keputusan untuk meneruskan operation ini, kami sudah melalui second opinion, dimana kami jumpa Dr Nor Ashikin. Juga minta bantuan Liyana (adik saya) bertanya dr di tempat dia bekerja (Malaysian Medical Centre, MMC). Semuanya memberi nasihat yang sama. Semua ini untuk kebaikan Alia juga. Untuk membetulkan putaran haidnya.

Saya hanya mampu berdoa
" Ya Allah, ampunkan dosa kami yang lemah ini, Ya Allah sesunggguhnya kami insan yang lemah, kami membuat keputusan ini Ya Allah semoga engkau memudahkan segala urusan pembedahan dan peyembuhan Alia"...