Tuesday, 6 July 2010
Tanggungjawab vs Pengorbanan
Sekarang kami keluar rumah awal pagi, sebelum 6.30 sudah berada di jalanraya. Perjalanan dari Tmn Desa ke Putrajaya, Block B mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit. Sebelum pukul 7 pagi kami sudah sampai di office Alia. Aku sebenarnya kasihan dengan Ali, sure dia akan sentiasa jadi orang yang sampai paling awal di office dan orang yang terakhir yang keluar dari office.
Waktu petang, masa rasmi office aku tamat 5.30 ptg, tp agak sukar untuk dapat balik pada masanya. Ada sahaja yang akan menyebabkan aku keluar lewat. Paling teruk aku pernah sampai di office Alia hampir jam 9 malam. Inilah pengorbanan isteri yang sangat aku hargai…kasihan Alia, aku sure dia lebih selesa untuk pulang awal dan sampai rumah awal untuk berehat.
Sampai bila Alia harus berkorban untuk aku???
Sunday, 4 July 2010
Aku Tewas
AKU TEWAS...dulu aku yang ada blog...menulis catatan harian aku dan tempat aku melepaskan geram or pendapat aku...
Lama kemudian baru alia start dengan blog dia eliyazz ...nampaknya sekarang setelah kami check ikut meter nuffnang, eliyazz dengan tekun dan dedikasi nya memotong blog aku..dulu eliyazz selalu complain kenapa tak ramai singgah blog dia...wah sekarang tidak lagi...TAHNIAH...
Rumah
Aku sedang sesak nafas nie mencari rumah terdekat dengan Putrajaya..maklumlah Alia tak boleh memandu dan aku kena hantar dan ambil dia..aku tak complain pasal kena ambil dan hantar cuma aku risau sebab aku selalunya kena balik lambat...dibuatnya aku kena balik kul 12 malam cam mana lah...bukan tak pernah..dah pernah...
Alia buat backup plan..kalau aku lewat ambil dia, dia akan melepak rumah batch PTD dia..kasihan aku dengan Alia...dengan mengandung nya lagi...tak di nafikan...aku tengok perut Alia lebih besar compare org lain...aku kasihan...aku tak berdaya....akhh lemah sungguh aku...
Harap kami akan dapat rumah dengan segera...last Thursday, Alia dapat email dari BPH offer apartment....oklah aku cakap kat Alia...accept jelah ..better dapat then melopong....
Sekadar hiasan, belum dapat..
Aku...mengapa aku buat keputusan itu..
Kekadang ada benda aku nak menulis tapi sering kali aku malas...setiap kali teringat banyak paper work untuk dapat kelulusan...hidup aku jadi kurang seronok dan kurang kegembiraan..
Aku akur..aku bukan yang betah hanya duduk di pejabat..membuat pelbagai paper..TER..TCEAR. belum masuk MIS utk dapat pelbagai kelulusan...aku bosan!!!
Nasihat aku kepada teman-teman yang membaca..janganlah hanya kerana reputasi company ..kita senang-senang terma pekerjaan...aku akui semuanya salah aku sebab tak study dulu..aku gelojoh menerima tawaran hanya kerana syarikat induk berada dalam fortune 500...
Sudah banyak cara aku cuba untuk menyertai anak syarikat lain...walaupun pihak di sebelah sana sedia menerima tapi sebelah sini masih tidak melepaskan...aku bukan pekerja yang baik untuk sebelah sini pun..banyak kelemahan aku.....tapi mengapa masih tidak mahu melepaskan aku....
Dulu aku kurang MC tapi sekarang sebulan sampai 4 hari aku MC...bila SM aku cakap pada umur aku dulu dia pernah tumbang kerana stress aku terkedu...semua apa yg dia alami sebelum dia tumbang sedang aku alami...dulu aku hairan kenapa orang stress bekerja, sekarang baru aku faham..aku risau...aku mesti kuat..anak sulong aku insyaAllah akan tiba tidak lama lagi....
Bukan tidak belajar bersyukur...aku sangat bersyukur...banyak company nie telah beri kepada aku...telah merelisasikan banyak harapan aku...dapat naik flight 1st class, perbelanjaan perubatan Alia yang sudah melampaui lebih dari RM15K..aku sedar..aku bersyukur...tapi dalam hidup aku perlukan perubahan..dan hijrah...
Aku harus kuat berusaha...mengubah, berubah dan berhijrah....perasaan aku takut dan kuat menyayangi syarikat ulung ni harus aku singkirkan..bukan untuk sesiapa tetapi untuk keluarga aku...
Last nasihat aku...tanya hati, kerja nie betul2 memenuh hati dan kehendak ke...walau tak 100% at least kita suka dengan kerja itu...jangan cuba untuk menyukai...sudah 23 bulan untuk aku belajar menyukai..ternyata aku gagal...aku kah 100% yang gagal...emm mungkin 80% salah aku..tapi aku ada 4 dari 6 SM aku yg resign awal dari tarikh bersara....adakah suasana sekeliling di pejabat juga mempengaruhi aku....
... Ya Allah kuatkan aku...berilah kekuantan, bantuan Mu kepadaku...
Monday, 31 May 2010
TUDM Nafikan
Bulletin Utama baru sebentar tadi menyatakan TUDM menafikan terlibat dengan latihan ala Komando pelatih PTD....agensi lain yang mengendalikan latihan tersebut...
Menurut BERNAMA, apabila menghubungi Col Mohamed Nazri Bashah, latihan di kendalikan oleh Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor. Fakta menarik jugak, 2 orang jurulatih pusat tersebut merupakan EX-PASKAU.
Ok TUDM, aku mohon maaf menuduh terlibat sama nak buat cam mana dah baca akhbar semua menjurus macam TUDM terlibat sama...ish..aku nak follow cerita nie lagi..akan share kalau ada lagi...esok aku try tanya cousin aruah kalau dia masuk office lah.
Ya Allah selamatkan Isteriku
Apabila membaca berita hari ini; hatiku jadi tidak keruan. Sure aku sangat risau. Tajuk nya PELATIH PTD YANG JALANI LATIHAN ALA KOMANDO MENINGGAL DUNIA. Aruah Pn Norhashimah Wahid semamangnya tiada kaitan dengan aku. Aku difahamkan sekarang ada modul luar yang baru dalam DPA iaitu TUDM. Mengapa pulak si TUDM nie pulak boleh sibuk2 buat aktiviti ala komando...perlu ke sangat sampat nak buat latihan tahap komando..kalau dah PTD boleh jadi komando so komando tu berhenti jelah...
Aku tidak dapat memahami significant antara latihan ala komando dgn DPA utk PTD tu...atau adakah jurulatih ini ada dalam kepala hotak masing-masing; “ohh sementara PTD nie training biar aku belasah cukup cukup sebab nanti dia jadi boss aku dah tak boleh sentuh”. Kalau betul lah ini ada dalam kepala jurulatih, maka kalau sudah ada anak tu pulang ke rumah masing-masing renung wajah anak sendiri, apa akan jadi kalau anak jurulatih itu sendiri sudah tidak mempunyai ibu walaupun baru berumur 2 tahun.
Soalan aku:
i. Mengapa perlu ugut pelatih; ohh kalau tak tamatkan latihan ini kena ulang lagi setelah dua tahun
ii. Mengapa tidak diberitahu kepada pihak keluarga apabila telah dimasukkan ke hospital pada kali pertama
iii. Lupakah jurulatih; mereka bukan nak bentuk pelatih itu menjadi komando pun, kalau yee tak payahlah kita ada komando...elaun tinggi tu...cost saving.
iv. JPA lepaskan bulat2 kat TUDM je ke..
Perkara yang merisaukan aku sekarang:-
i. Alia akan melalui latikan tersebut – DPA untuk diserap dalam jawatannya.
ii. Alia sedang menjalani latihan juga di bawah selian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Intan Wilayah Timur.
Walaupun Alia membawa surat Dr, tapi aku sure jurulatih tu semua akan berkata ohhh hanya mengandung...tapi Alia bukan setakat mengandung tapi dia ada low-lying placenta itu yang merisaukan aku. Jurulatih tu semua baca ke surat Dr Hamid Arshad tu dan yang paling penting faham ke apa complication kalau Alia jadi terlalu stress...
“Ya Allah limpahkanlah selamat kepada isteriku dan kandungannya (anak kami)..Ya Allah mudahkan urusan latihan isteriku dan janganlah ada sebarang perkara buruk berlaku. Hanya kepada Mu aku memohon kerana sesungguhnya aku insan yang amat lemah.”
Amin..
Saturday, 15 May 2010
Asian University Ranking
Tahniah kepada 6 universiti di Malaysia yang di senaraikan di dalam Asian University Ranking.Universiti Malaya (UM) masih terbaik di ranking 42,congrat Uni Keb. Malaysia (UKM) di 58, Uni Sains Malaysia (USM) di 69, Uni Putra Malaysia (UPM) di77, Uni Tek. Malaysia (UTM) di 82, dan Uni Islam Malaysia (UIA) di 151.
UM nampaknya merosot dari raking 39 pada tahun sebelumnya. Manakala Uni lain sama ada masih di tmepat yg sama atau menunjukkan peningkatan.
Cabaran:
1. UM mampu tak menjadi 1st uni dari Malaysia dalam top 10 ranking.
2. UKM, USM, UPM & UTM berada dlm top 50
3. UIA dalam top 100
InsyaAllah tahun depan kita review lagi ranking ini...
Senarai penuh?? Sila lawat TOP UNIVERSITY
Sunday, 9 May 2010
Selamat Hari Ibu
Sangat sayu hari ini apabila mengenangkan sambutan hari ibu. Memang ada orang kata kenapa masa hari ibu sahaja kita menggingati ibu, tetapi percayalah semua orang mengingati ibunya setiap hari.
Selamat Hari Ibu buat:-
1. Zaharah Bt Zakaria - Ibuku yang banyak berkorban, malahan melihat susahnya isteriku mengandung menginsafkan aku bertapa susahnya emak mengandungkan aku. Maaf emak, tak dapat balik Kuantan untuk meraikan Hari Ibu bersama emak. InsyaAllah kami akan berusaha untuk pulang ke Kuantan ketika emak buat kenduri doa selamat untuk menunaikan umrah. Ampunkan segala dosa-dosa Along, maafkan Along sebab dikala ini Along rasa banyak emak banyak memendam rasa, sanggup datang ke sini untuk berjumpa Along apabila berkesempatan. Janganlah emak kecil hati dengan Along. Jangan nanti Along jadi seperti sahabat Rasullulah yang menghadapi kesukaran ketika sakaratul maut kerana membelakangkan ibunya.
2. Asamah Mahamod - Ibu mertua yang sentiasa sabar melayan karenah isteriku. Terima kasih kerana melahirkan isteri yang terbaik buat aku. Terima kasih jugak kerana sabar dan tanpa jemu menyediakan juadah apabila kami pulang ke Semenyih.
Kepada isteri tercinta, insyaAllah tahun hadapan bolehlah menyambut pertama kalinya hari ibu kepada "Alif Firdaus".....
Sunday, 25 April 2010
Tak Sangka
Semalam aku baru tersedar yang aku terlupa nak follow tokoh university yang jugak pakcik Alia, so sekarang gua follow dia.
Saturday, 24 April 2010
Emmm bila nak dapat

Friday, 23 April 2010
Toyota Vios hitam NBR 9008 Tolong Berhati-hati
Pagi ni gua mengalami situasi cemas yang diwujudkan oleh pemandu kereta yang tidak cekap. Gua macam biasa guna Maju Expressway. Selepas TOL RM1.50 menghala ke Kuala Lumpur jalan sudah mula sesak sebab waktu dah 7.45 pagi...hari ini gua decide untuk ambil lorong kiri...ternyata lorong kanan terhenti terus dan lorong kiri masih berjalan.
Kelajuan gua ketika itu leih kurang 60km/j tiba-tiba Vios hitam dari lorong kanan masuk jek terus ke lorong gua sikit jek lagi nak lagar pintu kereta gua...palagi gua pun reflex menegelak dan hampir melanggar motor yang menyusur di seblah kiri gua.....
MasyaAllah, tanpa signal...mungkin tanpa memandang kenderaan yang datang pemandu Vios berwarna hitam NBR9008 terus jek nak terjah menukar lorong...ishhhh....teruk gua kena sound dengan penunggang motorsikal tersebut...cis....semuanya angkara
NBR9008
Thursday, 22 April 2010
Kemudahan Awam
Bila bercakap pasal pengangkutan awam, isu ini sebenarnya dah lama...macam masih teringat 20 tahun dahulu di bangku sekolah aku disuruh cikgu membuat karangan tentang masalah pengangkutan awam. Menurut kajian terbaru, penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur sebenarnya semakin menurun...mengapa ini berlaku??
Ada banyak sebab dan banyak pihak yang kita boleh tunding jari..oh ye apa yang aku nak komen lebih kepada perkhidmatan train...biasa kita dengan rungutan...train lambat...train sesak...macam-macam lagi, kiranya dari segi kebolehpercayaan ternyata amat rendah.

Map Train in Kuala Lumpur, overlapping kurang
Aku rasa kebanyakan pegawai yang merancang kemudahan awam di Malaysia nie sebenarnya berpelajaran tinggi..kebanyakannya juga sudah ke luar negara mungkin kerana masa study dulu ataupun di hantar oleh kementerian untuk lawatan sambil belajar konon-kononya ...habis duit cukai yang aku bayar mereka kerjakan....hasilnya jaringan train yang di bina di Malaysia sungguh complicated.
1. Menagapa train kita tidak bersambung atau overlapping antara satu sytem dengan sytem yang lain...contoh monorail..apahal satu hujung tidak bersambung dengan steyen sentral sebalinya berakhir lebih kuran 400m di luar KL Sentral. Manakala sebelah hujung satu lagi,berakhir di Jalan pekeliling tapi tidak bersambung dengan hentian Star LRT
2. Subway train in Beijing, boleh kemana-mana dengan menukar pelbagai train dan kita masih berada dlm system maka kita tidak perlu menukar ticket setiap kali menukar menukar train dan charge sangat murah, sekali naik is RMB2(~RM1)
3. Putra LRT kita kecoh hari tu nak tambah segerabak so menjadi 3 gerabak sekali jalan.Itupun bukan semua dilakukan. Kenapa kat tempat lain boleh jek panjang-panjang macam komuter pulak rasanya...
Saturday, 17 April 2010
Friday, 16 April 2010
Kena "sekolah"
Hari ini ke office setelah sehari setengah MC...
Pagi-pagi ngadap SM baru..boss lama aku yg dah jadi boss besar yg baru...so seperti yang dijangka selepas discuss report aku...dia “menyekolah” kan aku...aku suka dengan boss macam nie sebab dia tegur aku depan-depan dan aku tahu dia memang tak simpan dalam hati...dia tegur untuk kebaikan aku jugak...
Apa yang dia cakap memang benar dan aku tahu dan sedar memang salah aku akibat suka menangguh kerja...aku tak tahu kenapa tetapi aku sekarang hilang focus dan selalu tak sudahkan kerja aku...nampaknya benda nie dah melarat sangat...aku rasa aku kena berubah....
Apahal lah aku nie kan....
Ya Allah...buanglah sikap suka bertangguh dalam diriku ini..Aminnnn
Thursday, 15 April 2010
April Bulan Sakit - Allergic pulak
Aku rasa bulan April 2010 nie boleh aku istiharkan bulan aku diuji dengan pelbagai penyakit...last week 2 hari aku cuti sebab migraine...
Hari semalam, lunch aku ke level 4, si Izwan nak makan kewtiau kerang so aku follow je lah..lagipun memang selalupun kami makan kewtiau kat situ...
Hendak di jadikan cerita lepaas makan tu naik atas dalam kul 2 mata aku dah start berair masa dalam lift so mehlah share apa yang aku alami...mungkin mencuci dosa...akupercaya mesti ada maksud tersirat Allah uji aku...Cuma aku percaya dan sentiasa berdoa..Allah menguji aku setahap yang aku mampu hadapi...

Demi menunaikan tanggungjawap aku (sayang isteri punya pasal beb) tabahkan jugak memandu ke Putrajaya ambil isteri tercinta. Jam 4.30 petang masa nie.
Aku rasa prestasi kerja aku hancurlah bulan ini..Ya Allah kasihanilah hamba mu ini...
P/S: Kalau ada tahu rumah untuk disewa sekitar Dengkil or Bangi nagitahulah yek. Aku cari rumah teres setingkat pun tak apa maklumlah berdua jek...opss bini komen bertiga bila September 2010...insyaAllah...
Thursday, 1 April 2010
Kenangan Hj Zulkifli Ghazali
Hj Zulkifli Ghazali...SM aku...SM yg chit chat aku masa aku nak join PETORNAS...tetiba dia decided untuk bersara awal..dia umumkan kepada kami semua secara rasmi pada 23 March 2010 dan 31 March 2010 hari terakhir beliau...terima kasih Hj atas tunjuk ajar dan memberi peluang saya join your team...

Hadiah buat Hj Zul on his birthday...tak sangka sambutan terakhir dia di PETRONAS
Potong Cake..
Farewell party for Hj Zul @ Pizzza Hut KLC..tanggal 26 March 2010
Sunday, 28 March 2010
Thursday, 4 March 2010
2010 MERCEDES GP PETRONAS Official Merchandise
Wow...dah keluar Official Mercedes GP PETRONAS.....gua dapat gambar-gambar nie dari Henri Llord

Wednesday, 24 February 2010
Sharing Pun Salah ke?
Bertuah sebab member gua kat office tak dapat pergi training. Gua “terpilih” untuk menggangtinya. Amat jarang boss gua pilih gua untuk mengganti orang pergi training. Apapun gua tau boss gua nak kasi gua “relax” cket...sebab last Monday gua migraine.
Training dua hari jek iaitu 23 dan 24 Februari 2010 kat PERMATA, Bangi. Subject Contract Management. Training nie bagus jugak sebab adalah gua dah handle beberapa contract main hentam ikut jek apa orang lama kat off gua practise tapi gua sure practise tu tak lari dari aspirasi dan guideline company gua keje ni.
Topic cover; start of contract, during the lifetime of contract and end of contract..rasanya yang menarik hati gua antaranya: Change Order, Contract Performance Assessment, PROC Form, CPRC & Contract Close out report. Kebanyakan benda nie gua belum experience lagi.
Bila dalam training yang mana gua ada experience gua akan share jugak sebab dengan harapan orang lain dalam kelas akan komen apa practise gua dan compare dengan practise OPUs mereka. Sharing nie sangat bagus sebab gua akan lebih senang faham dan gua rasa orang lain jugak akan mudah faham sebab kita relate teori yang diajar dengan real kes. Nampaknya dalam kelas kali ni tak ramai yang nak berkongsi dan mungkin gua banyak sangat sharing ada jugak orang lain dalam kelas yang tak berapa nak seronok. Gua terperasan dengan body language dan “bunyi-bunyian” yang dia keluarkan. Gua share bukan gua nak tunjuk gua terer, apalah sangat pengalaman gua yang baru setahun 6 bulan dalam company sekarang compare dengan mereka. Gua sedar tu tapi niat gua nak share dengan harapan orang lain jugak akan bagi komen membina dan compare dengan dengan practice orang lian. At least gua tak syok sendiri at office buat something yang salah pulak kan.
Oklah ada juga si Sab & Akma dari plant operation yang banyak share macam mana mereka handle service contract di plant environment which gua memang tak tahu sebab gua tak berpeluang nak buat. Apa yang gua buat semuanya material contract dalam upstream project environment. Azman jugak best sebab share apa Strategic Sourcing buat dan share LTSA dan GFA. Ilmu yang amat berguna buat gua sebab info-info semua nie susah nak dapat.
Gua nak ingatkan diri gua supaya jangan jadi bodoh sombong. Share apa yang kita tahu dan appreciate apa yang orang lain share dengan kita sbb kita sentiasa boleh belajar sesuatu dari orang lain.
Alhamdulillah gua dan group gua dapat petrol voucher walaupun nilai tak sebesar mana + gua dapat individual punya so 2 petrol vouchers ...












