Friday, 25 December 2009

Kluang Rail Coffee

Selepas menghantar Alia, gua call member lama...gua panggil dia Uda. Ok kami set nak jumpa diStesyen Keretapi Kluang...tempat glamour nie...let check it out...

Nak sampai sini senang jek, dari Hiway utara selatan, keluar di exit Kluan, Batu pahat. Untuk sure keluar tak salah exit, tengok sign board tu mesti ada tulis exit ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Selepas bayar tol, ada simpang tiga. Di persimpangan ini belok ke kiri kea rah Kluang .Seterusnya jalan teruskan perjalanan sampai jumpa round about, di sini ambil nombor 12 (terus) sahaja...jalan dari situ lebih kurang 5km korang akan melintas rel keretapi, selepas rel keretapi belok ke kiri, ada sign Stesyen Keretapi Kluang dan sign yang senang nak nampak sign McD. Dari simpang tersebut lebih kuran 1 km sampailah Stesyen Keretapi Kluang. Tempat yang kita nak minum nie sebenarnya asalnya ialah kantin Stesyen Keretapi Kluang.

Pada tahun 1938, En. Lim Heng Yong membuka kedai kopinya di Stesyen Keretapi ini. Sekarang cucunya (generasi ke 3). Sekarang ini En Freddie Lim dan temannya En JJ Phun teleh memberkembangkan perniagaan kedai kopi (kopitiam) menembusi pasaran Lembah Klang.

Patikan Jangan Datang Hari Khamis - TUTUP



Alia berjaya menghabiskan secawan kopi di sini harga secawan RM1.20 jek

Jauh sangat gambar nie...tapi kalau korang datang sini boleh tengok gambar MB Johor bersama isteri.


Mamat India rambut flat top tu belasah duduk walaupun aku dah nak duduk...berebut tu beb










Wednesday, 23 December 2009

2 in 1 Tour to Kluang

Gua amik cuti sehari pada 11 Dec 2009 untuk jadi driver kepada Alia. Kami ke Kluang, peh seingat gua memang gua tak pernah bermalam kat Bandar ni, maklumlah memang tak ada urusan gua kat sini sebelum ini.

Alia dipanggil ke PTD Assessment Centre, tempatnya di INTAN Wilayah Selatan (IKWAS) Kluang. Program Alia pada hari Sabtu, 12 Dec 2009. Saja wa nak share perjalanan wa ni...

Jumaat, 11 Dec 2009


1030

Kami bertolak ke Kluang selepas breakfast. Mana lagi breakfast kalau bukan kat Papa Rich Kopitiam, dekat jek dengan rumah gua nie haa kat Jalan Klang Lama. Pagi tu gua sarap roti bakar dengan peanut butter + Teh “C” no sugar...

1145

Kami sampai di Bandai Maharani, Muar lah tu in case kalau tak tahu. Apapasal gua usaha keluar dari North South Hiway, keluar ikut exit Tangkak, pastu belok kiri kearah Muar heheh gua mengidam nak makan mee bandung Muar, dah lama tak makan beb..

Kat Muar ada 2 tempat yang gua selalu makan satu kat Taman Syed Nasir (depan Sekolah Sains Muar) atau kat Bandar Muar depan Kedai roti Kim Leng. Kedua-dua tempat nie mempunyai rasa kuah yang berbeza..terpulang pada selera masing-masing.


Wah San

(Photo fr hantumakan)

Ok kalau nak cari kedai nie, alamatnya 69-A Jalan Abdullah, Muar (Abu Bakar Hanipah – 012 2642720) atau cawangan kat No. 9, Medan Selera Tg Emas (Sabrina Abu Bakar – 0166565755/012 259 0046).. Kedai nie kat sebelah kiri Jln Abdullah dan di hadapannya Kedai Roti Kim Leng (Chicken Pai sedap gila dari kecik aku beli kat sini), En Abu Bakar nie bukak Gerai di Kedai ada tanda nama Wah San. Kedai nie terbahagi 3 tokeynya. Tokey cina (merangkap tokey kedai) jual air, Abu Bakar jual mee bandung, mee goring, ada sorang lagi tokey Melayu jual satey dan soto.


Pakcik Abu Bakar sedang beraksi.

The famous Mee Bandung

Memang nampak menyelerakan, kalau korang makan kat kedai nie, kelilingnya penuh gambar En Abu Bakar bersama orang-orang “besar” atau terkenal dan yang paling dahsyat Chef Wan pun datang makan.... kalau mereka yang mahu mencuba memasaknya sendiri, sekarang En Abu Bakar mengkomersialkan rembah mee bandungnya so boleh beli bawak balik. Kata En Abu Bakar “ Senang je ko masak ni, masak air, masuk rempah nie, masuk mee, dah siap, orang buta pun boleh masak”....


KOPI 434

Perut dah kenyang...perjalanan harus diteruskan...ops seblum itu..kat Muar memang syurga makanan...korang boleh makan satey sebagai sarapan (depan bus stand express)...boleh minum local coffee yang sangat popular KOPI 434 (depan bus stand express jugak) dan jangan lupa rojak petis kat tanjung...kalau weekday bolehlah makan soto kat Pej Kadi..ok beb teruskan berjalan ke Kluang.

1500

Kami sampai di Bandar Kluang lebih kurang jam 3.00 ptg. Gua booked bilik kat Prime City Hotel Kluang, hotel nie sebelah bus station Kluang..masa gua booked bilik tu mereka cakap bilik lain semua penuh cuma ada bilik Family Deluxe (RM 235 / night)...gila besar bilik tu..tapi mereka ada pesan yang aku boleh try Tanya bilik yg lebih kecil bila check in...so masa Check in tu aku pun mintak bilik Standard...akhhh malang bilik Standard dah penuh..cis....tapi mereka cakap ada bilik budget kosong...pehhh lagi murah...so kami decided amik bilik tu... (RM 160.00 / night)...

Kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang Prime City Hotel Kluang ini boleh masuk browse web site mereka di sini. Boleh jugak call mereka di +607 7711111. Jenis-jenis bilik yang ada di sini, budget, Standard, Superior, Family Deluxe , City Suite dan Prime Suite.

Tuesday, 22 December 2009

Ramly Halal Mart

Tempat kami shopping makanan segera...sotong tepung...daging burger, soursage semua nya dengan harga borong...memang murah beb compare beli kat pasaraya besar...




Sunday, 20 December 2009

Toilet RM2.00 per entry

This is what you got if you pay RM2.00 per entry..where? In KLCC level G







Saturday, 19 December 2009

Buah Tunjuk Langit

Kepada mereka yang tidak mengenali buah / bunga tunjuk langit yang banyak khasiatnya dalam perubatan traditional...boleh didapati di Pasar Tani Mega Shah Alam setiap hari Ahad...









Friday, 6 November 2009

Dating With Alia

Last day for the Week...yes..Jumaat datang lagi...penghulu segala hari..last week lepas tengok PAPADOM gua decide nak tengok NINJA pulak...





Cerita pasal anak mat salleh, bapak dia dulu US Marine base kat Jepun, seorang pemabuk. Emak dia dah tak tahan cabut dari rumah tinggalkan dia...Bapak dia pulak bunuh diri so jadi anak yatim piatu.

Keje dia nie pulak kat hujung cerita nak protect "Yoroi Bitsu" ...alah sekotak senjata Koga Ninja terakhir...

Pada keseluruhan cerita nie aku rasa biasa jek dari cerita ninja lain cumanya lebih moden siap ninja pakai night version Google ..Apapun oklah spend time dengan bini always the best time ever...



Thursday, 5 November 2009

Migraine Lagi

Migraine Gua datang lagi hari ini...

Note: Gua dah 3 hari stop minum kopi...

Ini yang gua dapat dari website Imigran Recovery

"What is a migraine?

A migraine is more than just a headache. A migraine is an intense and throbbing pain, which often occurs in one side of the head, although it can be more generalised. Other common symptoms are feeling or being sick and finding light and noise uncomfortable.

The pain you experience may be made worse by movement. This makes it difficult to carry out your usual daily activities, as you might want to rest and keep still, preferably in a quiet darkened room.

Migraine affects 15% of adults in the UK, which means that almost 6 million people have their lives impacted by migraine"


Migraine

Jam 9 pagi Gua dah start rasa sakit kepala...tapi gua harap sakit ini hanya seperti semalam, gua mampu tahan sampai ke petang selepas makan ubat IMIGRAN...tapi bukan hari ini, ternyata harapan gua meleset....

Sakit semakin mencengkam...jam 11 pagi semakin teruk...gua dah terasa nak termuntah pulak dah...emmm apalagi ulang balik ke toilet...emm muntah merupakan fenomena biasa bagi gua bila migraine gua datang menyerang...note: stock IMIGRAN gua dah habis..


Ini perasaan Gua tadi...

Boss gua dah runsing tengok gua.. "You know what should you do as when you having migraine" itu katanya...gua memang tidak menafikan gua beruntung sekarang compare dulu...dapat boss yang memahami....tak larat menanggung, gua angkat kaki ke Twin Tower Medical Centre...

Jumpa doctor Dr. Ferial Khaled Amar...dulu gua biasa jumpa Dr. Gobi...tapi ada mimpi ngeri jumpa dia sebelum ini..Dr Ferial propose aku ambil suntikan Veyron ..tapi gua tak berani sebab gua ada allergic kepada ubat (Asprine & Simflex)...Dr Ferial pun tak suggest so tambah stock Imigran jek....

Satu benda gua perasan sekarang..kalau kat office nak kena migraine tu gua akan perhatikan semua lampu lebih terang daripada biasa yang hairan lampu tu semua sama jek...

Terus ambil teksi...pesan gua senang jek..Taman Desa lalu smart tunnel..hari ini teksi merah nie ok sikit sebab pakai meter...tidur jek dalam teksi...keluar tunnel driver tu kejut gua tanya gua "mau ikut mana bang"...termasuk duit tol gua kena RM15.40 ...

Sampai rumah masuk bilik belakang...tidur dalam gelap....sekarang nie masih terasa sakit tapi lebih lega dari tadi.....

Next Step: (ehehehehe nie practice tempat kerja gua semua benda ada next step)
1. Buat rawatan bekam insaAllah sabtu nie ...dah buat appointment Rumah Sihat Bekam di Taman Samudera, Batu Caves jam 10 pagi...

Tuesday, 3 November 2009

Viennese Blend

Sekarang gua layan kopi ini kat rumah...antara yang paling murah jual kat Coffee Bean

Monday, 2 November 2009

Makan Malam di PapaRich Cafe

Hari ini gua balik on the dot beb...ngam 5.30p.m gua angkat kaki..gua penat kepala hotak lah. Terlewat lak inform Alia..tapi tak apa cam biasa dalam LRT gua call dia inform keberangkatan pulang :-)

LRT nie kalau tak sesak tak sah..peh macam-macam bau ada...tapi beginilah hidup di Kuala Lumpur.

Malam nie lepas solat magrib tadi Alia ajak dinner kat PapaRich kata...makan mee...oklah aku cam biasa makan no hal punya....


PapaRich Cafe @ Jln Klang Lama

Sampai kat PapaRich Cafe dekat jek dengan rumah gua duduk nie lebih kurang 5 minit memandu...hujan renyai sikit tak apalah...

Belek menu dia...peh tak sangka banyak jugak jenis makanan yang ditawarkan...gua jadi kelabu asap...apa mau makan nie semua nampak sedap...oklah satu Char K'Teow untuk Alia dan gua ambil 1 Curry Laksa...air lak gua amik Lychee Soda dan Alia amik Soya Sesame Ice cream ...dan side line pulak ambil Avocado Pau..

Avocado Pau

Tak sangka beb pau nie sedap gila...kulit dia lembut dan gebu...inti dia pulak sedap memandangkan gua jenis yang tak suka Avocado...ishh teringat teman-teman di Bandung yang suka minum air Avocat...



Soya Sesame Ice Cream

OKlah kesimpulannya gua happy...Alia pun happy....on damage nya...total termasuk tax:
RM 44.00

Sunday, 1 November 2009

Sabtu yang sibuk...cuba mencari hidup yang seimbang

Hujung minggu datang lagi...sekali lagi gua kena bekerja...rasanya lepas ni kerja muhasabah diri..kenapa gua ni tak effektif ..atau kerja yang terlampau banyak...

Appapun gua dah set dalam kepala hotak nie gua mesti balik kul 1 petang sebab memang mohon lampu dan penyaman udara dari jam 9 pagi hingga kul 1 petang...

Apa yang gua sibukkan sebenarnya ialah preparation Bid Proposal document... yes...gua masuk tender...untuk oprasi PETRONAS di Sudan..walaupun kerja dengan PETRONAS tapi still untuk operasi di International gua kira macam contractor lain...masuk tender...

Apapun dah janji dengan Alia nak menonton wayang...gua tak salahkan dia...malah gua jugak hairan dengan diri gua sendiri...masa belum kahwin dulu kemain rajin menonton wayang tapi bila dah kahwin ni jarang benar..gua pun dah lupa bila last kami menonton bersama...apapun Alia awal lagi dah beli tiket..maklumlah kerja kat Mid Valley so senang lah pergi beli..ambil in advance...tak ramai orang beratur ketika itu Alia cakap sebab hari Jumaat tgh hari ..tapi ada remark dari Alia..."Selamba je ada lelaki yang beratur sama beli tiket wayang"...gua rasa mamat tu dah tukar masjid tu...sembahyang Jumaat kat GSC....masyaAllah....Ya Allah ampun kan dosa2 aku..aku insan yang lemah"...

Akhirnya aku berjaya balik rumah lebih kurang pukul 4 lebih lewat 3 jam dari jangkaaan...apapun aku tetap berpuas hati sebab aku dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja dan sebagai seorang suami..

Poster from "Selambakodok House"

Yes...kami agak tertinggal bot...lewat baru nak menonton PAPADOM..tapi aku anggap sebagailangkah bijak (hehehe nak pujuk hati sendiri)..kira dah dengar banyak orang kata cerita nie bagus so kami ambil keputusan untuk menontonnya jugak...

Pada pendapat gua...cerita ini mengupas kehidupan kita seharian...ketika ada kita sering tidak menghargai apa yang kita ada...oklah Saadom ada alasan untuk jadi sibuk kononnya untuk memastikan Mas senang..boleh shopping naik kapal terbang kata Mas...tapi bila orang yang kita sayang tu dah tiada kita cuba untuk menebus kesalahan kita itu....itulah berlaku pada Saadom..

Poster from "Selambakodok House"


Cuba untuk jadi over protected terhadap Mia semata-mata mahu menghapusakan rasa bersalah dalam dirinya...oklah wa tak pandai nak komen sangat sebab gua bukan pengkritik filem...apapun gua happy tenguk cerita ini dan mengingatkan gua jangan WORKAHOLIC tak tentu pasal.....ok habis ceirta itu next weekend gua ajak Alia tenguk Ninja pulak...

Lepas menonton kami pergi makan...makan di San Francisco Steakhouse...


Gua order T-Bone steak...400 gram....peh letih jugak nak menghabiskan makan nie....Menarik gak SFSH ni siap amik initiative semua staff dia dress theme Halloween .....tadi baca update kat Facebook si Dayang kat California sibuk melayan budak-budak datang ketuk pintu...Oklah gua puas hati sebab gua berjaya dating dengan orang tercinta dalam hidup gua....

Kepada yang selalu bertanya bila kami nak dapat anak...ini jawapan gua..

"KAMI DAH ORDER TAPI BELUM SAMPAI".....