1 Januari 2014 merupakan tarikh besar dalam hidup Azizi kerana kami register Azizi di Genius Aulad Putrajaya.
Expected kami tidak banyak hanya untuk Azizi mula belajar bergaul dengan rakan sebaya dan perlahan-lahan membuang perasaan kurang keyakinan diri.
SAMA SAMA
Wednesday, 1 January 2014
Friday, 23 August 2013
INOVASI
Inilah inovasi terkini daripada Azizi kerusi menonton TV daripada kotak plastik simpanan mainan dia.
Friday, 21 June 2013
SOLAT
Gambar ini masa di rumah nenek, oleh sebab Azizi tak kasi DD naik atas maka solat jugak DD buat kat bawah. Maklumlah masa ni kan MM bz dengan DPA dia. Setaip waktu solat Azizi akan ikut DD solat.
Gambar ini Azizi menggunakan 1st time sejadah yang nenek dengan atuk dapat masa pergi kenduri kahwin. Kiranya jadi sejadah Azizi lah ni.
MAKAN ICE CREAM
Azizi dengan sungguh bersemangat makan ais cream mini cornetto. Antara kegemaran Azizi makan ice cream. Siap ada tuala kecil satu untuk kesat mulut dan tangan sebab memang style Azizi meleleh sikit bising nak kesat.
Thursday, 20 June 2013
MELEKAT
Monday, 17 June 2013
STROLLER
Antara perkara yang Azizi tidak suka sekarang ialah menaiki stroller. Ini gambar kita di The Garden.
Stroller Azizi tu jenama BUGABOO bee. Comel kan design dia. DD pilih sebab comel dan unik walaupun roda dia tidak boleh lalu excallator dan setiap kali kalai bawak stroller ni kenalah lalu lift. Kekurangan yang DD dan MM rasa untuk safety Azizi jugak.
Tidak mahu duduk dalam stroller sebaliknya nak suruh DD dokong...penat tau asyik kena dokong Azizi jek.
Monday, 4 March 2013
REVISE DAY REMAINING
Nampaknya kena revise calculation ini sebab MM kata salah. OK mari kita kira sama-sama;
hari ini 4 March 2013 so lagi 27 hari nak habiskan bulan ini,
bulan April pulak MM inform Jumaat 12 April 2013 last day,
hence 27 + 12 = 39 days remaining.
Semalam Family Day kita, Azizi, DD dan MM tunggu Azizi bangun saja hari semalam tak nak kejut Azizi. Bila Azizi bangun macam biasa jerit nama MM and DD, pastu DD jerit balik suruh bangun dan datang depan. Terus Azizi berlari mencari MM.
Oleh sebab MM dan DD dah lapar nak breakfast, kami dah siap awal so tunggu Azizi bangun jek so bila dah bangun nak pakaikan kasut untuk keluar terus Azizi berlari masuk bilik. Mintak tukarkan baju yang biasa pakai kalau jalan-jalan. Oklah ini baru pertama kali Azizi berbuat begitu so terdetik dalam hati DD yang Azizi dan semakin faham. Hehehe DD berjaya pujuk Azizi pakai baju jumper which Azizi memang dah lama tak nak pakai. Tapi bila dah pakai tu Azizi rasa pelik sebab rasa macam tak pakai seluar so amillah seluar pendek pakaikan.
Hari ini kita makan di kedai mamak Presint 15. Azizi makan roti telur dan MM siap-siap potong kecil-kecil. Azizi memang suka makan sambil cicah kuah dal. Makan sendiri.
Satu lagi yang berbeza hari semalam Azizi buat ialah bila masuk dalam kereta Azizi ambil botol air mineral dan bukak penutupnya lepas tu minum. Alamak tak pernah ajar so mesti Azizi belajar dari pengamatan MM dan DD buat. Azizi siap pandai control air yang Azizi nak minum tu.
Perkara paling sedih apabila petang itu DD dan MM terpaksa tinggalkan Azizi kat rumah nenek. DD cuma hantar MM ke Stesyen Minyak Petronas (Azizi panggil boboi shop) sebelah LLM. Masa hendak keluar itu Azizi meraung menangis sebab tahu hendak kena tinggal.
Maafkan DD dan MM tapi kami terpaksa, jika diberi pilihan memang MM dan DD nak sentiasa Azizi bersama kami. Lepas hantar MM tu DD balik semula rumah nenek.
Entah jam berapa Azizi tidur sebab jam 12.15 malam Azizi masih belum tidur sebab mintak susu, akhirnya lepas buat susu bagi Azizi yang tidur DD. Bila tersedar jam 3.30pagi sebab Azizi menangis so DD bangun tutup TV dan buat susu untuk Azizi.
Pagi tadi sebelum DD keluar kerja DD cium Azizi, emmm Azizi senyum. Sedih jugak rasa DD..
Azizi doakan MM selesaikan krusus dia dengan jayanya yek.
Thursday, 28 February 2013
ANNIVERSARY AKI & NENEK
Monday, 25 February 2013
LAGI 49 HARI MM NAK GRADUATE DPA
Hari ini MM start module international relation dia. Malam tadi DD hantar MM ke INTAN Bkt Kiara. Setelah lebih kurang 2 minggu MM ada di Putrajaya dan kita duduk di rumah kita di Putrajaya, semalam kita bermukim semula di rumah nenek di Semenyih.
Marah sungguh Azizi bila kena tinggal sebab DD nak hantar MM ke INTAN Bkt Kiara. Sabar yek Azizi tak lama dah lagi 49 hari MM nak habiskan DPA dia.
Tuesday, 29 January 2013
BIRTHDAY DD, AZIZI KENA TINGGAL
Sabtu lepas, tanggal 26 Januari merupakan hari istimewa buat DD dan nenek. Sebab apa sebab tarikh birthday DD. MM masih busy dengan latihan dia, kali ni padahalnya tidaklah jauh mana pun setakat di Bangi sahaja.
Sayu rasa DD bila semenjak kahwin, inilah pertama kali DD sambut birthday tanpa MM. Walalupun selama ini tidak lah sambut grand pun setakat keluar bersama dan makan bersama-sama sahaja pun. Apabila sudah jam 7malam barulah MM message DD masa itu inform MM dapat pelepasan dari jam 2000hrs hingga 2330hrs.
Maaf DD tinggalkan Azizi dan memang Azizi menangis melihat DD pergi tapi apa nak buat kalau bawak Azizi nanti Azizi menangis jugak sebab sekejap sangant jumpa MM.
Ini pesanan dari MM;
Copy from FB MM |
Subscribe to:
Posts (Atom)