Monday 4 March 2013

REVISE DAY REMAINING

Nampaknya kena revise calculation ini sebab MM kata salah. OK mari kita kira sama-sama;
hari ini 4 March 2013 so lagi 27 hari nak habiskan bulan ini,
bulan April pulak MM inform Jumaat 12 April 2013 last day,
hence 27 + 12 = 39 days remaining.

Semalam Family Day kita, Azizi, DD dan MM tunggu Azizi bangun saja hari semalam tak nak kejut Azizi. Bila Azizi bangun macam biasa jerit nama MM and DD, pastu DD jerit balik suruh bangun dan datang depan. Terus Azizi berlari mencari MM.

Oleh sebab MM dan DD dah lapar nak breakfast, kami dah siap awal so tunggu Azizi bangun jek so bila dah bangun nak pakaikan kasut untuk keluar terus Azizi berlari masuk bilik. Mintak tukarkan baju yang biasa pakai kalau jalan-jalan. Oklah ini baru pertama kali Azizi berbuat begitu so terdetik dalam hati DD yang Azizi dan semakin faham. Hehehe DD berjaya pujuk Azizi pakai baju jumper which Azizi memang dah lama tak nak pakai. Tapi bila dah pakai tu Azizi rasa pelik sebab rasa macam tak pakai seluar so amillah seluar pendek pakaikan.

Hari ini kita makan di kedai mamak Presint 15. Azizi makan roti telur dan MM siap-siap potong kecil-kecil. Azizi memang suka makan sambil cicah kuah dal. Makan sendiri. 

Satu lagi yang berbeza hari semalam Azizi buat ialah bila masuk dalam kereta Azizi ambil botol air mineral dan bukak penutupnya lepas tu minum. Alamak tak pernah ajar so mesti Azizi belajar dari pengamatan MM dan DD buat. Azizi siap pandai control air yang Azizi nak minum tu.

Perkara paling sedih apabila petang itu DD dan MM terpaksa tinggalkan Azizi kat rumah nenek. DD cuma hantar MM ke Stesyen Minyak Petronas (Azizi panggil boboi shop) sebelah LLM. Masa hendak keluar itu Azizi meraung menangis sebab tahu hendak kena tinggal. 

Maafkan DD dan MM tapi kami terpaksa, jika diberi pilihan memang MM dan DD nak sentiasa Azizi bersama kami. Lepas hantar MM tu DD balik semula rumah nenek.

Entah jam berapa Azizi tidur sebab jam 12.15 malam Azizi masih belum tidur sebab mintak susu, akhirnya lepas buat susu bagi Azizi  yang tidur DD. Bila tersedar jam 3.30pagi sebab Azizi menangis so DD bangun tutup TV dan buat susu untuk Azizi.

Pagi tadi sebelum DD keluar kerja DD cium Azizi, emmm Azizi senyum. Sedih jugak rasa DD..


Azizi doakan MM selesaikan krusus dia dengan jayanya yek.