Tuesday 29 January 2013

BIRTHDAY DD, AZIZI KENA TINGGAL

Sabtu lepas, tanggal 26 Januari merupakan hari istimewa buat DD dan nenek. Sebab apa sebab tarikh birthday DD. MM masih busy dengan latihan dia, kali ni padahalnya tidaklah jauh mana pun setakat di Bangi sahaja.

Sayu rasa DD bila semenjak kahwin, inilah pertama kali DD sambut birthday tanpa MM. Walalupun selama ini tidak lah sambut grand pun setakat keluar bersama dan makan bersama-sama sahaja pun. Apabila sudah jam 7malam barulah MM message DD masa itu inform MM dapat pelepasan dari jam 2000hrs hingga 2330hrs.

Maaf DD tinggalkan Azizi dan memang Azizi menangis melihat DD pergi tapi apa nak buat kalau bawak Azizi nanti Azizi menangis jugak sebab sekejap sangant jumpa MM.

Ini pesanan dari MM;

Copy from FB MM

Thursday 17 January 2013

TONSILLITIS & VOLTOREN

Azizi demam kerana TONSILLITIS lagi. Pada hari Ahad yang lalu seperti biasa Azizi kena tinggal dengan MM yang meneruskan krusus dia. Kali ini agak berbeza sebab DD ada di rumah. Alhamdulillah Azizi tidak menangis, tenang sahaja. Mungkin Azizi sudah redha. Apa yang DD perasan jugak sekarang Azizi semakin rapat dengan DD compare dengan MM. 
Usai masuk ke dalam rumah selepas bye bye MM Azizi main permainan Azizi seperti biasa. Selepas beberapa ketika DD nampak perubahan pada raut wajah Azizi termasuk mulut. Apabila DD rasa badan Azizi sudah agak panas. Pantas DD ambil thermometer untuk mengambil suhu Azizi. Ternyata suhu Azizi ketika itu 37.6 darjah celcius. DD pujuk & paksa Azizi makan ubat. Berjaya masuk walaupun ada yang Azizi sempat muntahkan. Semenjak awal October 2012 baru sekarang Azizi demam alhamdulillah kalau dulu setiap bulan demam.

Selepas itu Azizi tidur lebih kurang jam 12.30am. Lebih kurang jam 4 pagi DD terjaga sebab Azizi menangis hendak susu apabila DD rasa badan Azizi ternyata semakin panas, ambil suhu masyaAllah sudah semakin panas iaitu 39.6 darjah celcius. Dengan pantas DD ambil voltoren untuk masuk ke dalam bontot Azizi. Kerana kecuaian DD rupanya yang DD masukkan ialah paracetamol maksudnya ubat demam. Wah kali pertama nak masukkan ke dalam bontot pun Azizi dah mengamuk second time lagi marahlah. Nasib atuk turun membantu maka masuklah voltoren ke dalam bontot Azizi. Selepas DD pujuk Azizi sambung tidur lebih kurang jam 5 pagi. Oleh kerana DD hendak ke PD pagi itu untuk kerja DD makanya terus bersiap.

Sepanjang hari Isnin itu di PD merupakan waktu-waktu menyiksakan kerana mengenangkan Azizi, bila DD follow up nampaknya panas Azizi masih tidak menentu iaitu turun selepas masukkan voltoren dan naik semula selepas 4/5 jam. Walaupun DD dapat bilik di PD, demi untuk Azizi DD pulang semula ke rumah malam itu.

Azizi tidur awal malam itu iaitu jam 11.30 malam, sekali lagi jam 3.30pagi Azizi merengek dan bila DD check suhu Azizi nampaknya 39.7 darjah celcius. Terus DD masukkan sendiri voltoren ke dalam bontot Azizi, DD berjaya buat seorang diri. Helahnya buatkan susu bagi Azizi minum. DD bukak pampers nak tukar dan terus masukkan voltoren ke dalam bontot Azizi. Nampaknya memang kena bawak jumpa Dr paginya nanti.

DD bawak Azizi jumpa Dr. Afifah sambil di temani nenek dan kakak. Sampai Kajang Plaza Medical Centre, dah Azizi buat perangi tak kasi DD duduk menunggu Dr, kenalah berdiri sementara menunggu Dr. masuk. Lebih kurang 20 minit jugak menunggu.

Apabila Dr. check, memang confirm TONSILLITIS. So Dr. bagi ubat demam dan pesan suruh bagi Azizi minum air juice buah-buah banyak dan bagi vitamin C. Antibiotik is no no. Sebab itu DD suka bawak Azizi jumpa Dr. Afifah sebab pada dia antibiotik ialah penyelesaian kemudian. Pulang itu hantar Azizi balik rumah kemudiannya DD ke PD semula.

Peringatan untuk DD dan MM ialah,
1. Make sure Azizi selalu makan air juice bush
2. Make sure Azizi makan vitamin C.

Thursday 10 January 2013

AZIZI PANDAI MASSAGE


Azizi tetiba mintak tukar baju apabila dd masuk dalam rumah katanya baju dia yang warna biru belang tu basah. Layan kan ajelah...

Dengan selamba nya masukkan "cat" dalam "lorry" .....gembira tunjuk kat dd kejayaan dia masukkan....

Ini berlaku last week, Azizi massage dd...

Tuesday 8 January 2013

PAHANG TEWASKAN ALL STAR JOHOR DARUL TAKZIM

TAHNIAH kepada team PAHANG DARUL MAKMUR (PDM) kerana menewaskan JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) 3-2 walaupun pada Separuh masa pertama PDM ketinggalan 2-0.

Tuesday 1 January 2013

AZIZI BALIK PUTRAJAYA

AZIZI BALIK PUTRAJAYA tengah hari tadi. Setelah di fikirkan untuk kebaikan Azizi dan DD adalah lebih baik sementara DD tidak out station / offshore kita duduk di rumah kita di Putrajaya.

Apabila pulang ke rumah sendiri Azizi terus melepak tenguk rancangan cartoon kegemaran Azizi. Tengok tu terbaring sambil minum susu dan menonton IN THE NIGHT GARDEN.
Apa yang menghairankan DD ada ketikanya sedang Aizi khusyuk menonton tetiba Azizi berpaling ke arah DD dan bertanya MM? Setiap kaliitulah DD menjawab MM work.  Pastu tanya DD? Dah tentu DD depan mata so DD pun jawablah esok DD Work. Pastu Azizi tanya balik MM? dan DD masih bagi jawapan yang sama MM Work.
Mungkin psychology bebudak suka bertanya banyak kali.