Monday 19 July 2010

Buasir @ hemorrhoid





Hari nie aku tak kerja, pagi tadi lepas hantar Alia ke office dia aku memecut ke MEX, bukan pasal apa...perut aku meragam....
Nampak hentian terus masuk nak melepaskan hajat...elok aku parking Alia call cakap ada spot blood..emmm ok taka pa kejap lagi aku patah balik bawak dia ke klinik...yg penting nak lepas hajat dulu.
Sambil melepas hajat aku sms boss aku request EL...ok jawabnya..pendek tapi cukup untuk aku...usai...terus aku memecut untuk mencari jalan nak U-turn...wah terdekat di Bukit Jalil.
Sampai di office Alia, alamak banyak sangat klinik nak kena pilih yang mana satu.. oleh kerana daripada penjelasan Alia kami tahu blood tu kerana buasir (hemorrhoid). Satu muka surat Alia print list klinik yang accept ING...emm sebab kami dah biasa dulu dengan Dr Marisa so kami pilih Klinik Dr Marisa dan Rakan-Rakan (sebab kami dulu duduk di Cyberjaya dan terima rawatan di Klinik Dr Marisa di Dengkil). Klinik di Putrajaya terletak di Presint 3, sebelah CIMB belakang Maybank, Lot 10.
Dr yang merawat Alia bagi dia MC 1 hari, nak balik Semenyih ikut notis TNB tiada bekalan elektrik sehingga jam 4 ptg so kami balik Tmn Desa.

Tuesday 13 July 2010

Tol Sesak di Lebuhraya MEX (Maju Expressway)


Setiap hari aku memandu selepas menghantar Alia di Putrajaya, ke Kuala Lumpur menggunakanLebuhraya MEX (Maju Expressway). Setiap hari jugak apabila sampai di Tol Salak Selatan aku jadi bengang....sebabnya aku ada SMART TAG tapi beratur lebih panjang daripada mereka yang menggunakan kad Touch & Go jek sebabnya mereka ada 3 lane manakala SMART TAG cuma ada selorong.


Gambo Tol Salak Selatan sekadar hiasan
Cadangan aku:
Adakan 2 lorong untuk SMART TAG dan 2 lorong TOUCH & GO...sebab walaupun lorong SMART TAG tapi masih ada panel utk kad touch & go so mereka yg ada kad touch & go still boleh guna lane SMART TAG.

Pesan VC UM



Five criteria to be an excellent student.

1. Hardworking
2. Courage
3. Ethical
4. Caring
5. Innovative

"Work hard as if you were to live a thousand years, and work hard to be the best human being as if you were to depart tomorrow" - Ghauth Jasmon.

Monday 12 July 2010

Isnin


Hari ini Department Quarterly meeting. Hari kami dimulakan dengan bersolat sunat Duha di Surau aras 2T KLCC.
Usai solat kami semua menuju ke bilik mensyuarat tingkat 11..aku lihat agenda for today...mak oiii...sehari suntuk nesyuarat...SM aku opening speech bagi motivasi “impossible but possible” ala Spain, quote by our CEO sampai naik muak aku dengar.
Aku tak nafikan been negative, mindset kita juga akan tertutup dan kita tak ada idea-idea di luar kotak..always think out of the box....cakap memang senang nak buat sendiri mau ingat..lu fikirlah sendiri.
Tak habis2 nak cari strategy untuk recovery and archive 1st line KPI iaitu revenue...RM382M bukan sedikit tu...aku jek kena dapat RM 42M. Ada break up session...sesi mengkilatkan otak...dapat pulak pemudahcara manager yg selama hidupnya bekerja dengan ******** tapi suruh berfikir cam mana anggap bukan kerja dengan ********. Emmmm ko faham ke cara kerja contractor / supplier luar..???
I would say kami nie kurang buat marketing + market intelligent yang sangat lemah. keje konon2 dengan “tuan tanah kedaung” bak kata stem, tak pernah nak ambil tahu apa nak jadi sekeliling..aku sendiri pun tak up to date / aware dengan project upstream...cam mana tu...
Aku harap idea-idea yang telah dikeluarkan dan kelemahan yang sangat ketara tu dapat di ambilkira dan ada susulan dengan sebaik dan secepat mungkin.

Thursday 8 July 2010

Migraine + High Blood Pressure



Selasa
Hari ini aku terasa pening di pagi hari. Aku telan 2 biji caffox..seterusnya aku gagahkan diri naik ke blik penilaian..pening aku langsung tidak berkurangan...Shahril teman ku manasihatkan aku membaca Surah Al Jin ayat 1-5...sambil itu dia memicit bahu dan tengkuk aku...masa ini aku terasa amat sakit di bahagian tengkuk..
Jam 4 petang aku turun ke office kerana ada discussions....kepala masih sakit...jam 5 ada majlis farewell utk budak-budak intern fuhh..nampaknya kepala aku masih berdenyut....cabut..cepat balik takut aku tak larat nak amik Alia pulak...
Lepas dinner d Putrajaya terus balik...aku terasa macam makin sakit pulak...sampai rumah..wassalam...
Rabu
Pagi aku terasa macam pening..tapi aku cakap kat diri aku...perasaan aku jek.. Aku masuk meeting kul 10 aku meeting HSE Committee...nasib baik meeting kali ni cuma mengambil masa sejam sahaja..lepas meeting aku bergegas ke Twin Tower Medical Centre macam biasa jumpa Dr Ferial Khaled Amar...dia amik 3 kali blood pressure aku..heran jugak aku...1st time macam nie...sekali dia pandang aku cakap 140/100 mak oiii.....hebat nie...patutlah....balik rumah terus...sekali dalam kete nak muntah pulak..nak berhenti macam leceh pulak sebab aku dah terasa sakit sangat kepala...dalam trowong SMART tu aku terpaksa tutup mulut untuk paksa aku tak muntah sebab aku dah rasa muntah tu kat tekak aku jek any time...


Aku sempat sampai kat rumah...muntah habis semua yang aku makan dari pagi...pedihnya perut aku...aduss...dah muntah bagai nak rak pun kepala tak kurang sakit...biasanya lepas muntah lega sikit...aku makan apple hijau sebab ada kawan aku cakap makan apple hijau leh kurangkan migraine..dan sebelum nie pun terbukti berkesan..lepas makan aku makan imigran pulak...masuk bilik belakang sebab gelap...baring untuk tidokan diri..kepala sangat sakit tak mampu untuk tido...aduhh.. tak pernah pulak sesakit ini...dan yang paling hebat biasanya aku sakit sebelah kanan dan hari ini aku sakit sebelah kiri...
Bangun muntah lagi...sure apple dan ubat imigran aku selamat masuk magkuk tandas...biarlah...aku makan sebijik lagi imigran dengan air zam-zam yang masih berbaki...aku masuk bilik sekali lagi dan kali ini aku berjaya tido...jam 4.45 aku tersedar dari tido...ohh masa untuk ambil Alia...kepala masih berdenyut..
Aku berjaya ambil Alia dan balik ke rumah dengan selamatnya..lepas makan sedikit nasi dan imigran lagi...aku tido...
Khamis
Lepas solat Subuh aku masih terasa sakit, Alia bimbangkan kesihatan aku. Oklah aku bertekat jumpa Dr lagi sebab aku masih terasa pening...lepas hantar Alia aku ke Klinik Dinamik di Semenyih, klinik yg dah kami percayai...ambil BP aku..kali ini 135/75...naik sikit Dr cakap..aku pun ckp smlm 140/100...Dr Tanya pasal cholesterol aku...baru few month a go so far ok...
Dr bg MC suruh rehat..lupakan hal kerja...mana boleh...petang td officemate call suruh update pasal 2 PSC akhh...hidup memang begitu kan...selagi tak padam sure kena ingat kerja....
Hopefully high BP ini hanya sementara...kalau tidak..

Tuesday 6 July 2010

Tanggungjawab vs Pengorbanan


Sekarang kami keluar rumah awal pagi, sebelum 6.30 sudah berada di jalanraya. Perjalanan dari Tmn Desa ke Putrajaya, Block B mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit. Sebelum pukul 7 pagi kami sudah sampai di office Alia. Aku sebenarnya kasihan dengan Ali, sure dia akan sentiasa jadi orang yang sampai paling awal di office dan orang yang terakhir yang keluar dari office.

Waktu petang, masa rasmi office aku tamat 5.30 ptg, tp agak sukar untuk dapat balik pada masanya. Ada sahaja yang akan menyebabkan aku keluar lewat. Paling teruk aku pernah sampai di office Alia hampir jam 9 malam. Inilah pengorbanan isteri yang sangat aku hargai…kasihan Alia, aku sure dia lebih selesa untuk pulang awal dan sampai rumah awal untuk berehat.

Sampai bila Alia harus berkorban untuk aku???

Sunday 4 July 2010

Aku Tewas

AKU TEWAS...dulu aku yang ada blog...menulis catatan harian aku dan tempat aku melepaskan geram or pendapat aku...

Lama kemudian baru alia start dengan blog dia eliyazz ...nampaknya sekarang setelah kami check ikut meter nuffnang, eliyazz dengan tekun dan dedikasi nya memotong blog aku..dulu eliyazz selalu complain kenapa tak ramai singgah blog dia...wah sekarang tidak lagi...TAHNIAH...

Rumah

Aku sedang sesak nafas nie mencari rumah terdekat dengan Putrajaya..maklumlah Alia tak boleh memandu dan aku kena hantar dan ambil dia..aku tak complain pasal kena ambil dan hantar cuma aku risau sebab aku selalunya kena balik lambat...dibuatnya aku kena balik kul 12 malam cam mana lah...bukan tak pernah..dah pernah...

Alia buat backup plan..kalau aku lewat ambil dia, dia akan melepak rumah batch PTD dia..kasihan aku dengan Alia...dengan mengandung nya lagi...tak di nafikan...aku tengok perut Alia lebih besar compare org lain...aku kasihan...aku tak berdaya....akhh lemah sungguh aku...

Harap kami akan dapat rumah dengan segera...last Thursday, Alia dapat email dari BPH offer apartment....oklah aku cakap kat Alia...accept jelah ..better dapat then melopong....

Sekadar hiasan, belum dapat..

Aku...mengapa aku buat keputusan itu..

Kekadang ada benda aku nak menulis tapi sering kali aku malas...setiap kali teringat banyak paper work untuk dapat kelulusan...hidup aku jadi kurang seronok dan kurang kegembiraan..

Aku akur..aku bukan yang betah hanya duduk di pejabat..membuat pelbagai paper..TER..TCEAR. belum masuk MIS utk dapat pelbagai kelulusan...aku bosan!!!

Nasihat aku kepada teman-teman yang membaca..janganlah hanya kerana reputasi company ..kita senang-senang terma pekerjaan...aku akui semuanya salah aku sebab tak study dulu..aku gelojoh menerima tawaran hanya kerana syarikat induk berada dalam fortune 500...

Sudah banyak cara aku cuba untuk menyertai anak syarikat lain...walaupun pihak di sebelah sana sedia menerima tapi sebelah sini masih tidak melepaskan...aku bukan pekerja yang baik untuk sebelah sini pun..banyak kelemahan aku.....tapi mengapa masih tidak mahu melepaskan aku....

Dulu aku kurang MC tapi sekarang sebulan sampai 4 hari aku MC...bila SM aku cakap pada umur aku dulu dia pernah tumbang kerana stress aku terkedu...semua apa yg dia alami sebelum dia tumbang sedang aku alami...dulu aku hairan kenapa orang stress bekerja, sekarang baru aku faham..aku risau...aku mesti kuat..anak sulong aku insyaAllah akan tiba tidak lama lagi....

Bukan tidak belajar bersyukur...aku sangat bersyukur...banyak company nie telah beri kepada aku...telah merelisasikan banyak harapan aku...dapat naik flight 1st class, perbelanjaan perubatan Alia yang sudah melampaui lebih dari RM15K..aku sedar..aku bersyukur...tapi dalam hidup aku perlukan perubahan..dan hijrah...

Aku harus kuat berusaha...mengubah, berubah dan berhijrah....perasaan aku takut dan kuat menyayangi syarikat ulung ni harus aku singkirkan..bukan untuk sesiapa tetapi untuk keluarga aku...

Last nasihat aku...tanya hati, kerja nie betul2 memenuh hati dan kehendak ke...walau tak 100% at least kita suka dengan kerja itu...jangan cuba untuk menyukai...sudah 23 bulan untuk aku belajar menyukai..ternyata aku gagal...aku kah 100% yang gagal...emm mungkin 80% salah aku..tapi aku ada 4 dari 6 SM aku yg resign awal dari tarikh bersara....adakah suasana sekeliling di pejabat juga mempengaruhi aku....

... Ya Allah kuatkan aku...berilah kekuantan, bantuan Mu kepadaku...