Wednesday 24 February 2010

Sharing Pun Salah ke?

Bertuah sebab member gua kat office tak dapat pergi training. Gua “terpilih” untuk menggangtinya. Amat jarang boss gua pilih gua untuk mengganti orang pergi training. Apapun gua tau boss gua nak kasi gua “relax” cket...sebab last Monday gua migraine.

Training dua hari jek iaitu 23 dan 24 Februari 2010 kat PERMATA, Bangi. Subject Contract Management. Training nie bagus jugak sebab adalah gua dah handle beberapa contract main hentam ikut jek apa orang lama kat off gua practise tapi gua sure practise tu tak lari dari aspirasi dan guideline company gua keje ni.

Topic cover; start of contract, during the lifetime of contract and end of contract..rasanya yang menarik hati gua antaranya: Change Order, Contract Performance Assessment, PROC Form, CPRC & Contract Close out report. Kebanyakan benda nie gua belum experience lagi.

Bila dalam training yang mana gua ada experience gua akan share jugak sebab dengan harapan orang lain dalam kelas akan komen apa practise gua dan compare dengan practise OPUs mereka. Sharing nie sangat bagus sebab gua akan lebih senang faham dan gua rasa orang lain jugak akan mudah faham sebab kita relate teori yang diajar dengan real kes. Nampaknya dalam kelas kali ni tak ramai yang nak berkongsi dan mungkin gua banyak sangat sharing ada jugak orang lain dalam kelas yang tak berapa nak seronok. Gua terperasan dengan body language dan “bunyi-bunyian” yang dia keluarkan. Gua share bukan gua nak tunjuk gua terer, apalah sangat pengalaman gua yang baru setahun 6 bulan dalam company sekarang compare dengan mereka. Gua sedar tu tapi niat gua nak share dengan harapan orang lain jugak akan bagi komen membina dan compare dengan dengan practice orang lian. At least gua tak syok sendiri at office buat something yang salah pulak kan.

Oklah ada juga si Sab & Akma dari plant operation yang banyak share macam mana mereka handle service contract di plant environment which gua memang tak tahu sebab gua tak berpeluang nak buat. Apa yang gua buat semuanya material contract dalam upstream project environment. Azman jugak best sebab share apa Strategic Sourcing buat dan share LTSA dan GFA. Ilmu yang amat berguna buat gua sebab info-info semua nie susah nak dapat.

Gua nak ingatkan diri gua supaya jangan jadi bodoh sombong. Share apa yang kita tahu dan appreciate apa yang orang lain share dengan kita sbb kita sentiasa boleh belajar sesuatu dari orang lain.

Alhamdulillah gua dan group gua dapat petrol voucher walaupun nilai tak sebesar mana + gua dapat individual punya so 2 petrol vouchers ...

Monday 22 February 2010

PETRONAS New Website

Sekarang website korporat terbaru PETRONAS ialah :





Thursday 18 February 2010

Ibu Mengandung Mengidam

Alia genap 11 minggu mengandung pada Isnin lepas (kalau ikut perkiraan kami....rasanya tak jauh beza dengan Dr Hamid Arshad).

Alhamdulillah so far semuanya sihat dan selamat. Cuma hari Jumaat last week, dah sudah makan nasi ayam Hainan kat Tmn Melawati dalam on the way balik dia cakap dia nampak gula-gula lolypop dan teringin nak makan...

Emmm untuk memudahkan dan sure dapat lolypop yang Alia nak tu gua pun repeat makan nasi ayam Hainan Taman Melawati so dapatlah Alia beli lolypop yang dia teringin nak makan tu..beli bukan satu tapi lima...ada empat je dalam gambo sebab satu dah selamat...


lolypop

Wednesday 17 February 2010

Birthday

Hari Khamis, 11 Februari 2010 sehari sebelum gua cuti panjang, geng2 kat opis anjur birthday calebration utk Januari dan Februari.

Gua, Nurul, Hj Ali dan Azrul yang sambut dalam bulan Januari. Menariknya Azrul dan Hj Ali menyambut birthday pada hari yang sama iaitu 9 Februari.

Ada Cheese Kek dan Nasi Ayam...oklah tukan. TQ all for the Cake dan Tq Hj Zul for Nasi Ayam.


Sibuk menyediakan Kek utk dipotong hehehe




Gua Bangga

Apa yang gua bangga dengan gambar bawah nie yang gua dapat dari Web Mercedes F1 team..korang tengok je lah besar tu logo PETRONAS dan paling membanggakan nama MALAYSIA turut pun ada jugak. Secara tidak langsung nama MALAYSIA turut sama dipromosi kan...

Photo from http://www.mercedes-gp.com





Monday 8 February 2010

Kudos to YB Zulkifli Nordin

Gua memang respect sama YB nie..


Image taken from The Malaysian Insider


Wednesday 3 February 2010

Alhamdulillah Azam Tahun Baru Dimakbulkan

Besarnya nikmat Allah bagi kat gua. Allah makbulkan doa gua, Alhamdulillah. Gua selalu jawab soalan org "Dah order tapi belum sampai" bila orang tanya berapa orang anak?...

Pada Hari Wilayah, Alia genap 9 minggu mengandung. Dalam masa ini sudah 2 kali Alia "bleeding" fuh cemas sungguh. Masa 1st time tu nasib Alia call on time lambat cket sure gua dah masuk bilik evaluation dan kalau gua dah msuk mobile phone kena tinggal kat luar. Moral of the story kena sediakan emergency no untuk Alia contact in case tak dapat directly contact gua.

Gua lupa nak salin no driver teksi yang bawak gua, dia memang sporting bawak laju selepas gua ensure dia kalau kena saman gua bayar padahal kalau dia kena saman ekor cam mana gua nak bayar. Apapun tq bro kerana memahami perasaan gua ketika itu.

Fuh sambung lagi nanti...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.