Monday 24 September 2007

Jom Ke Bandung


Ini lah Air Port Husein Sastranegara..."BANDARA BANDUNG". Kami naik Air Asia pesawat AK 966 berlepas dari LCCT pukul 9.05 pagi...2 jam atas udara...mendarat di Bandung jam 10.10 WIB (Waktu Indonesia Barat-satu jam lewat daripada Malaysia).

Bertolak pada hari Khamis, 20 September 2007 dan pulang hari Ahad, 23 September 2007.
Memandangkan kami pergi dalam bulan Ramadhan maka berpeluanglah kami berbuka puasa dengan masakan SUNDA. Seperti biasa amik lauk macam-macam...ikan gurami goreng wajib ada...sup bontot goreng jugak.

So inilah tempat kami berbuka puasa pada hari pertama kami di Bandung, RM WIBISANA. So ini gambar anggota rombongan dari Malaysia. Zaizuraliza dan suami Azril serta Zaha dan isteri Hanisah. Memandangkan Zaha baru berkahwin so kira honeymoon lah nie...Oleh sebab kawan-kawan nak bawak wife masing-masing, kami decide naik AIR ASIA.

Mamat yang sebelah aku pulak tu Hepy dari P.T Sulzer Hickham. Ini lah tujuan utama kami ke Bandung, BUTTON TEST. Buat test nie di Institute Technology Bandung (ITB).



Akhirnya...aku sampai gak aku tempat nie...gunung berapi...tujuan utama aku ke sini nak beli something yang wife aku kirim dari pertama kali aku ke Bandung...akhirnya...

Cantik...tak panas walaupun cuaca terik...tapi bau sulfur kuat gila....


He..he...banyak gila orang yang nak menjual..."PAK MARI BELI PAK...3 SEPULUOH RINGGIT"...


Ini tempat kami berbuka puasa hari yang ke dua....tempat ini atas bukit so boleh nampak permandangan Bandung waktu mlm dari tempat nie...aku lupa lak apa nama tempat nie...

Macam tau je...aku order black paper steak .....bila hantar ada bendera Malaysia.


Bekas nie...Marlon kasi....buat buah tangan..

Ada biscuit utk hari raya rupanya.....



Abang nie sedang berusaha buka tangkai untuk masukkan kesemuanya ke dalam beg...depan receptionist Hyatt Regency Bandung...selamba je lah...

So mereka semua nie yang membantu selama kami di Bandung...TQ Pak Andi and team.



Inilah kalau datang Bandung memang kena bawak beg lebih....abang nie datang dua beg..balik 3 beg...

Hari untuk pulang....

423 JLN PENGGAWA TIMUR, TEBRAU


Aku banyak kali lalu Jalan Tebrau daripada Johor Bahru ke Pasir Gudang. Setiap kali aku out station ke Pasir Gudang, pasti aku melalui kawan perumahan ini. Setiap kali jugaklah kenangan lama aku terimbau. Kawasan perumahan ini di hadapan kem tentera dan sebelum persimpangan Kota Tinggi - Pasir Gudang.

Aku tak ingat bila aku pindah sini tapi kalau tak silap ketika aku berumur 3 tahun (1979). Ayahku ketika itu berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. Rumah ini cuma ada 2 bilik,satu bilik air dan satu ruang tamu. Aku sangat teruja apabila dapat kembali ke rumah ini setelah 24 tahun meninggalkannya.



Aku pun tak tau nak cakap bagaimana, gembira pun ada, sedih pun ada. Rumah ini masih utuh, kerana kawasan berhampiran masih di duduki cuma rumah aku ini mungkin telah lama ditinggalkan maka ia agak uzur.

Mereka yang masih menetap di sini pun terkejut apabila aku bagi tahu aku pernah tinggal di sini. Menurut cerita mereka, selepas hari raya ini, seluruh kawasan ini akan dirobohkan dan akan didirikan dengan perumahan baru. Aku kira sangat beruntung kerana masih sempat bergambar sebelum dirobohkan.



Dahulu di hadapan ini merupakan kawasan bersimen, ada pokok tempat aku memanjat setiap petang, tapi sekarang semua telah tiada.


Ini tempat aku makan mee setiap hari ....zaman kanak2...zaman pra-sekolah. tadika KEMAS inilah aku mengenal A,B,C.....jugak 1,2,3....Bangunan nya masih cantik...nama teman2 disini yang masih aku ingat Shahrizal...Khairul Khalid....ish itu je ke...maklumlah masatu umur 6 tahun...aku jalan kaki je ke Tabika ini daripada rumah aku.

Aku puas kerana dapat bergambar di sini..puas dapat mengimbau kenangan lama di sini...

31 OGOS 2007-HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA & HAPPY BIRTHDAY SAYANG

31 Ogos 2007 merupakan tarikh penting untuk Malaysia kerana menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50 tahun. Banyak orang mempersoalkan 'BENARKAH' kita sudah merdeka.

Pada aku terpulang kepada tafsiran masing-masing. Aku masih belum merdeka kerana:
1. Aku belum habis bayar hutang PTPTN
2. Aku belum habis bayar hutang kereta
3. Aku belum beli rumah
4. Aku masih "MAKAN GAJI"

Apapun 31 Ogos 2007 merupakan sambutan ulang tahun isteri kesayangan aku yang ke 25 tahun. Happy Birthday sayang....


*gambar dikeluarkan sebab Alia pakai tudung sekarang*

Seperti biasa, siapa sahaja yang menyambut harijadi di rumah ni, mesti 2 orang mamat nie yang paling sibuk. Nain (baju merah) dan Fadli (baju putih) adalah anak kakak ipar aku. Ok jugaklah dapat memeriahkan majlis....

PESANAN BUAT ISTERI
....jadilah isteri yang solehah.....

PERTANYAAN BUAT ISTERI
.....bila nak tunaikan janji....

JANJI BUAT ISTERI
...nanti yek beli hadiah....