Sunday 27 May 2007

Majlis Persandingan

Majlis Persandingan telah berlangsung pada 27 Mei 2007 bertempat di rumah perempuan di Taman Pelangi Semenyih. Pihak rombongan lelaki telah bersanggah di rumah Mak Ngah (Ibu Saudara pengantin perempuan). Bila semua dah ready, semua dikehendaki berkumpul di luar. Masuk barisan katanya.....Perarakan diiringi oleh pasukan kompang...

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang

Apabila hampir sampai ke rumah pengantin perempuan kami diminta berhenti dan menanti pengantin perempuan untuk turut serta. Pengantin perempuan diiringi oleh pengapitnya, Nor dan Akam memegang payung.


*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Ok semua dah ready, dari kiri pengapit lelaki si Pian, aku, isteri dan nor...terima kasih kepada pemegang bunga manggar.



Ok maka bersandinglah kami di pelamin di dalam rumah. Aku suka pelamin ni sebab simple. Actually pelamin ni menurut kata Kak Laili (Mak Andam) adalah pelamin standard yg mana mereka boleh membeli pelamin ini, aku rasa ramai yang mengguakan pelamin ini. Tak apalah janji aku dan isteri aku suka dengan pelamin ini.


*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Majlis seterusnya ialah makan beradap. Katering ni sangat bagus sebab semua makanan yang ada atas meja utama nie di masak di sini..masudnya fresh lagi...udang tu pun baru goreng...Si Pian yo oooo je lab pipi aku..peluh banyak katanya...

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Seterusnya, mari potong kek...kek 3 tingkat. Oklah mana nak mampu kek yg bertingkat-tingkat. Ini pun aku rasa dah orait dah nie...kenapa warna hijau...kami nak warna biri tapi kakak isteri aku dah amik warna tu...pastu ada beberapa warna lain dah dipakai oleh sepupu-sepupu isteri aku so kami decide untuk pakai warna nie...pada aku warna nie ok...orang lain punya pendapat aku tak peduli janji aku suka...dah tentu aku yang kahwin beb...

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Ini gambar kami bersama keluarga aku...bapak aku..mak aku..hanif, angah dan anaknya hazim dan uda..adik aku yang bongsu tak dapat join sebab dia baru start practical so tak boleh cuti. Adik aku nie amik course perhotelan, dia practical di Impiana Cherating.

Kalau baca tag line dia, The Right Place Always...mereka telah meletakkan beberapa syarat untuk practical bersama mereka...Aku hairan kekadang sebab adakah company ni melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL atau mereka MENGAMBIL KESEMPATAN.
Tapi beginilah nasib kita sebagai pelatih, tiada hak untuk bersuara. Kalau bersuara takut nanti di beri penilaian teruk...ish serba salah kan...


*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarangGambar bersama keluarga perempuan, Hj Ibrahim Jasmon dan Hjh. Hasamah, Azira & Suami Zul, anak-anak mereka Nain dan Fazli serta adik ipar Akam.

*gambar dikeluarkan sebab Alia dah pakai tudung sekarang
Ok semua dah sattle, pukul 2 ptg family aku pun ready dah nak balik. Lambai tangan. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai SUAMI...

Saturday 26 May 2007

Majlis Pernikahan

Pada 26 May 2007 aku telah selamat diijapkabul dengan isteri kesayangan aku....isteri pandang tu kena control macho... Saat paling gemuruh dalam hidup aku selepas gemuruh masa bersunat. Aku bernikah di rumah pengantin perempuan. Isteriku mempunyai sebab dia yang tersendiri untuk majlis itu di laksanakan di rumah sahaja. Majlis ini lebih kepada majlis untuk keluarga, semua yang hadir terdiri daripada kaum keluarga terdekat.




Aku disaat menanti untuk upacara pertukaran hantaran. Aku bawak 9 dulang je so cam biasa ikut adat pihak perempuan membalas 11 dulang. Aku warna gold + coklat belah isteri aku warna hijau. Salah satu daripada hantaran daripada pihak perempuan ini ada jam TISSOT yang aku cerita sebelum ini.


Aku dah selesai semua, dah baca taqlik maka turunkanlah tandatangan...wah pengapit aku si Pian memandang...takut aku tak sign apa...atau mungkin dia belajar bagaimana prosuder semua ini, maklumlah belum lagi. Bila lagi beb...


Akhir kata bersama-samalah doakan rumahtangga kami agar kekal hingga akhir hayar, murahkan rezeki (harta,wang ringgit,anak-anak)...AMIN...Kala u ada yang sudia nak tenguk gambar kahwin aku yang lain silalah ke FOTOPAGES aku...